Bab 1

Romance Series 5264

“SINGLE is simple, couple is misirable and trouble... Disaster! Tolong ketuk pintu sebelum masuk ya. Ini amaran keras oleh pemilik bilik comel ini. Jangan cuba membantah!”

Syira Tihana mencebik sebaik saja membaca apa yang tergantung pada pintu bilik di depannya. Mana la minah ni dapat kata-kata macam tu. Couple is misirable konon! Patut la membujang sampai sekarang ni.

Eh! Bukan dia pun bujang juga ke? Syira menekan geram perkataan yang tercatat di situ. Cis! Amaran keras konon! Ingat aku takut dengan amaran keras tu ke? Ini Syira la. Tag line move on saja. So masuk bilik tak payah ketuk tapi kasi serbu saja.

Pintu bilik ditolak selamba sambil menayang muka kayu.

“Syira Tihana!”

Tercampak novel di tangan Dini Athirah. Elok je mendarat tepi kaki Syira.

“Tunas lagi? Berapa kali daa, kau nak baca buku ni?” 

Syira mengutip buku yang tercampak betul-betul di hujung jari kakinya. Dengan muka tak bersalah, buku tu dicampak balik atas katil Dini.

“Kan aku dah lekat depan pintu tu. Ketuk pintu dulu! Berapa besar lagi aku nak tulis supaya kau nampak perkataan tu, hah?!” Dini bercekak pinggang atas katil.

Syira buat tak tahu. Dia meluru laju ke arah katil sebelum buat terjunan maut.

“Woi, minah! Patah la katil aku!” suara bengang Dini terkeluar.

“Bising la kau minah. Jangan membebel macam mak nenek la. Kalau patah nanti, aku tukar dengan katil aku.”

“Cis! Tukar dengan katil kau. Ingat nak beli baru.”

“Tak ada maknanya nak bagi kau yang baru. Baik aku je yang ambil yang baru.”

Dini mencebik. Budak seorang ni suka sangat main redah. Nasib la dia ni kawan aku kalau tak memang kena bungkus dalam guni bawang dah!

Syira mula duduk dengan kepala tegak seperti robot. Matanya terkelip-kelip.

“Kepala kau kenapa? Macam robot power rangers dah aku tengok.” tegur Dini dengan mata terhala pada tengkuk kawan baiknya.

Buku yang dicampak Syira, diambil dan diletakkan atas meja kecil. Buku kesayangan kut. Ni kalau Hlovate tahu Syira main lempar novel dia, Mahu diketuk kepala Syira. Tak apa Hlovate. Kalau nak ketuk kepala minah ni, bagi tahu dia. Boleh kita sama-sama tolong ketuk kepala minah ni.

“Entah wei. Aku bangun pagi rasa sengal. Macam ada orang kepak kepala aku semalam. Sengal gila. Menderita aku nak pusing kepala kiri kanan.” adu Syira sambil memicit lembut lehernya. 

Cuba pusing kiri kanan, tapi rasa macam nak tercabut leher. Duduk statik je yang dia mampu.

“Ye ke? Alololo... kesiannya.” Dini buat muka kesian. Padahal riak mukanya dah terlukis perkataan padan muka.

“Itu kesian kan aku dengan seikhlas hati dan limpamu atau nak memadankan muka aku?”

“Dua-dua.” jawab Dini pendek sampai Syira rasa bengang. Mula la bibir Syira terjongket naik.

“Yang kau datang bilik aku pagi-pagi kenapa? Rindu?” Soal Dini kemudian.

“Rindu kepala otakmu. Kepala aku je yang terkehel bukan otak aku yang terkehel. Nak rindukan kau konon. Tunggu aku gila dulu la.”

Dini mencebik. Ye ke tengkuk je yang terkehel?

“Dini, kau tahu tak, Haz nak berlakon dalam drama baru. Wah, tak sangka dari jadi model, dia nak berlakon pula. Mesti meletup drama tu nanti.” 

Bling-bling mata Syira saat nama Haz meniti di bibirnya. Dini yang tengok buat muka. Suka la tu!

“Tadi kata otak tak terkehel. Sekarang aku tengok macam otak, kepala, tengkuk semua sama je terkehelnya.”

Ucapan Dini buat dahi Syira berkerut. Blur!!!

“Kau tahu tak Shir, mata kau tu dah berbintang-bintang sebut nama si Ghazal tu. Nampak sangat otak kau terkehel sebab tu kau super minat dekat mamat hidung tak berapa nak mancung tu. Apa la yang suka sangat dengan lelaki berlagak hensem tu?” omel Dini panjang dengan muka meluat tak tahu nak cakap.

Panas pula hati Syira yang mendengar. Cis! Kutuk hero aku depan-depan muka. Tak boleh terima!

“Hello, dia tu Haz bukan Ghazal okey. Suka hati je kau nak panggil dia apa kan?” lawan Syira dengan mulut muncung.

“La, betul apa aku cakap. Nama dia tu Ghazali. Tapi dia yang kononnya nak popular sampai letak nama Haz. Tolonglah! Lelaki muka jambu air yang bajet suka senyum cute tu kau minat. Tak ada taste langsung.” kutuk Dini selamba. Apa yang dia fikir, itu la yang dia cakap.

Syira di tepi dah berbahang. Tunggu sekejap! Cari idea nak balas cakap si Dini ni.

“Tak ada taste? Habis tu taste kau tu bagus sangat ke? Minat sangat dengan si Zaman tu. Zaman yang bajet hot. Padahal tumpang populariti abang dia je kut. Nama Zaman tapi disebabkan perasan hot, letak nama Zemel. Entah apa maksud perkataan tu entah. Daripada Zemel baik letak nama Camel. Baru sesuai dengan dia.” 

Giliran Dini tayang muka bengang. Dia kata dekat si Zemel aku! Camel? Unta? Dia kata si Zemel tu unta!

“Zemel bukan macam tu okey. Si Ghazal tu yang teruk. Tayang body sana sini. Ingat cantik sangat. Lepas tu gedik sebab perempuan semua terkam dia. Dah la mata kecil macam burung unta. Aku tak habis fikir la, macam mana orang yang patutnya duduk dalam tapak pelupusan sampah tu, boleh jadi model!

Trang!!!! Satu dosa dah Dini kumpul dengan mengutuk orang. Sampai hatinya dia kata si Haz tu patut duduk tapak pelupusan sampah. Semuanya sebab nak menang debat dengan Syira la. Nama saja kawan baik tapi kalau bab nak berdebat memang mereka masing-masing tak nak kalah.

“Ye la tu. Aku pun sebenarnya tak faham, macam mana si Zemel yang patutnya mencuci tandas tu boleh jadi model iklan? Dah la suka pakai rantai yang ada gigi dinosour tu. Huh! Menyampah!” giliran Syira membahas.

“Stop!!!”

Syira diam. Tak takut pun dengan jeritan tu. Mereka berdua terdiam sebelum memandang sesama sendiri. Tak sampai beberapa saat mereka ketawa besar.

Aduhai! Pasal model pun mereka nak bergaduh. Si Dini ni memang minat dengan si Zemel. Yang si Syira ni asyik nak back up si Haz. Elok dah tu. Seorang back up adik seorang back up abang. Zemel, si model yang meningkat naik. Adik pada si Haz. Haz atau Ghazali, abang kesayangan si Zemel. Sayang la sangat! Populariti dia macam pisang goreng.

Boleh pula mereka tegakkan hero masing-masing padahal si Zemel dan si Haz tu langsung tak kenal mereka. Fakta satu, dua beradik tu langsung tak kenal mereka. Fakta kedua, hakikatnya Zemel dan Haz langsung tak sukakan mereka, cuma mereka yang terlebih gula nak sukakan Zemel dan Haz tu.

“Kenapa kau tak sukakan Haz tu? Dia tu lagi baik dari adik dia kut! Selalu update gambar pakai baju melayu. Sejuk mata memandang. Setiap jumaat, tak pernah tak upload gambar pergi masjid even dia tu model.” soal Syira ingin tahu. Malas dah dia nak bertekak. Dia cuma nak tahu saja.

“Eleh. Pergi masjid tak perlulah nak upload sangat. Pergi masjid, tunaikan tanggungjawab pada Allah bukan suruh menunjuk. Di situ akan menimbulkan riak. Dan dari situ juga, nawaitu kita tu boleh berubah. Kalau dia betul la nak beribadah, tak perlu la nak menunjuk bagai. Kenapa menunjuk? Sebab nak orang sanjung dia? Nak orang kata dia baik? Biarlah orang tak tahu asalkan Allah tahu.” ujar Dini panjang lebar. Dia mula buka tazkirah panjang.

Nasihat itu meresap dalam hati Syira. Betul juga kata minah ni. Tapi kita tak berhak menghukum kan? Kita tak tahu niat hati dia yang sebenar. Sebagai manusia, jangan hukum orang lain tapi biarlah Allah yang menghukum.

“Betul juga kata kau tu. Tapi tak kan sebab tu kau tak suka dia? Cer kau bagi sepuluh sebab kenapa kau tak suka dengan si Haz tu?” soal Syira.

Dini tersenyum sinis. Kenapa dia tak suka? Soalan ni memang dia suka.

“Sepuluh sebab aku tak suka dia? Kau dengar betul-betul. Satu, suka perasan hensem. Dua, berlagak cool. Tiga, annoying. Empat, gedik. Seterusnya, suka tayang body. Konon sasa la padahal tak la sasa mana pun. Kemudian, dia tu banyak sangat perempuan yang suka sampai aku naik menyampah. Terfikir, apa benda la yang ada dekat dia tu sampai perempuan terkejar-kejar dekat dia. Lagipun dia tu muka jambu air. Suka bajet senyum comel. Lepas tu, aku tak berkenan dengan gaya dia. Fesyen tak ingat dunia. Yang terakhir, aku tak suka bila dia expose diri macam dia tu baik sangat.” 

Lengkap sepuluh alasan, Dini senyum puas. Syira yang mendengar pula ternganga. Gaya Dini macam kenal dengan si Haz tu. Macam pernah jumpa. Padahal, bayang Haz dalam realiti pun tak pernah nampak.

“Yang kau tanya aku ni, kau apa cerita? Kenapa kau alergi sangat dengan si Zemel tu? Padahal dia lagi best dari abang dia tu.” soal Dini pula bila Syira terganga pandang dia.

Syira tutup mulut. Dengar nama si Zemel tu, mulutnya herot. Tak suka aku!

“Sebut nama dia je, muka tu dah nampak alergi habis. Tak faham la kau ni Shir.” 

“Entah, aku rasa macam bila sebut nama si Zaman yang ketinggalan Zaman tu, aku rasa hati aku ni tak boleh terima. Macam badan aku alergi.”

“La, macam tu pun ada ke?”

“Ada la. Ni depan kau ni!”

“Fine! Kalau tadi aku bagi sepuluh sebab kenapa aku tak suka si Ghazali tu, kau bagi alasan kau. Tengok, cukup tak sepuluh. Kalau cukup tu, aku ngaku memang alergi kau tahap sepuluh.” ujar Dini dengan kedua-dua belah tangannya terangkat menunjuk angka sepuluh.

Yang ni buat Syira bersemangat. Nak huraikan kenapa dia tak suka si Zaman tu? Senang je. Celah gigi la.

“Satu, sebab dia berlagak macho. Dua, sombong. Tiga, gatal miang. Buluh pun tak miang macam dia! Empat, dia tu tak popular tapi sebab tumpang popular abang dia, sebab tu dia naik. Lima, bajet baik. Enam, bajet femes. Tujuh, suka sangat pakai rantai yang ada gigi dinosour tu. Ingat cun? Lapan, mulut jahat! Aku pernah baca artikel dia bahan peminat dia sampai menangis budak tu. Memang dasar jahat! Sembilan, berlagak kaya. Tinggi diri sangat! Sepuluh, suka sangat flirt dengan perempuan!” Alasan demi alasan dah terkelur.

Belum sempat Dini nak bercakap, suara Syira berbunyi lagi.

“Lagipun aku tak suka dia sebab dia tu perangai tak serupa bikin. Dia tu model, then dia jadi ikon banyak iklan. Tapi masalahnya, perangai dia tu. Sebagai seorang umat Islam yang popular, tolong la bagi tunjuk contoh yang baik. Tapi tak. Dalam Instagram, gambar berpeluk dah tak terkira. Itu contoh tak baik tau!”

“Lagi, aku dengar dia tu kejar followers. Kau tahu dulu sebelum femes, dia follow orang, lepas orang tu dah follow dia balik, dia boleh unfollow. Nampak sangat kejar populariti.” 

Mendengus Syira bila puas mengkritik. Dia kalau dapat mengkritik, memang tak habis sehari. Dini yang mendengar pula terangguk-angguk. Syira mengkritik dengan penuh perasaan kut. Itu tak tambah lagi dengan tangan dia yang terhuyung sana-sini saat bercerita.

“Kau dah kenapa Dini? Terangguk macam burung belatuk?” tanya Syira dengan muka lemau.

“Dah kau bercerita penuh perasaan. Aku ingat aku tengah tengok tv tadi. Aku ingat kau dah jadi tetamu jemputan dalam tv tadi.”

Puk!!!!

Bantal dah berlabuh atas kepala Dini. Cis! Dalam diam Dini mengenakan dia.

“Aku cakap betul la!”

“Ya la. Betul la. Tapi macam mana kau cakap pun, aku tetap minat si Zemel tu!” ucap Dini.

“Kalau macam tu, aku pun akan minat dengan si Haz tu walaupun sejuta makian kau bagi.” balas Syira dengan tayangan gigi percuma.

“Okey fine! Tutup topik. Sekarang aku nak tanya, jadi tak percutian kita minggu depan?” kening Dini terangkat.

“Mestilah! Aku tak sabar nak menjejaki Pulau Redang tu okey.” jawab Syira bercahaya. 

Pantai? Memang tempat kegemaran si Syira ni.

“Yeayy!!!! Akhirnya aku dapat surutkan tekanan dalam kepala otak aku ni!”

“Dan aku boleh bergembira dan berlari-lari di pantai sambil feeling macam filem Kuch-Kuch Hota hai!” 

Mereka berdua ketawa tanpa kata. Tak sabar nak tunggu minggu depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience