BAB 2

Drama Completed 447

Ketika ini Nik Zaiton sudah mula mengalirkan airmatanya.Jururawat Madina
segera memeluknya.Madina tahu kesedihan Nik Zaiton sudah lama terpendam.

“Selepas itu bermulalah kehidupan kami yang susah.Kais pagi makan
pagi,kais petang makan petang.Abang opah terpaksa tanggung hutang arwah
ayah,”cerita Nik Zaiton lagi.

Madina tekun mendengar cerita kisah hidup Nik Zaiton .

“Dah seminggu ibu dan ayah meninggal.Nanti petang kita ziarah kubur ibu
ayah ye abang,”pinta Nik Zaiton .

Nik Syafiq hanya mengangguk.Dia tidak banyak bercakap dalam seminggu
ini.Pagi ini Nik Syafiq hanya mengoreng cucur bawang untuk di makan
bersama air teh.Mereka sama-sama bersarapan sebelum dia menghantar Nik
Zaiton ke sekolah.

“Ni duit belanja sekolah hari ni.Abang tunggu kat luar,”Nik Syafiq
meletakkan duit saku sebanyak seringgit di atas meja makan.

“Abang,”panggil Nik Zaiton yang melihat abangnya melangkah berjalan ke
luar.Dia mengambil wang saku itu.Beg digalas.Cepat-cepat dia mengikut
abangnya ke depan.

Enjin motor dihidupkan.Itulah satu-satunya motor peninggalan arwah
ayahnya.Nik Syafiq memakai topi keledar.Dia turut menghulurkan satu lagi
topi keledar kepada Nik Zaiton .

“Abang…Boleh tak adik nak minta duit lebih,”

Nik Syafiq mengangguk.Dia menghulurkan seringgit lagi kepada Nik
Zaiton .Satu-satunya adik kesayangan dia.Soal duit dia tidak pernah
berkira.Walaupun wang simpanannya semakin hari semakin
berkurangan.Banyak perbelanjaan yang harus dibayar.Dia akan berjimat
cermat sementara mendapat pekerjaan baru.

“Terima kasih abang.Adik janji, adik akan belajar rajin-rajin,”

“Zaman opah dulu seringgit pun dah rasa banyak.Boleh beli
macam-macam.Nik Syafiq tak pernah berkira dengan opah,”

“Lepas saja hantar opah masa tu.Dia terus ke pekan cari kerja.Sejak dari
tu dia dah berhenti sekolah,”cerita Nik Zaiton lagi.Kali ini dia lebih
tenang sedikit bercerita.

“Abang dah dapat kerja,”cerita Nik Syafiq kepada Nik Zaiton .Tengahari
ini mereka makan bekalan makanan yang dibawa Mak Jiha.Nasi, kari kepala
ikan dan ayam goreng.Berselera sungguh dua beradik itu makan.

“Abang dapat kerja apa,”tanya Nik Zaiton .

“Pembantu kat kedai makan je,”

“Ohh…”tiada reaksi gembira dari adiknya Nik Zaiton .Nik Zaiton sekadar
tersenyum hambar.

Selesai makan Nik Syafiq berehat di ruang tamu rumah.Bersandar di
dinding kayu.Banyak yang harus dia fikirkan.Jika ibu dan ayah
merekamasih ada sudah tentu dia tidak serabut seperti ini.

Kesal dengan sikapnya yang kuat melawan cakap ibu dan ayahnya dulu.

“Syafiq …Esok lusa kalau ibu dan ayah dah tak ada.Kamu jagalah Zaiton tu
elok-elok.Didiklah dia,”pesan ibunya sebelum mereka terlibat dalam
kemalangan.

Dia pernah mencuri duit ibu dan ayahnya.Berdosa rasanya bila teringatkan
semua itu.Nik Syafiq mengesat airmatanya.Dia tidak mahu satu titik pun
airmatanya di lihat Nik Zaiton .

“Syafiq …,”jerit Mak Su Maznah dari luar rumah.Lekas-lekas Nik Syafiq
berjalan menuruni anak tangga.

“Ye mak su.Ada apa mak su datang ni,”tanya Nik Syafiq .Hairan juga
dia.Mak Su Maznah tidak akan datang rumah mereka tanpa sebab.

“Mak su datang nak kutip hutang ibu ayah kau,”

“Bila masa pula ibu dan ayah saya ada hutang dengan mak su,”

“Ibu ayah kau hutang dengan mak su pun kau tak tahu ?”

Nik Syafiq mengelengkan kepala.Dia benar-benar tidak tahu hutang yang di
maksudkan ibu saudaranya itu.Suara mak su yang kuat turut mengejutkan
Nik Zaiton .Nik Zaiton mengintai di muka pintu.

“Mak su tak kira.Kau kena bayar hutang arwah ibu ayah kau tu.Tak banyak
pun.Lima ratus ringgit je,”

Terduduk Nik Syafiq di atas tangga.Dia langsung tidak tahu menahu
tentang hutang itu.

“Kalau kau tak mampu.Apa kata jual je tanah kebun arwah ayah kau tu kat
mak su,”saran Mak Su Maznah .

Tak terlintas di fikirannya untuk menjual tanah pusaka itu.

“Nanti saya bayar hutang mak su tu bulan-bulan.In shaa Allah saya mampu,”

“Baiklah,”riak wajah Mak Su Maznah hambar sahaja.Niat asalnya inginkan
tanah kebun itu.Bukanlah hutang yang dia inginkan.Dia akan memujuk anak
saudaranya itu lagi.

“Tak pa Mak Su balik dulu,”

“Abang ada duit ke nak bayar hutang tu ? Jual sajalah tanah kebun.Kita
boleh dapat duit banyak,”senyum Nik Zaiton sambil melemparkan pandangan
ke arah Mak Su Maznah yang sedang berjalan pulang meninggalkan halaman
rumah mereka.

Nik Syafiq hanya berdiam.Tak mungkin untuk dia menjual tanah.Nik Zaiton
masih mentah.Masih belum mengerti.Semakin bertambah beban fikirannya.

“Kalau abang jual tanah kebun tu.Kita dapat duit.Boleh kaya,”bahas Nik
Zaiton lagi.

“Pernah ke abang menoreh pokok getah kat kebun kita tu ? Nak menoreh pun
abang tak tahu.Baik abang jual,”

“Kau tak payah nak ajar aku.Kau masuk dalam sekarang,”tengking Nik
Syafiq sambil menunjukkan jari telunjuk ke dalam rumah.Nik Zaiton masuk
ke dalam dengan wajahnya yang masam mencuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience