3

Conspiracy Completed 13806

Petang itu Hazel turun selepas bersiap untuk makan malam bersama Jaden. Dia baru turun dari pejabatnya keluar dari lif dengan keadaan kalang kabut terus melanggar pekerja menyebabkan perempuan itu jatuh bersama barang yang Hazel pegang jatuh pecah ke lantai lobby. Ketika pekerja perempuan itu bangun Hazel tidak teragak-agak menampar muka perempuan di depan orang ramai yang ada di situ. Semua yang lalu diam dan tidak berani menyampuk bila Cik Hazel naik angin.

"You buta ke?. Tengok tu habis pecah barang I.. Eeeeee..".

Sekali lagi dia mengangkat tangan ingin menampar perempuan yang berdiri tunduk di depannya geram. Satu tangan muncul mencapai tangan Hazel dari tepi menyebabkan semua pekerja yang berada di situ melihat lelaki yang halang Cik Hazel dari mengamuk. Dia mencengkam kuat lengan Cik Hazel dan menolak tangan Hazel.

"Hello Miss CEO, you ingat dia apa kayu atau punch bag suka hati tampar, pukul".

Hazel mengecilkan matanya merenung muka lelaki itu. Sakitnya hati dia bila dia terpaksa berdepan dengan lelaki ini sekali lagi. Terasa sakit lengannya di pegang David membuatkan dia makin bengang, mukanya merah menahan geram di tambah pula ramai pekerjanya memandang.

" Why you again.. what the..".

"Muka je cantik perangai macam haaawaauuuu .. ke tak tau hawaauuuu tu apa?, ohh lupa lu anak orang kaya mana tau bahasa orang bawahan kan".

"Miss CEO, You so rude.. terang-terang salah lu langgar Milda".

David sempat melihat Hazel menjelingnya ketika membantu rakan sekerjanya dan kemudian dia mengutip barang yang pecah itu. Di tarik tangan kanan Hazel, di pulas tangan Hazel agar membuka tapak tangannya. David dengan sengaja meletakkan barang yang pecah itu atas tapak tangannya.

"Nah harta lu.. pergi bawak mati", balas David geram.

"Hoii David, apa gila kau.. tu Cik Hazel kan", beberapa rakannya menghampiri David, Hazel dan Milda di situ.

"David, i okay je la..salah i", balas Milda takut melihat muka Cik Hazel merenungnya dan David saat itu.

"Im sorry Cik Hazel.. maafkan David juga ye", sambil tunduk beberapa kali memohon maaf.

Hazel terasa untuk pertama kali ada pekerja bawahan dia yang berani melawan dan menghinanya di depan orang bawahannya. Dia menggenggam kaca itu menyebabkan tangannya berdarah.

"Woii Milda, why you say sorry.. dia yang salah.. dah dah bla bla dari dia, kita pun jangkit gila layan dia".

"You wait and see.. I remember...", terus menghempas kaca yang di genggam ke lantai.

Hazel terus pergi bersama pengawal dalam keadaan tangannya berdarah menitik- nitik sepanjang laluannya. David pada awalnya tidak hiraukan Hazel pergi walaupun rakannya menepuk bahunya agar memandang perempuan kejam itu.

"David matilah kau lepas ni..".

"David, kenapa masuk campur tadi.. habislah you nanti".

"Eehh why you all want to be afraid.. does she remember who she is? the king's daughter?.. dah jom bla".

Ketika mereka beransur untuk beredar dari situ, David terpandang serpihan kaca di lantai ada kesan darah. Mukanya berkerut dan terifikir sesuatu. Dia terus jalan keluar dan lihat makcik cleaner muncul dengan mop dan baldi berlari mengelap lantai.

"Darah perempuan gila tadi ke tu?... arrghh biarlah dia", bisiknya sendirian.

............

"Hello Hazel".

"Hi uncle", balas Hazel yang baru masuk ke rumah bersama Jaden.

"Auntie, for you", mengukir senyuman ke mak Jaden sambil menghulurkan hadiah.

"Why late 5minute Jaden.. you tahukan i don't like orang lewat".

Barang yang di hulur Hazel langsung tidak di ambil dan terus pusing meninggalkan anaknya dan dia berdiri di situ.

"Hazel jangan ambil hati dengan untie", mengambil hadiah di tangan Hazel.

"Hmm".

"Silakan Hazel", pelawa uncle.

Hazel memandang Jaden di sebelahnya kemudian teman lelakinya turut mengangguk, memegang bahu Hazel dan mengajaknya masuk ke ruang makan.

"Midnight nanti kan nak celebrate birthday girl, so smile and please.. demi i", pujuk Jaden ke Hazel.

Di sebuah kelab di ibu kota, malam yang sama David dan rakan-rakan sedang duduk berseronok minum, menari dengan gembira. David bersama teman wanita hanya duduk berbual memerhati rakan-rakannya.

"David tonight your birthday.. i akan temankan you sampai pagi".

"Woww, seriously".

"Yeahh, I betul-betul sayangkan you David", melentukkan kepalanya di bahu David dan tangannya merayap di dada David.

"Hhhhmmm... ".

"David... betul ke you sayangkan I?.. bila I sebut u tak pernah balas", memandang muka David.

"Hhhmm.. yea..", balasnya bersahaja.

"David..", memukul manja dada David.

David hanya diam membatu melihat rakannya berhibur.

"You selalu kan.. bila I serious nak bincang hal kita you pasti mengelak..apa lagi nak dengar you kata you cintakan I.. ".

"Thanks Ula... tengoklah nanti..", mengusap kepala teman wanitanya.

"Heiii David, Ula..takkan duduk je.. come enjoy.. apa barang masuk sini sekadar duduk..", tegur Bett yang muncul entah dari mana.

Mereka berhibur hingga tengah malam.. dan saat itu rakan-rakan David meraikan hari jadi David yang ke-27. Malam itu boleh di katakan semuanya mabuk terutama David yang di buli untuk minum malam itu.

........

Di depan laman rumah Jaden, Hazel berselisih faham dan mereka bergaduh besar.

"Please jangan diam.. Hazel.. Sorry..".

"Jaden you teruk.. you bagi I hadiah yang cukup bermakna kan.. I tak sangka genap 27ni.. sanggup you pilih untuk ikut your mom dari pertahankan I..".

Hazel terus meluru masuk ke kereta dengan perasaan yang kecewa. Pada masa sama awal pagi itu hujan turun dengan lebat sekali selebat airmata Hazel mengalir menangis di tempat duduk belakang ketika ini. Pemandu Hazel memandu agak perlahan kerana pemandangannya kabur dan tidak nampak dengan jelas jalan di hadapan kerana hujan. Pada masa sama Bett memandu kereta David laju untuk menghantarnya pulang. David duduk di sebelahnya memang sudah tidak sedarkan diri kerana mabuk.

Malang tidak berbau, Sebuah lori besar hilang kawalan dan merempuh lima buah kereta di sebuah lebuhraya awal pagi itu. Antara kereta terlibat termasuklah kereta Hazel dan David. Kereta mereka yang paling teruk terkesan dalam nahas itu. Ketika menantikan orang ramai membantu, ambulance datang Hazel dan pembantunya sudah tidak sedarkan diri. Manakala kereta David, Bett mati di tempat kejadian.

Hujan lebat menyukarkan operasi menyelamatkan mangsa ketika itu di tambah pula petir dan kilat sambung menyambung. Kereta Havel terpaksa anggota bomba memotong untuk keluarkan mangsa. Ketika pembantu perubatan dan anggota bomba meletakkan kesemua mangsa di tepi jalan untuk di berikan rawatan pertama sementara menanti beberapa buah ambulance yang masih belum sampai untuk mengambil mangsa Hazel dan David di letakkan bersebelahan.

"Bawa mereka berdua dulu ke hospital terdekat".

"Baik, cepat angkat, basah mangsa kesian pula kesejukan", balas salah seorang dari mereka.

Ketika mereka di masukkan ke dalam ambulance petir dan guruh yang kuat dan mengejutkan semua kakitangan yang berada di situ.

"Hisyhh, terkejut aku.. aku nampak macam kilat tu masuk dalam ambulance je tadi weii".

"Bukan kau je, aku pun bapak terkejut tadi, tiba-tiba mata aku silau walaupun aku duduk dalam dengan bunyi kuatnya lagi".

"Kan.. macam lebat sampai siang la jawabnya ni".

Mereka sesama mereka berbual di dalam ambulance namun tangan masing-masing membuat kerja laju. Begitu juga berlaku di ambulance yang di naiki Hazel, mereka bersembang perkara yang sama menceritakn bunyi guruh yang agak luar biasa. Mereka berdua terus di bawa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.

...........

"Daddy belum sempat celebrate your birthday girl.. wake up please girl... ", keluhnya memandang tubuh Hazel kaku di atas katil.

Dia berasa sedih kerana melihat anaknya terlantar di hospital dalam keadaan luka sana sini.

"Jangan tinggalkan daddy please".

Satu suara muncul dan menerjah masuk ke dalam wad itu menghentikan perasaan sedih seorang bapa kepada anaknya.

"Uncle.. macamana keadaan Hazel?".

"You can see.. I don't know how to say".

"Sorry uncle, my mistake.. actually Hazel celebrate birthday dengan I malam tadi. Tapi kami bergaduh, dan Hazel pergi...".

Besar matanya mendengar ayat itu. Dia memandang tepat ke muka Jaden saat itu yang dalam ketakutan dan rasa bersalah.

"Jadi apa-apa pada Hasrienne.. you siap...".

Lelaki itu terus keluar meninggalkan Jaden di dalam wad Hazel. Namun di wad lain David juga masih belum sedarkan diri.

Hazel dan David berkongsi tarikh lahir dan tahun yang sama.. apa berlaku seterusnya.. nantikan next yea..

Share this novel

Koci
2023-01-15 07:32:12 

up lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience