BAB 1

Romance Completed 3804

Hadiahkanku sepasang kaki burung
yang bawa aku terbang
bebas melayang
Izinkan aku berehat di atas dahan
menikmati deru angin
menunggu hujan turun

Rumput akan selalu memberitahu embun akan hilang
waktu mentari datang
Cinta akan selalu memberitahu bila perlu lari,
bila harus berhenti

Kita berdua melintasi awan
menyentuh pelangi
dan berbagi janji

Rumput akan selalu memberitahu embun akan hilang
waktu mentari datang
Cinta akan selalu memberitahu bila perlu lari,
bila harus berhenti

Adakalanya aku malu bila orang memanggil ku cantik, kerana aku sedar aku tidaklah secantik mana pun, namun aku harus menerima dan membawa nama ini sebaiknya kerana ini adalah nama yang diberikan oleh kedua orang tuaku. Biarlah satu dunia mengatakan aku tidak cantik kerana aku tahu aku tetap cantik di mata ayah dan ibu.

Dan ada apa tentangku, aku baru berusia enam belas tahun bersekolah di SMK Aminuddin Baki, aku tergolong dalam kalangan pelajar yang bijak, seorang yang bubbly dan happy go lucky dan aku rasa disenangi oleh semua orang termasuk cikgu-cikgu. Dan paling penting dalam kisah ku ini aku memiliki seorang teman baik bernama Arjuna.

Arjuna adalah figura kawan baik yang memenuhi definisi kawan baik itu sendiri. Dia sering memberi aku perhatian, caring, prihatin dan sentiasa ada setiap kali aku memerlukan. Di saat aku berduka dia yang menghiburkan hati. Apa yang aku rasa dia juga merasakan benda yang sama, pendek kata kami mempunyai kekuata chemisty yang sangat-sangat kuat.

“Cantik ..” panggil seseorang itu dari arah belakang. Aku kenal suara itu, ya itulah Arjuna. .

“Oh Juna, kenapa?’’ tanyaku.

“Pulang sekolah nanti kau ikut aku tau, aku nak bawa kau ke satu tempat terbaik punya.’’ Ajak Arjuna.

‘’Okay boleh, aku tak kisah asal kau ikut sama,’’ balasku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience