Pengenalan

Conspiracy Completed 13806

"Keluar".

"Ambil sekali sampah kau dan keluar dari sini sekarang", membaling kertas ke muka pekerjanya tanpa menoleh.

Terbongkok-bongkok pekerjanya mengutip kertas yang bertaburan di lantai dan berhampiran kaki Hazel. Hazel langsung tidak hiraukannya dan terus duduk di meja sambung membuat kerjanya.

"Don't forget close the door", bersuara ketika pekerjanya baru membuka pintu.

Hazel merupakan CEO di syarikat H&R kepunyaan bapanya. Anak tunggal kepada Tan Sri Hendry seorang yang muda baru tamat belajar, jelitawan dan bergaya. Sikapnya terlalu mementingkan taraf hidup dalam pergaulannya membuatkan dia kelihatan sombong di mata pekerjanya dan orang sekelilingnya. Setiausahanya masuk ke dalam bilik itu selepas rakan sekerjanya keluar dari bilik puaka itu.

"Cik Hazel, kita ada meeting mengenai kontrak besar di Danga Bai malam ni dengan Mr Vincent jam 9malam".

"Suzanne, call Maya siapkan 3girls untuk malam ni macam biasa untuk setan tu", memandang tepat ke muka setiausahanya.

"Baik Cik Hazel".

"Lagi satu, please yea lain kali bila meeting dengan buaya tu tolong bagitahu awal sikit. I hate that's guy but ... urrhhh.. dahla.. keluar jika tiada apa-apa lagi".

"Baik Cik Hazel".

"Kereta i sudah sampai belum?".

"On the way, wait yea. Nanti saya maklumkan".

"Hhmm..".

Hazel mengemas mejanya dan merapikan diri sebelum turun untuk pulang. Baginya penampilannya di depan pekerjanya amat dia titik beratkan kerana dia tidak mahu nampak selekeh depan orang bawahannya. Rambutnya di sisirkan menggunakan jari jemari agar rapi. Ketika itu telefonnya berbunyi memberitahu kereta sudah berada di bawah.

Hazel terus melangkah keluar dari pejabatnya. Bunyi tumit kasut tingginya menyebabkan semua tunduk tidak berani mengangkat muka untuk melihat Cik Hazel Hasrienne Hendry melintasi meja mereka. Baginya cukup pantang jika pekerja bawahannya memandangnya tanpa sebab ketika dia keluar masuk pejabatnya.

Hazel menanti pintu lif terbuka bersama pengawal keselamatan. Terbuka sahaja pintu lif pengawal keselamatan itu masuk dan menekan butang di dalam lif. Pengawal itu mengangguk barulah Hazel masuk dan pengawal itu keluar dari lif membiarkan Hazel turun sendirian. Sampai di lobby Hazel terus melangkah dengan sombong dan bongkak menyebabkan pengawal di bawah pula berlari mengejarnya untuk temankannya keretanya. Pintu kereta dibuka dan Hazel terus masuk ke dalam perut kereta untuk pulang ke rumah.

Tiba sahaja di rumah, pemandunya akan keluar dari kereta terus membukanya pintu kereta.

"Pick up I malam ni 15minit awal yea nanti. Sudah you boleh pergi".

"Baik Cik Hazel".

........

"David jangan la, penat saya kemas la".

"Haahhaaa... sorry tak perasan tadi", membetulkan barang yang dia langgar berterabur di lantai.

"Awak ni kan, cuba serious buat kerja tu", tegur Liza geram dengan David yang suka mengusik dan bergurau setiap masa.

"Serious Serious buat apa.. kita hidup kena la enjoy.. Baru la hilang stress", balas David selamba dan hulurkan barang yang di kutip ke Liza.

"Awak ni kan, awak tau tak orang kat sini semua tak berani tau nak bergurau senda lebih-lebih. Tambah pula yang kerja di tingkat sama dengan anak bos kita tu Cik CEO kita tu. Senyap sepi office mereka tau".

"Gila ke apa tak boleh bergurau. Melampaunya, bosan la jadinya office tu.. huhh, aku tak dapat bayangkan tahap kebosanan di tingkat tu".

"Yea la, ramai yang kata kat situ jadi pendiam dan mereka boleh bercakap bila perlu sahaja tak boleh lebih-lebih macam kat sini. Tapi sejak David masuk meriah jadinya".

"Sebab aku pembawa rezeki, mestilah. Baru hidup ceria dan semangat nak kerja".

"Betul kata Liza tu David,sebelum kau masuk krikk krikk kat sini. Kami semua mana ada nak gelak ke bergurau ke apa ke.. macam tempah maut je kalau ko bergurau masa kerja", balas Wan salah seorang rakan karib David di pejabatnya.

"So korang patut bersyukur aku ada haahaa...."

"Cehh.. bla la", balas Rizuan menyampuk perbualan mereka.

Masing-masing ketawa di dalam bilik itu sambil tangan buat kerja mereka sendiri walaupun mulut berbual sama mereka.

"Sedar tak sedar lagi sejam je nak balik, dulu tak payah nak kata tunggu waktu balik, nak tunggu waktu makan tengahari pun macam hennzzz je".

"Kan, aku pun rasa sama macam kau rasa haahaa".

"Yea,betul-betul".

...........

Malam itu seperti yang di janjikan, 3 gadis bersama Maya menanti Hazel di dalam kereta depan pusat karaoke. Tiba sahaja Hazel di situ, Maya terus mengarahkan 3 gadis seksi turun bertemu Hazel. Hazel yang baru turun berdiri di kereta menanti.

"Cik Hazel, kenalkan ni yang terbaik mereka saya pilih".

"Hhhmm, bagus.. kamu semua tolong I layan buaya dalam tu ye nanti. Pastikan dia setuju sign kontrak tu, jika tidak tau la nasib you all semua jika I tidak dapat".

Ketiga-tiga gadis seksi itu mengangguk dan mengukir senyuman ke Hazel. Malam itu Hazel di temani pembantu peribadi lelaki demi menjaga keselamatannya dari buaya di dalam itu. Pembantunya berjalan di sisi Hazel dan diikuti 3gadis seksi di belakang mereka. Seseorang yang menanti Hazel membawa mereka ke bilik karaoke di mana Mr Vincent sedang menantinya. Pembantunya membuka pintu untuk Hazel dan gadis-gadis itu.

"Wow pretty coming.. yeahh how are you Cik Hazel Hasrienne Hendry?".

Vincent terus bangun dan menghampiri Hazel yang baru masuk ke bilik itu. Mereka bersalaman dan berlaga pipi antara satu sama lain. Selesai sahaja bertegur sapa, Vincent sengaja memegang pinggang Hazel yang ramping.

"Why makin slim, jangan kurus sangat tak cantik".

"Mana ada, oh yea kenalkan ini semua untuk you malam ni", mengalihkan tangan Vincent yang berada di pinggangnya lembut dan agak manja.

"Yeahh, you know my taste Hazel.. bila i boleh try you pula".

"Amboi tak sayang mulut nampaknya yea Mr Vincent kita hari ni", balas Hazel terus beralih duduk di kerusi meninggalkan Vincent yang masih berdiri bersama gadis-gadis yang di bawa.

"Sebab sayang mulut la I try.. mana tau dapat", tangannya meraba punggung seorang demi seorang sambil tersenyum liar.

"Eeeyyyyuuuu.. lambat lagi la nak dapat", sambil tersenyum riang terpaksa.

Hazel menyilangkan kakinya membuatkan mata Vincent tertumpu pada kakinya yang kurus panjang, walaupun tidak putih namun bentuk kaki Hazel membuatkan Vincent menelan air liurnya. Tambahan pula Hazel memakai skirt pendek terbelah dan tali kasut heelnya di lilit pada kakinya. Bajunya malam itu agak terdedah di bahagian bahunya yang agak seksi sesuai dengan gaya mewahnya.

Malam itu Hazel menemani Mr Vincent minum dan bermesra dengan gadis-gadis itu. Mereka berbual dan bergurau di dalam bilik itu. Walaupun begitu Hazel cuba mengelak dari serangan gangguan seksual dari Vincent dan di tukarnya ke salah seorang gadis itu bila Vincent sengaja menghampirinya. Akhirnya malam itu Hazel berjaya mendapatkan kontrak dengan bantuan gadis-gadis itu sebelum Vincent mabuk.

"Nah, simpan ni", menyerahkan pada pembantu peribadinya.

"Kau bertiga layan dia sampai dia pengsan, I nak balik. Esok pagi I bank in pada Maya your reward success tonight".

"Thanks Cik Hazel", balas salah seorang dari mereka.

Vincent menjeling ke arah Vincent yang sedang mabuk tersenyum memandangnya.

"Hazel Hazel Hazel... I love u.. you so seksi .. come I want your body tonight".

"Mengarut", sambil menyalut pipi Vincent lembut dan dia beredar sambil tersenyum.

"See you again girl", dia bersuara sebelum beredar bersama pembantunya keluar dari bilik dan pusat karaoke itu.

Happy new year everyone.. New baby from winwin.. hope enjoy yea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience