Bab 2

Romance Series 5263

“Balik kampung... Wowowowo balik kampung. Wowowowo balik kampung hati girang...”

“Kau gila ke mereng? Masa bila kampung kau kat sini. Jangan jadi mereng. Sat lagi ku hantar kau ke hospital gila.”

Syira yang enak menyanyi lagu balik kampung terdiam bila ada suara yang menyanyi dengan rentak yang sama tapi lirik dah diubah. Kepala dipusingkan.

“Kau ni menyanyi tengah laut ni. Gila ke hah?! Buatnya tsunami dengar suara kau macam mana?” 

Dini bercekak pinggang. Agaknya memang dia ni suka tayang pinggang kut. Penat dia menyanyi dengan lirik yang entah apa-apa. Ni semua Syira punya pasal la. Suka hati dia je nak melalak tepi pantai ni. Tengok, dah beberapa mata mak cik pandang mereka. Ngek sungguh!

“Ala, kau ni spoil semangat aku je la. Aku campak dalam laut nak?” Terjegil biji mata Syaira.

“Macam larat nak campak aku!”

“Jangan pandang sebelah mata sis. Aku ni sekuat incredible hulk tau!”

“Eleh. Kuat sangat konon. Campak la. Untung-untung ada mamat hensem selamatkan aku. Nanti dia tengok aku, jatuh cinta pandang pertama. Macam cerita Kabhi Kush Kabhi Gam tu. Tergam terus mata aku dengan dia.” 

Dini tersenyum simpul. Kalau senyum macam itu, sah! Perempuan tu tengah berangan.

Pushhh!!!

Dini tersedar. Bulat matanya memandang Syira yang tersengih tahap muka orang jahat.

“Macam mana? Dah sedar dari mimpi lepas kena simbah dengan air?” soal Syira sambil menayang botol air di tangannya. 

Dini mendengus. Dia boleh jirus aku dengan air. Dia ni ikut kepala dia je.

“Syira Tihana!!!”

“Apa?” 

Dini geram. Pantas kakinya dilarikan ke arah Syira. Botol air dirampas sedar-sedar Syira sendiri dah basah terkena simbahan gaya San Go Ku. 

“Dini!!!”

“Itu je cara nak ajar orang selambarono macam kau ni.” Dini menjelir.

“Bagi balik botol aku!” Syira merampas sambil mengibas bajunya yang basah. 

Orang di tepi tengok pelik je ke arah mereka. Mungkin mereka rasa nak cabut lari kalau benar dua gadis tu bekas tahanan hospital bahagia.

Dini menapak ke arah laut. Segarnya bayu laut. Ni kalau malam lagi best. Romantik gitu. Syira di belakang turut ikut. Kakinya bermain-main dengan ombak kecil. Tak sabar nak mandi ni. Boleh buat kuak lentang, gaya kupu-kupu. Seronoknya. Tapi sejak bila dia tahu berenang?

“Kan bagus kalau terjumpa dengan Haz dekat sini. Lagi berseri-seri percutian ni,” ujar Syira dengan muka sengal gila.

“Kau ingat model hot macam dia tu nak jejak kaki dekat sini? Setakat sini, dia tak pandang la. Model perasan tu, kalau dia nak bercuti, tu dekat Korea ke, Paris ke atau Australia. Jangan berangan la dia nak datang,” balas Dini sambil mencebik dengan muka lemah.

Potong mood betul la Syira ni. Tak ada nama lain ke dia nak ingat selain Ghazali tu?

“Tahu la. Aku berangan je. Itu pun nak marah!”

Dini buat muka bersahaja. Dia dah terikut Syira. Main air macam budak kecil.

“Tapi kalau la tiba-tiba muncul muka Zemel dekat sini. Wah, indahnya dunia.”

Giliran Syira tayang muka lemah bercampur meluat. Tadi kata Haz yang kononnya model hebat tu tak kan datang sini. Kalau Haz tak layan tempat begini, ingat Zemel tu nak layan. Lelaki bajet hot tu lagi la tak mungkin ada dekat sini. 

“Tadi kau kata aku berangan. Kau berangan tak apa pula?” Syira bengang. Dalam hati berfikir, aci tak kalau dia siram Dini lagi sekali?

“Aku tak pa. Aku lain.”

“Lain apanya? Lain sebab kau ada tahi lalat bawah mulut kau tu?”

“Wei, tahi lalat jangan main. Ni tahi lalat cun punya.”

“Cun la sangat.” Tangan Syira di dada dengan kepala terteleng ke atas.

“Tapi kan kalau si Zaman yang kau suka tu betul-betul ada dekat sini, memang aku rendam muka dia dalam laut supaya tak naik-naik. Lepas tu sejuk la telinga aku dari dengar pujian kau dekat dia.” sambung Syira bergurau dengan muka sengaja di buat-buat lega.

“What? Kau nak rendam muka dia?” Mata Dini mengecil. Dia berundur sedikit. Layan je la gurauan kawan di tu.

“Kalau aku dapat si Haz tu, aku ambil pasir ni aku baling dekat muka dia!” ujar Dini lagi.

Sebab dia memang giler punya orang, dia sodok pasir dengan tangannya. Sekali dia campak pasir tu ke tepinya dengan mata masih memandang Syira.

“Dini!”

“Apa?” 

“Kau...

“Kau tergagap-gagap kenapa?”

Dahi Dini berkerut. Dah kenapa si Syira ni buat muka terpinga-pinga macam tu.

“Aduh!!!”

Dini tersentak. Siapa pula yang menyampuk? Pantas dia memandang ke arah sisinya. Macam tak ada perasaan dia melihat lelaki yang terduduk sambil menggosok biji mata. Dah kenapa dengan lelaki tu?

“Dini, kau baling pasir dekat muka dia tu kenapa?!” 

Jerit Syira kuat saat kakinya dilarikan ke arah Dini. Dini tersedar. 

“Pa...pasir???”

“Auch.. Auch...”

“Wei, tolong dia. Nazak budak tu wei,” ujar Syira kelam-kabut. Tubuh Dini ditolak ke arah pemuda yang masih menggosok biji mata.

Dini menghampiri lelaki itu. Sekejap dia ke arah lelaki tu, sekejap lagi dia berlari ke arah Syira.

“Yang kau lari ulang-alik tu kenapa? Ayuk, kau dah buat anak orang.” 

Jari Syira terangkat sambil menyalahkan Dini. Macam budak kecil yang tengok kawan buat salah. Boleh pula dia berayuk-ayuk dekat sini.

Kedebuk!!!

Kepala Shira tertunduk ke depan. Sengal kepala dia kena hempuk dengan beg tangan kecil Dini.

“Kau ni bukan nak tolong aku, tapi salahkan aku! Ambik kau! Ayuk-ayuk sangat!”

“Dini! Sakit la wei. Tercampak kepala aku dalam laut tadi macam mana?”

Dalam keadaan tu pun mereka boleh bertekak lagi. Lelaki yang mengenyeh biji mata tu langsung tak dihiraukan.

“Siot!!!”

Bunyi ngauman tu buat Syira dan Dini memandang jejaka yang menutup wajahnya dengan tangan.

“Apa aku nak buat?” tanya Dini menggelabah.

“Buang pasir. Ha! Ambil air tu, simbah dekat muka dia.” Syira memberi cadangan sambil tangan terhala pada air laut di sisi pantai.

Disebabkan menggelebah punya pasal, Dini ikut je tanpa berfikir. Laju kakinya ke arah laut dan kemudian kembali ke arah lelaki itu.

Puish!!! 

Lelaki dengan mata berpasir itu cuba membuka mata. Belum sempat dia buka mata, terasa air laju menampar biji matanya.

“Aduh!!! Pedih!!!”

“Shir, aku dah siram mata dia dengan air, kenapa dia menjerit lagi?” soal Dini bodoh.

Syira sendiri pelik. Tapi bila dia pandang air laut, dia teringatkan sesuatu.

“Dini, kau siram dia denga air laut kenapa? Air tu bergaram la. Pedih la mata dia!”

“Ha?? Tapi kau yang suruh tadi.” 

“Bodoh... bodoh betul!!!”

Syira dan Dini sama-sama tertegak. Syira dengan langkah perlahan mendekati Dini..

“Mati wei. Apa nak buat ni?” soal Syira sambil memandang lelaki yang menggosok biji mata.

“Lari la Shir..”

“Betul tu.”

Mereka berdua ingin melarikan diri, tapi tiba-tiba Syira tersedar ada botol di tangannya. Tanpa menunggu lama, botol di buka. Sekali nafas, air dalam botol tu disimbah pada wajah pemuda itu.

“Apa yang kau buat?"

Tubuh Syira tertegak. Besar biji matanya melihat seorang lelaki lain yang tiba-tiba menghampiri mereka. Macam pernah tengok je. Lelaki berbaju hitam tanpa lengan yang yang menampakkan bentuk lengannya ditenung. Wajah lelaki itu putih dan matanya sedikit bulat. Macam kulit baby je mamat ni. Badan boleh tahan sasa dan gaya dia jalan, pergh! Penuh gaya. Pendek kata, hati dia dah memuju kacak tanpa rela.

“Saya tanya, apa yang awak buat?” soal lelaki itu sambil memandang lelaki berpasir dan Syira bersilih ganti.

“Sa... saya tolong dia...” 

“No! Dia nak bunuh aku!”

Syira terpanar. Bertambah terpanar bila lelaki pasir tadi sudah bangun dan berdiri di sebelah lelaki muka bengis itu. Lelaki pasir tadi merampas botol air di tangan lelaki yang baru muncul itu sebelum membasuh mukanya.

“Shir... Macam mana ni?”

Syira berpusing. Ingat Dini dah lari tadi. Ni la kawan baik. Tak larikan diri saat susah. Tak apa Dini, kita hadapi semua ni sama-sama.

“Siapa yang baling pasir tadi?” Bulat biji mata lelaki berpasir itu pandang mereka.

Syira atau Dini sama-sama rasa macam dah kena cekik dalam diam.

“Shir, aku rasa macam pernah tengok la dia orang ni.” bisik Dini.

“Ya la. Aku pun sama. Macam...” Syira berjeda. Dia memandang kedua-dua mamat tu. Familiar sangat.

“Bisik-bisik apa! Siapa yang baling pasir dekat muka aku tadi, hah?!”

Hilang terus bisikan dua gadis tu. Tu la, orang tanya boleh lagi bisik-bisik. Bisik tak apa lagi, tapi yang pergi tenung muka mamat-mamat depan ni, dah kenapa?

“Ma... mana kami tahu,” jawab Dini tergagap-gagap.

Syira pandang kawan baiknya. Dia menipu pula. Kalau nak tipu pun jangan la tergagap cik Dini oi. 

“Penipu! Aku tahu, salah seorang dari kau orang yang baling. Cakap! Siapa?!” 

“Brother, apa hal ni?” tanya mamat muka bengis sesaat tadi. Blur tak tahu apa terjadi.

“Ni, dua minah ni buat hal. Baling pasir dekat muka aku lepas tu simbah mata aku dengan air garam.”

“Apa? Serius?” mata lelaki berbaju hitam itu terbeliak. Dua gadis yang tayang muka toya tu, dia pandang.

Eh! Kejap! Betul la muka mamat ni familiar. Bukan ke ni...

“Awak ni Zemel kan?”

Belum sempat Syira meneka dalam hati, suara Dini dah berbunyi.

“You know me?”

Dini mengangguk dengan senyuman bak Darlie. 

“Brother, dia kenal aku la," ucap Zemel. Macam bangga pun ada. Riak la sangat!

Syira di tepi buat muka. Sikit pun tak teruja tengok muka si Zemel tu.

“Shut up! Sekarang ni, saya ulang lagi sekali soalan saya. Siapa yang baling tadi?”

“Sorry, kawan saya tak sengaja tadi.” Syira tampil. Hensemnya si Haz ni. Dah la pakai baju merah. Warna kesukaan aku tu.

Maknanya dugaan mereka salah. Model meletup macam pisang goreng ni pun bercuti dekat sini la. Rezeki jumpa hari ni. Allah dah makbulkan doa. Yes!!!

“Jadi maknanya dia la orangnya?” lurus jari Haz terhala pada Dini yang mula mengetap bibir.

Syira tutup mulut. Alamak! Terpecah rahsia.

“Tadi kata tak tahu siapa? Patutlah tak mengaku. Rupanya sendiri yang jahanamkan muka orang.” ucap Haz pada Dini yang tayang muka bengang pada Syira. Sorry Dini.

“Siapa jahanamkan muka awak? Saya tak sengaja la!”

“Betul tu, kawan saya tak sengaja.” Syira datang back up. Dengar suara Dini macam nak cari gaduh dah tu.

“Tahu tak apa yang kau dah buat? Kalau rosak muka aku macam mana? Siapa nak tangung?”

“Eleh! Setakat muka macam tu. Tua nanti tak laku juga kalau nak jual," gumam Dini tanpa rasa bersalah.

Rupanya dia terbaling betul pasir dekat muka mamat ni. Kiranya dia dah buat apa yang bibir dia kata. Kan dia kata dia akan baling pasir kalau nampak muka Haz. See! Dia buat betul!

“Apa???”

“Brother, sudah la. Dia tak sengaja tu.” Zemel datang memegang bahu abangnya. 

Dini apa lagi, suka sangat bila si Zemel tu mempertahankan dia. Siap Zemel kenyit mata lagi tu.

Syira di sisi rasa nak muntah. Dasar gatal! Kenyit mata pula. Aku doakan mata kau tak terbuka sebelah. Mulutnya mengherot. Kenapa dia tak teruja tengok Zemel? Tapi dia rasa nak ternganga tengok Haz. Tak percaya mereka akan bertemu dekat sini. Doa termakbul ni.

“Minta maaf sekarang.”

“Apa?”

“Minta maaf dan saya akan lepaskan awak.”

“Ha..ha..ha.” Dini pura-pura ketawa. Jangan
harap.

“Maaf la, Ghazal dan Zemel, saya kena pergi dulu. Ada labah-labah dekat sini! Saya alergi dengan labah-labah. Jom Shir.” 

Tanpa kata Dini menarik tangan Syira. Syira mengikut sebab terkejut. Laaa... tak sempat nak tatap lama-lama muka si Haz tu.

“Dia panggil aku Ghazal!” Mata Haz terbeliak pandang wajah adiknya. Dia mendengus keras.

“Ala, brother. Nama tu kan nama kau. So apa masalahnya?” balas Zemel bersama tawa di hujung bibirnya. 

Tak pernah lagi peminat panggil abangnya Ghazal. Dia ketawa sambil berlalu. Haz bengang. Perempuan tu buat salah, dia pula yang kena marah. Labah-labah? Macam tuju dekat dia je. Nampak sangat muka herot perempuan tu bila sebut namanya. Tapi bila sebut nama adiknya, bukan main senyuman. Bengang!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience