BAB 5

Romance Completed 3804

Dua tahun berlalu ku jalani seperti biasa. Seperti janji yang ku patri pada Arjuna, aku tetap gembira dan sering tersenyum sentiasa positive. Namun jauh di sudut hati, jiwaku berlagu sepi dan rindu yang berat tak tertanggung. AKu masih setia menunggu Arjuna dan emnantikan khabar darinya.

Aku sering terpahat pada kenangan lalu. Perginya Arjuna membawa pergi semua kegembiraan ku. Sehingga hari ini masih tiad akhabar darinya. Aku cuba melupakannya dan menjalani hari apa adanya namun sukar.

Aku sudah bisa menulis puisi-puisi rindu dan patah hati, aku mula menjadi pendengar setia pada lagu cinta dan setiap kali itu jugalah aku pasti terkenang pada Arjuna.

Dia bukan sahabatku lagi tapi cinta hatiku, kekasihku. Aku ingin melupakannya dan ingin bahagia namun sukar. Arjuna sentisa terpahat dan emniti dalam doaku meskipun saat ini usiaku sudah menginjak 19 tahun. Di hari lahhir ku ini, tiada apa yang ku mahu melainkan dua benda, sama ada diberi kekuatan untuk melupakan dia sekiranya dia bukan untukku atau diberi kekuatan untuk memegang erat cinta ini dan menanti dia datang sekiranya dia tercipta untukku.

Bertahun hari lahirku sepi tanpa ucapan dan usikan nakal dari Arjuna, semua sepi dan takkan pernah sama. Papa dan Mama bekerja di laur bandar dan itu bemakna hari lahirku juga sunyi tanpa siapa-siapa yang menyambutnya. Hanya ucapan selamat dari mama dan papa serta rakan-rakan sekolahh singgah. Biarlah, aku tidak mahu apa-apa. Tiada apa yang aku mahukan kecuali Arjuna.

Dan untuk itu, aku mahu menghadiahkan diriku dengan sebuah hadiah memori yang ingin ku putarkan semula di taman bunga, tempat perpisahan aku dan Arjuna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience