2

Conspiracy Completed 13806

"David bangun, you tak kerja ke hari ni?".

"Cuti la, one week".

"Haiya baru kerja boleh cuti sampai one week.. you kena buang kerja ke.. ehh you jangan ingat you duduk rumah i free tau".

"Bising la akak ni.. aku tau la.. akak ni bebel tak kerja ke?".

"I nak pergi la ni.. boyfriend i ada lagi dalam bilik tu...he stay here until Friday.. see u later boy.. bye bye".

"Hhmm bye..".

David terus menarik bantal menekup mukanya. Dia melepaskan jeritan cuba menaikkan semangatnya hari ini. Terasa marah semalam masih terbuku di hatinya. Dia terus bangun dan turun dari katil dan mencapai tuala.

"Dasar anak CEO.. sebab aku naik lif dia, aku terlanggar dan sambut dia jatuh.. then aku pandang dia tengah bercakap terus dapat notis.. what the ... ".

"Takpe, kau salah serang orang rasanya perempuan ni".

David terus menuju ke bilik air sempat juga singgah di meja makan mana tahu kakaknya ada sediakan breakfast. Selalunya bila ada boyfriend di rumah rajin sediakan makanan.Selesai mandi masih bertuala David terus duduk di meja makan dan makan.

"Bagus juga... boyfriend datang je rajin masak, aku pun tak gaduh nak cari makan luar".

Dia bersiap dan menyalakan colok di tokong kecil sebelum dia mulakan harinya. Pagi yang sangat bosan bagi David, dia terus mengambil kunci kereta dan keluar tiada hala tuju saat jalanraya tegah sibuk orang semua sedang menuju ke tempat kerja. Ketika di satu simpang, sebuah kereta laju melanggar lampu isyarat merah merempuh kereta David menyebabkan keretanya berpusing dan terbabas. Ketika itu dia terasa kepalanya sakit.

"Aiyomujur aku tak mati oooo..", keluhnya lega bila dia masih sedar dan bernyawa.

Beberapa orang datang mengerumuni dan menghampiri kereta David cuba membantunya keluar.

"Encik tak apa-apa ke?".

"Maafkan saya Encik, saya yang langgar tadi.. Encik, mohon maaf".

"Kau tau tak aku boleh mati tadi tau, just luck je ni selamat".

"Tapi kepala Encik berdarah banyak, kena bawa ke hospital ni".

"Darah mana? mana?", David panik bila dengar perkataan darah.

Beberapa orang yang mengelilingi David memegang kepala mereka dan tunjuk ke arah kepala David. David meraba kepalanya dan terasa sesuatu yang cair mengalir pada tangannya. Dia melihat tangannya penuh darah merah pekat.

"Eeeeeee... huhuhuuu... da.. raa. aahhh..", asalnya seperti tiada sakit dan luka, namun bila lihat darah terus jatuh pengsan terkejut melihat darah.

Semua terkejut dan ada yang menjerit melihat David tiba-tiba jatuh pengsan. Lelaki yang melanggarnya terus minta bantuan orang ramai mengangkat ke dalam keretanya dan membawanya ke hospital.Sedar sahaja, David memandang lampu dan syiling. David memegang kepalanya sudah berbalut dan dia terbaring di atas katil hospital.

"Adik dah terjaga, rehat dulu yea".

"Kenapa saya ada sini?".

"Adik pengsan tadi lepas kemalangan".

"Oooo.. eeehhh saya kemalangan.. saya baik-baik je kan kak?, takda apa putus ke apa ke?".

Jururawat itu ketawa melihat gelagat David, dia menggelengkan kepalanya dan menepuk bahu David.

"Bertenang dik.. sabar jangan panik sangat.. Jika tiada masalah harini boleh balik dah".

David terus diam tak bersuara. Kepalanya ligat memikirkan apa patut dia jawab dengan kakaknya jika dapat tahu dia rosakkan kereta kakaknya. Mahu mati kena belasah dengan amoi di rumah itu nanti. Sedang dia duduk santai di katil, muncul seorang lelaki berusia masuk bersama seorang lelaki berbaju hitam.

"En David you baik-baik je kan?".

"Hhhmmm ye la agaknya, you siapa?".

"Maafkan uncle, driver uncle cuai buat you berada di sini".

"Oh jadi tadi kereta uncle la langgar i?", muka sedikit tidak puas hati.

"Encik David jangan risau I akan tanggung semua kos baiki kereta itu,segala biaya hospital sudah i jelaskan".

"Oohh yea ke?, thanks la. Boleh I tahu nama uncle?".

"This is my card, if you have problem or sedang cari kerja datang je cari I okay, I kena pergi dulu. Take care okay En David".

Dia mengambil tanpa melihat, matanya lebih tertarik gaya lelaki tua itu yang bersahaja dan tidak seperti CEO dia yang gila itu. Sebaik lelaki tua itu keluar David melihat kad itu. Entah kenapa dia terus menyepak meja di hujung kakinya kuat.

.......

Petang itu dia dibenarkan keluar, ketika dia baru keluar dari pintu hospital, seseorang lelaki berpakaian kemas menghampirinya dan menegurnya.

"Encik David, mari saya hantarkan".

"Kau siapa tiba-tiba muncul nak hantar aku?".

"Saya pekerja Tan Sri Hendry, dia minta saya hantar Encik bila Encik keluar hospital".

Orang kata rezeki jangan ditolak, lagipun dia sendiri tidak tahu tadi bagaimana mahu pulang ke rumahnya. David bersetuju dan mengikut lekaki itu ke kereta.

"Baiklah, saya ikut .. terima kasih".

David lihat dia di bawa ke tempat lain, bukan jalan ke rumahnya. Entah kenapa lelaki ini membawanya ke tempat kerjanya.

"Kenapa disini?"

"Maaf arahan Tan Sri, silakan Encik David", keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta untuk David.

Buat pertama kali dia berjalan masuk ke bangunan gergasi di temani beberapa pengawal berbaju hitam. Namun langkahnya terhenti selepas berada di tingkat bukan semua boleh muncul disitu. Pada masa sama dia dengar satu suara perempuan yang cukup dia kenal di belakangnya.

"Stop".

Hazel terus menghampiri David dan berdiri rapat dengannya seperti tidak puas hati.

"Why you on this floor with my father's guard what else have you done. Always men like to trouble people".

"Maaf Cik Hazel, Tan Sri yang minta kami bawa dia ke sini. Dia tetamu Tan Sri petang ni".

"Eeeuuuuu.. what.. forget it .. mimpi apa daddy nak jumpa sampah ni", terus beredar dari situ meninggalkan mereka.

David hanya perhati perempuan itu pergi selepas memperlekehkannya. David terus di bawa ke pejabat Tan Sri yang sudah menantikannya. David lihat lelaki tua itu sedang duduk dengan kaki bersilang dan di hadapannya ada teko dan cawan kecil dalam dulang.

"Duduk David", sambil mengarahkan yang lain keluar dari biliknya.

"David I baru dapat tahu you pekerja baru di sini, dan kini di gantung kerja?".

"Yea Miss CEO tu bagi notis pada I", muka David berubah bila dia teringat muka perempuan itu.

"Maafkan dia, I bagi you cuti sakit 3hari then you masuk semula kerja di level ni. Lupakan notis Hazel itu. I sudah lihat resume you good but why pilih jawatan rendah?", meletakkan cawan kecil di depan David dengan muka tiada senyuman.

"Actually jawatan tu bukan I yang pilih. I mohon jawatan lain dapat lain. Tapi sebab memang nak kerja I tak kisah mana-mana janji ada duit masuk", balasnya tenang.

"Harap you terima tawaran ni, I perlukan idea orang yang muda seperti you dan Hazel untuk majukan lagi syarikat ini".

David melihat kertas di meja berserta pen.

"Boleh i fikirkan dulu Tan Sri".

Dihatinya melompat keriangan gembira dapat kerja di level yang dia sendiri tidak menyangka yang dia dapat sertai. Apa yang dia dengar berkerja sama tingkat dengan Miss CEO tu dan Tan Sri merupakan satu bonus dan jarang sekali untuk golongan bawahan berada di 2 tingkat yang misteri ini.

"Baiklah jika begitu, I hope you not reject.. silakan minum David".

David mengangguk dan mengangkat cawan kecil yang dihulurkan Tan Sri sebentar tadi. Macam mimpi dia dapat menikmati arak bersama Tan Sri di ruang pejabat Tan Sri sendiri.

......

3Hari kemudian,

David melangkah masuk kerja dengan hati berbunga-bunga. Kehadirannya di nanti pengawal di ruangan lobby pejabat. Pengawal itu menyerahkan kad id kepada David dan beberapa acces kad lain.

"Encik David mulai hari ni, Encik David guna ni untuk melintasi pagar keselamatan itu. Ruangan lif Encik David di sebelah sana. Tan Sri tidak suka pekerjanya lambat masuk office, so hanya pekerja yang berada di tingkat 14 dan 9 sahaja boleh gunakan lif itu dengan mengimbas kad yang ni".

"Baik, terima kasih".

"Hoohhooo bangga sehh terasa diva.. Goodluck David.. kau menang jackpot haritu haahaa ".

Sampai sahaja di ruangan lif mata David melihat perempuan yang cukup buat moodnya berubah. Hazel yang sedang berdiri bersama pengawal berdiri tegak dengan muka langsung tiada senyuman, tangan kanannya mengepit handbag kulit berwarna merah, memakai blazer berwarna merah jambu lembut, berskirt pendek paras lutut dan memakai heel setinggi 3setegah inci menyerlahkan penampilannya.

"Awak, jangan pandang lama sangat bos, nanti kena", bisik salah seorang pekerja yang sedang menunggu lif perasan David memerhati Hazel.

"Hahh, oohh okay.. melampau gila pandang pun tak boleh. Ingat cantik, dah la pendek harap heel tu je tinggi", mengalihkan pandangannya ke lain.

"Ssyyttt.. kita siapa dia siapa".

"Cehh dasar anak manja, perangai jauh beza dengan Tan Sri".

"Eehh syyttt .. awak ni tak sayang mulut..".

Hazel melangkah masuk ke lif selepas pengawal itu keluar dari lif. Saat itu dia terpandang lelaki yang bercermin mata yang menjengkelkan di ruangan lobby. Mukanya berkerut sebelum pintu lif tertutup.

"He is annoying guys tempoh hari.. why dia ada di ruangan sini. Jangan kata Daddy tukar dia.. ", bebelnya sendirian dalam lif.

Hazel terus melangkah masuk ke pejabatnya dan sempat mengangkat tangan memanggil setiausahanya masuk. Sampai di dalam dia terus mencampak handbag di meja dan membuka blazer, terus mengantung di tempatnya.

"Morning Cik Hazel, hari ini ada meeting dengan Mr Wong jam 10am, around 2pm Cik Hazel ada meeting dengan Tan Sri, 7pm dinner with Mr Jaden di rumahnya".

"Baik, terima kasih. Mr Vincent call I semalam dia tak dapat hadir meeting dengan Mr Wong. So you tolong I cancel dengan Maya ladies".

"Baik Cik Hazel".

"Ohh yeahh tolong I siasat lelaki yang I bagi notis gantung kerja tu, kenapa pagi ni I nampak dia di ruangan lobby kita".

"Baik Cik Hazel, ada apa-apa lagi?".

"No".

"Saya keluar dulu".

"Yea".

Telefon bimbit Hazel berbunyi, panggilan dari Jaden. Hazel terus mengangkat panggilan video call itu.

"Hello Darling, how are you today?".

"Hi, sihat. I baru sampai office Jaden".

"Remember tonight dinner with mom and dad. Don't be late".

"Yeahh I remember. Hope your mom tak make trouble lah yea pada I..".

"You over thinking Hazel. Mom sayangkan u la".

"Sayang ke macam tu?".

"Hazel, please jangan sebut hal lalu".

"Sebab dia your mom, so I terpaksa layan dia. ikutkan hati memang aarrhhh.. okay Jaden, see you tonight.. I busy".

"Okay darling, love u".

"Yeaahh love you too baby".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience