bab 4

Romance Series 5263

KEDEBUSH!!!

Syira tergamam. Sempat dia lemas sebelum kakinya terasa mencecah lantai kolam renang. Nasib tak dalam. Matanya terhala pada Zemel di pinggir kolam bersama sengihan cukup menyakitkan hati. Senyuman padan muka!

'Berani kau tolak aku! Kita tengok siapa akan menyesal nanti!' dendam Syira dalam hati.

Dia menenggelamkan dirinya tiba-tiba. One... Two..three.. Mulakan lakonan!

“Tolong...tolong...”

Tangan Syira tergapai-gapai di permukaan kolam. Sekejap dia timbul, sekejap dia tenggelam.

“Tolong... tolong...”

Zemel terpanar. Berkerut dahinya melihat Syira yang tergapai-gapai. Lemas pula ke perempuan tu.

“Tolong..” Kali ni suara Syira semakin lemah.

Dia betul-betul lemas! Tapi kolam tu bukan dalam mana pun. Setakat tinggi lima kaki lebih macam perempuan tu, tak kan sampai lemas?

Bila Syira nampak lemah, Zemel tersedar. Gila! Dengan sekali terjunan, dia mencapai tangan Syira. Tangan yang terkapai-kapai itu ditarik ke arahnya. Belum sempat tubuh itu didakap, tiba-tiba...

“Auch!!!” 

Jeritan Zemel bergema. Tangannya digigit kuat.

“Berani malaun macam kau tolak aku dalam kolam!!!” Syira menjerit kuat.

Kepala lelaki tu dicapai. Dengan sekuat tenaga, kepala itu ditenggelamkan dalam air. Puas hati!

“Woi!”

Zemel berusaha bangun. Nafas semput gila! Rasa macam nak tercekik. Baru dua saat kepala dia naik ke permukaan kolam, sekali lagi ada tangan menolak. Terkapai-kapai tangannya cuba menghalang tangan yang galak kerjakan kepalanya.

“Puas hati aku!” jerit Syira.

Kepala Zemel dilepaskan. Terkedek-kedek dia berlari ke tepi kolam dan naik ke tebing. Sampai je di bahagian atas kolam, dia duduk sambil berpeluk tubuh. Bercahaya mata tengok Zemel termengah-mengah menarik nafas. Dah cukup baik aku tak kembungkan kau dengan air!

“Kau dah kenapa?”

Syira tayang muka bersahaja. Garang mata lelaki itu, diabaikan. Ada rasa takut tapi dia mengawal rasa itu. Matanya memerhati saja Zemel yang berenang ke tepi sebelum melompat naik dari kolam.

“Kau dah gila ke? Kalau aku mati macam mana? Aku boleh laporkan kau, tahu tak?! atas cubaan membunuh!”

“Eleh, ada tertulis ke dekat muka aku ni, aku takut. Lapor lah! Aku pun boleh buat laporan. Laporan lelaki pencabul yang buat gangguan seksual!”

“Apa?” mulut Zemel ternganga. Pencabul? Melampau!

“Kau dah kenapa? Tolak aku masuk dalam air. Kau ingat aku ni ikan duyung ke nak masukkan dalam air bagai?” marah Syira geram sampai apa yang dia cakap pun dia tak ambil pusing.

“Ikan duyung? Memang aku tahu kau bukan ikan duyung. Ikan duyung tu cantik bukan macam kau.” 

Syira ketap bibir. Dalam maksud kata-kata Zemel. Mentang-mentang dia hensem, suka hati je nak kata aku tak cantik. Cantik ke tak, ada dia kesah?

“Gila!” bentak Syira sebelum memeluk kuat tubuhnya. Lelaki ni memang jahat betul! Dah la dia pakai baju putih, lepas tu basah habis baju. Tak pasal-pasal ada benda yang tak sepatutnya nampak, dah hampir ternampak.

Tengok Syira yang berusaha memeluk tubuh bagi menutup sesuatu, Zemel mengeluh. Tanpa kata, bajunya dibuka. Diperah sampai kering.

‘Ke... kenapa dia buka baju? Dasar lelaki gila!’ jeritan hati Syira bergema. Sepantas kilat dia larikan matanya dari menghadap tubuh cantik tu.

Cantik pun, pusat tu tetap aurat! Berdosa dah dia tertengok tadi. Memang lelaki ni sengaja nak buat dia kumpul dosa ke apa?

“Dia ada lagi ke tak?” soal Syira sendiri bila suasana sepi tiba-tiba. Fikirnya Zemel dah pergi. 

Baru saja dia nak berpusing wajah ke arah Zemel, terasa ada orang pakaikan baju pada tubuhnya..

“Pakai tu. Tutup apa yang kau nak sangat tutup tu,” suruh Zemel sambil mengeliat kecil.

Syira tercengang. Matanya membutang melihat Zemel.

“Kau tengok aku apa hal? Cantik sangat ke badan aku sampai kau tak berkelip tengok?”

Eeeee! Shira menyeringai. Matanya dilarikan kembali. Siapa nak tengok badan dia tu. Baik aku tengok badan kambing ke, lembu ke, lagi bagus! Tanpa kata, Syira bangun. Tanpa pamitan juga, dia berlari ke suatu arah. 

“Dah kenapa perempuan tu lari serupa Donald Duck?” soalnya sendiri dengan muka pelik.

Agaknya gadis tu baru turun dari dunia kayangan kut. Sebab tu pelik semacam. Zemel kemudiannya melangkah perlahan mengikut arah Syira berlari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience