1

Conspiracy Completed 13806

"Hasrienne seat please".

"Why Daddy?, what problem, why I need to come here?".

"Sudah berjaya dapatkan agreement dari Mr Vincent Hasrienne?".

"Of course la.. ".

"You macam tak kenal anak you sendiri. When i sudah set memang I nak so I takkan menyerah dengan mudah", terus duduk di depan ayahnya yang sedang tuang air.

"Daddy tak suka bila rakan-rakan Daddy beritahu kamu jual tubuh semata-mata untuk dapatkan agreement Hasrienne".

Encik Henry mengambil cawan tea itu, dan di curahkan ke dalam gelas di sebelah teko kecil itu. Kemudian dia merenung wajah anak daranya sedang duduk di depannya beberapa minit dan menyambung menuang arak ke dalam cawan.

"Heyy tolong sikit I jual tubuh, ingat I ni apa?. Who said like that. I tahu apa yang Vincent gila tu mahukan, so tak salahkan dad".

"Diorang dengki sebenarnya sebab daddy selalu dapat project besar-besar dari Vincent, tapi mereka dapat ikan bilis je".

"Yeahh I kenal you darling but please take care with Vincent okay, lagipun you tu bakal menantu Puan Sri Susan".

"I know what I do la dad don't worry okay.. you must trust me".

"Come drink with me darling".

"Sorry dad, I not drink awal pagi.. ada apa-apa lagi ke Daddy?".

"No, thanks".

Hasrienne terus bangun dan menuju ke bapanya, Hazel merendahkan badannya dan terus mencium bapanya sebelum pergi.

"Hhhmm, yeahh I know, I love you too", balas Hendry tersenyum cukup faham perangai anaknya itu.

Hazel terus melangkah keluar dari pejabat ayahnya dan seperti biasa pengawal keselamatannya juga turut menemaninya ke tingkat itu. Ketika Hazel berada di dalam lif sendirian pintu lif itu terbuka dan muncul David terus masuk ke dalam lif itu tanpa hiraukan Hazel yang berada di dalam. Hazel merenung belakang lelaki yang berdiri di depannya itu dengan keningnya di angkat sebelah tidak puas hati. Hatinya panas bila lihat lelaki itu berani masuk ke ketika dia berada di dalam lif. Sampai sahaja di tingkat David mahu keluar dia terus keluar tanpa rasa bersalah pada Hazel tanpa menoleh.

"Hisyhh, stupid man.. eergghh".

Hazel sampai di lobby dengan muka yang mencuka menyebabkan pengawal menantinya di depan lif itu gelisah takut di marahi Hazel.

"You nampak tadi?, kenapa perlu I berhenti dua kali, you cari lelaki itu dan pastikan dia terima kesan akibat rude dengan i".

"Aahh hah yea yea..", balas pengawal itu gagap dan tunduk.

"Cik Hazel, tunggu bukan disana... mereka semua tunggu di sebelah sana".

Hazel mengikut pengawal itu ke dewan untuk majlis kecil diantara dia dan beberapa pegawai dari cawangan H&R yang lain. Seperti biasa Hazel tidak berapa bergaul dengan mereka yang suka mengipas dan mengampunya. Dia langsung tidak banyak berbual dengan pegawai-pegawai pemasaran di situ kebetulan saat itu moodnya memang ke laut sangat kerana lelaki itu.

"Boleh i pergi?", dia mula bosan di situ selepas selesai majlis dan masa hidangan ringan.

"Boleh Cik Hazel, sudah selesai".

"Bagus, i nak balik ke office".

Hazel terus melangkah beredar dari dewan itu dan menuju ke lif. David entah muncul dari mana berlari laju dan terlanggar Hazel yang sedang berjalan di depannya menyebabkan Hazel hampir jatuh dan mujurlah David sempat menyambutnya secara spontan.

"Pangg".

Hazel terus menampar David di situ selepas dia bangun dan berdiri depan David.

"Ehh la amoi ni, aku dah tolong kau boleh pula kau tampar aku?, apa la", David terus meninggalkan Hazel begitu sahaja tanpa sempat Hazel melepaskan marahnya yang belum habis di lepaskan.

Hazel menghentakkan kaki kuat marahkan lelaki itu. Dia terus berjalan sambil menghentak kaki ke dalam lif. Hazel sempat mengarahkan pada pengawal jangan sampai cerita peristiwa tadi tersebar jika tidak pengawal itu akan dia kenakan tindakan.
Dia mahu pengawal mencari lelaki itu dan bawa kepadanya untuk membalas dendam.

.........

"David mana...", jerit Rizuan berlari mencari David.

"Bukan dia turun ke?".

"Gila la semua pembantu Cik Hazel tengah cari dia.. matilah dia".

"Apa dia dah buat?".

Ketika mereka sedang berteka-teki hal David, akhirnya David muncul depan mereka selamba sambil tersenyum riang.

"Apa kecoh ni?".

"Tu dia David.. ayoooo David mati lah u.. kenapa u kurang ajar sangat".

"Salah aku apa?", terpinga-pinga tidak faham.

"Kau naik lif yang Cik CEO tengah naik kenapa, lepas tu kau usik dia kenapa?", balas rakannya

"La perempuan tu Cik CEO sini ke?".

Belum sempat rakannya jawab beberapa pengawal keselamatan muncul mencari David. David memandang mereka dan mereka menjelaskan dan mengarahkan David ikutnya ke pejabat security. David saat itu tenang dan masih mampu tersenyum seperti bukan masalah besar baginya.

"Encik David awak baru yea disini?".

"Yea saya baru dua miniggu di sini".

"Encik David tahu tidak peraturan disini, dan kenal tak CEO sini siapa?".

"Kenal nama tak kenal rupa.. tentang apa ye?", balasnya bersahaja.

"Lif hujung sebelah kiri semua staff tidak boleh digunakan kecuali Bos besar Mr Hendry, Cik Hazel dan tetamu VVIP sahaja. Tapi tadi Encik David gunakan dan ketika itu Cik Hazel ada di dalam".

"Hal tu saya tak tahu, maaf lagipun saya nak cepat. Saya memang nampak ada perempuan dalam tu tapi tak perasan mukanya".

"Habis tadi kenapa langgar Cik Hazel?".

"Huhh, amoi tadi Cik Hazel Hasrienne?".

"Yea, dah la Encik langgar dia, kemudian sentuh dia... sekarang dia dah marah... Dia suruh saya cari Encik David"

"Tapi saya selamatkan dia dari jatuh macam nangka busuk, bukan sengaja nak sentuh. Salah ke?".

"Maaf saya faham niat Encik David tapi bagi Cik Hazel tidak. Sekarang ni dia minta saya bawa Encik ke pejabatnya".

"Yelah takpa, saya terima ", balas David tenang.

David terus dibawa ke pejabat Cik Hazel. Ketika di dalam pejabat Cik Hazel, David memandang wajah perempuan itu. Memang itulah perempuan yang dia terlanggar di bawah tadi dan dia menyambutnya dari perempuan itu jatuh.

"What's your name?".

"David Marchel".

"U tahu what your mistake?".

"Maaf I tahu I salah".

"So..".

"So what?", soal David tidak faham masih memandang muka Cik Hazel yang sudah beralih berdiri di depannya.

"You tahu tak semua di sini tak pernah angkat muka bila berbual dengan I.. Mereka tak pernah masuk lif itu. Tapi you..... tengok you.. masih lagi berani pandang muka I walaupun you salah", merenung tajam David.

"I tak faham kenapa perlu saya tunduk pada Cik Hazel sedangkan Cik Hazel sedang berbual dengan I sekarang?".

"You", jerit Hazel geram dan tidak puas hati bila David menjawab.

"You keluar sekarang, nah ni notis you sebab lakukan kesalahan dengan sengaja".

Hazel melempar kertas ke muka David dan terus pusing ke mejanya.

"Get out", jeritnya kuat menyebabkan semua pekerja di luar pandang sesama mereka.

"Terima kasih Cik Hazel", terus kutip kertas itu dan keluar dari pejabat perempuan itu.

Sengaja David menghempas pintu pejabat Cik Hazel menyebabkan semua pekerja di tingkat itu terkejut dengan tindakan David. Hazel yang berada di dalam biliknya geram dengan tindakan lelaki itu. Hazel terus melepaskan marahnya dengan menolak semua yang ada di mejanya ke bawah melepaskan geram. Inilah pertama kali seorang pekerjanya yang berani kurang ajar kepadanya. David terus melihat kertas yang di lempar Hazel tadi setelah masuk ke dalam lif.

"Arghhh Damn.. atas sebab tu kau gantung kerja aku selama seminggu.. Dasar perempuan".

David terus merenyuk kertas itu dan di baling ke cctv di dalam lif itu. Sakit pula hatinya melihat perangai perempuan tadi.

"Muka cantik tapi perangai macam perempuan sihir.".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience