bab 6

Romance Series 5263

“AKU tertekan tahu tak! Aku ingat percutian ni boleh la buat aku tenangkan minda dari kesibukan butik kita tu, tapi memberatkan otak aku adalah! Percutian ni dah musnah tahu tak!”

“Eh, yang kau marah aku ni kenapa?”

“Bukan marah kau, tapi malaun mulut jahat dekat luar sana tu. Tayang body macam aku ni nak sangat tengok body dia. Aku rasa macam nak cuci mata aku dengan klorox tahu tak!” 

“Kau ingat kau seorang je rasa macam tu? Aku ni rasa macam percutian kita ni dah hancur-lebur. Tak berbaloi sejak bertemu dengan dengan si Ghazal tu. Tu la kau, aku ajak pi Jeju kau tak nak. Redang juga kau pilih.”

Syira menghembus nafas kuat sambil menyikat rambutnya. Perlahan-lahan dia menghampiri Dini yang sedang duduk di atas katil.

“Mana aku tahu jadi macam ni.” ujar Syira mendung.

Dini mengeluh. Tak boleh salahkan Syira. Bukan Syira ni tahu apa yang bakal terjadi.

“Tak sangka kan Zemel tu macam tu. Menyesal aku back up dia. Suka hati dia nak tolak kau dalam kolam. Dia ingat kau ikan. Ikan kekek mak iloi iloi, ikan gelama mak ilai, ilai?” luah Dini. Sempat nyanyi lagi.

“Sebab tu selama ni aku dah cakap yang dia tu jahat. Kau yang tak nak dengar. Sekarang dah tahu kan, macam mana perangai sebenar si Zemel tu?” Syira ingatkan Dini sambil mengambil tempat disebelah kawan baiknya.”

“Tapi kan, aku nak minta maaf la dekat kau. Selama ni aku suka gaduh dengan kau semata-mata nak tegakkan Haz tu. Tak sangka dia tu jenis lelaki keras kepala. Tak sangka juga dia tu gatal. Suka hati kata kau nak ngap dia. Dia ingat kau buaya? Dah tu kata kau pregnant. Lelaki gatal je fikir ke arah tu!” ucap Syira kemudiannya sambil mengepal penumbuk. Macam nampak je muka dua beradik tu.

“Betul la apa orang kata, bapa borek, anak rintik. Tapi dalam kes ni, abang borek, adik rintik. Satu kepala!” marah Dini geram. Mulutnya muncung ke depan.

“Fine! Tak apa, lepas ni kita pasang perisai kuat punya. Pastikan kita tak jumpa dua beradik yang dah banyak beri kesengsaraan pada kita tu!”

“Yeah!! Aku setuju!!!”

Syira bangun. Sekali melompat, dia dah berdiri atas katil.

“Kau nak buat apa?” soal Dini terkejut.

Syira tersenyum sebelum mendekatkan sikat yang dipegangnya ke bibir. Berangan pegang mike la konon.

“Disebabkan percutian yang huru-hara ni, mari kita hiburkan hati. Saya Syira Tihana akan dendangkan lagu khas untuk mamat tak ketahuan di luar sana!!!” jerit Syira.

Aku sudah tidak percaya padamu lagi, lebih baik engkau segera angkat kaki. Aku bosan, bosan, dengan dirimu. Aku benci! Benci! Pada dirimu. Aku sudah tidak percaya padamu lagi.

Kuat gila suara minah ni menyanyi. Dini yang masih duduk, pandang Syira yang menyanyi sambil menari sepenuh hati. Ingatkan nak marah sebab Syira nak melalak tapi rupanya...

“Aku nak join sekali!!!!”

Sekali-kali Dini buat lompatan Mario naik atas katil. Sempat lagi dia capai botol bedak baby powder. Nak join mesti kena ada mike.

“Go..go.. Dini. Ayuh musnahkan jejaka yang kononnya idaman Malaya tu. Jerit Syira seronok. Sampai melompat-lompat bagai.

“Saya Dini Athirah akan sampaikan lagu khas buat lelaki hilang pedoman di luar sana. One two three!!!!

Aku bo...bo...bo..bo..bosan. Aku bosan dengan bla bla bla bla bla bla. Mulut mu, cukup malas aku dengar alasan mu kerna ku terlampau bo..bo..bo..bo..bosan aku bosan!”

Lantang suara Dini menyanyi. Sekejap tangan atas kepala, sekejap tangan menari ikut rentak.

Syira di tepi bertepuk tangan. Giliran dia sumbangkan suara.

Semenjak ku kenal dia, jejaka idaman malaya. Semut pun tak mati dipijak... lemah lembut bicara. Semakin ku buka hati, semakin buka mata. Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya......yeahhh!!!

Dengar Syira menari, Dini melompat-lompat. Siap jadi back up singer lagi. Punya seronok melompat tiba-tiba..

Bum!!!

“Dini !!!”

Syira terjun dari katil. Laju kakinya menapak ke arah Dini yang tersembam atas lantai.

“Kau okey ke tak ni?” kalut suara Syira. Kepala Dini sesuka hati digoyang.

“Wei.. Sakitlah... Lepas kepala aku!” 

Syira berhenti menggelabah. Ingat pengsan dah tadi.

“Aduh! Sakitnya... kepala aku berdengung kuat ni.” adu Dini sambil duduk. Pinggang rasa macam nak patah. Tu bahana seronok sangat. Seronok kata dekat anak teruna orang sampai jatuh serupa katak!

“Wei, kepala kau benjol la!”

“Benjol??? Mana?” tangannya meraba kepala.

“Tunggu sekejap! Aku tuam kepala kau. Kau ni meggeletik sangat tadi kenapa? Marah Syira sebelum berlari mengambil sapu tangannya. Dahi Dini dituam lembut.

“Aku pula. Kau yang ajak aku menggeletik tadi. Menyanyi melompat semua. Nasib tak patah katil!”

“Aku pula disalahkan?” bebel Syira.

“Semua ni salah mamat-mamat tu la. Kalau tak jumpa mereka kita tak kan nyanyi nak hiburkan diri. Mereka tu memang bawa malang la!” 

“Kan? Betul la. Patutnya kita tak payah doa jumpa dia orang tu. Menyesal aku berangan jumpa Haz tu. Betul la orang kata. Berangan tu indah tapi kalau realiti rasa macam nak menyorok bawah meja!”

“Tu la. Aku pun berangan nak jumpa si Zemel tu. Allah dah kabulkan keinginan aku tapi masalahnya terjumpa sekali dengan si Haz mulut jahat tu! Meluat betul!”

Syira dan Dini sama-sama diam. Syira dengan penyesalannya dan Dini dengan kesakitannya.

“Aku harap kita tak kan bertembung lagi dengan mereka dekat sini. Hari pertama dah rasa nak lari balik rumah. Kalau tertembung dengan mereka lagi, Mahu aku berenang dalam laut tu sampai ke rumah aku. Moga kita boleh nikmati percutian ni tanpa tertembung dengan mereka. Amin...” doa Syira penuh perasaan. Siap berangan nak berenang. Berenang pun tak reti!

“Amin. Aku pun harap sangat macam tu.” Tukas Dini sambil meraup wajah.

“Meh, sini aku tuam balik dahi kau. Biru dah tu.” 

Kepala Dini ditarik. Dituam lembut dahi itu. Nasib bukan aku yang tersembam tadi, bisik hati Syira lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience