BAB 1

Drama Completed 447

Nik Zaiton mengambil angin di halaman depan Teratak
Bonda.Dia cuma duduk beralaskan kerusi roda.Sudah lama dia disahkan
lumpuh setelah terlibat dalam satu kemalangan langgar lari.Sudah hampir
setahun dia menjadi penghuni di rumah warga emas Teratak
Bonda.Anak-anaknya sendiri menghantarnya ke sini kerana masing-masing
sibuk bekerja dan tidak dapat menguruskannya.Jauh di sudut hatinya dia
cukup merasa terkilan.

“Opah…Opah buat apa kat sini ?”tegur seorang
jururawat bernama Madina.

“Puas saya cari Opah.Rupanya kat sini.Kejap lagi
Opah kena makan ubat,”ujar Madina lagi setelah Nik Zaiton mendiamkan diri.

“Madina nak dengar satu cerita tak ?”Nik Zaiton
memegang tangan Madina yang duduk di hadapannya.

“Nak tapi Opah kena janji.Opah kena makan ubat nanti,”

Nik Zaiton tersenyum dengan pujukan jururawat di hadapannya itu.

“Dulu opah ada seorang abang.Nama dia Nik Syafiq .Dia
banyak berkorban untuk opah,”

“Abang opah masih ada lagi ?”tanya Madina.

“Lepas saja opah lari ke bandar.Kami dah
terpisah.Opah tak tahu dia masih hidup atau tidak,”

“Nik Syafiq banyak berkorban untuk opah.Maklumlah kami
cuma dua beradik sahaja.Hidup kami yatim piatu selepas ibu dan ayah
tiada.Hanya dia tempat opah bergantung,”cerita Nik Zaiton sambil
mengenangkan masa lalunya.

“Sabarlah Syafiq …Zaiton .Allah lebih sayangkan
mereka,”Pak Hamka menepuk bahu Syafiq .Majlis tahlil baru sahaja
selesai.Nik Syafiq dan Nik Zaiton baru sahaja kehilangan ibu bapa mereka.

“Maznah …Bawalah budak-budak ni duduk dengan kamu,”saran
Pak Hamka.Berharap Mak Su Maznah dapat meringankan beban mereka dua
beradik.Lagi pula mereka anak suadara dia juga.

“Kenapa pula saya.Budak-budak ni dah ada rumah sendiri,”

“Kamu satu-satunya waris keluarga mereka.Siapa lagi kalau
bukan kamu.Mereka ni anak saudara kamu juga,”

“Saya pun ada anak yang nak dibela.Pandai-pandailah
budak-budak ni nak hidup.Dah besar panjang dah kan,”

“Tak apalah Pak Hamka.Mak Su.Kami boleh jaga diri
sendiri.In shaa Allah, saya akan jaga adik saya baik-baik,”ujar Nik
Syafiq .Dia masih lagi diselubungi kesedihan.Melihat adiknya Nik Zaiton
yang tertidur di atas riba Mak Jiha,hatinya menjadi sayu.

“Kesian budak-budak ni Maznah .Mereka masih belajar.Tak
kan kamu tak kesian,”Mak Jiha pula bersuara.Tangannya lembut membelai
rambut Nik Zaiton .

“Saya balik dululah Pak Hamka.Mak Jiha,”Mak Su Maznah
terus keluar menuruni anak tangga tanpa bersalam dengan Mak Jiha.

Pak Hamka dan Mak Jiha sama-sama terdiam.Kesal dengan
sikap Mak Su Maznah .

“Syafiq ,”panggil Mak Su Maznah .

Nik Syafiq bingkas bangun menuruni anak tangga menyahut panggilan Mak Su
Maznah .

“Nah ambil duit ni buat belanja,”Mak Su Maznah
menghulurkan wang kertas sebanyak dua ringgit kepada Nik Syafiq .

“Terima kasih,”ucap Nik Syafiq .

Pak Hamka yang melihat dari atas rumah hanya mengelengkan
kepala.

“Malam ni Mak Jiha dengan Pak Hamka tidur sini boleh
ye,”pinta Mak Jiha.

“Boleh Mak Jiha.Terima kasih banyak tolong kami dua
beradik ni,

“Tak ada apalah.Kamu berdua ni dah macam anak kami.Apa kata kamu dengan
Zaiton tinggal je dengan kami,”

“Biarlah kami tinggal kat sini.Lagi pun saya tak nak susahkan Pak Hamka
dan Mak Jiha.In shaa Allah saya boleh jaga Zaiton ,”ujar Nik Syafiq
dengan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience