BAB 3

Drama Completed 447

“Masa tu opah kena marah.Itulah kali pertama dia tengking opah.Esok tu
dia minta maaf balik.Opah tahu banyak beban yang dia kena tanggung.Tapi
opah buat-buat tak tahu,”sambung Nik Zaiton lagi.

“Macam mana kehidupan opah lepas tu ?”

“Di sebabkan bebanan hutang.Hidup kami makin hari makin susah.Ada saja
orang datang minta hutang.Katanya arwah ayah banyak berhutang.Opah dah
tak dapat duit belanja sekolah dah.Elektrik pun tak ada masa tu.Pakai
pelita minyak tanah je,”

Nik Syafiq baru sahaja selesai mengoreng nasi.Nasi goreng telur tanpa
garam dan perasa.Itu saja yang mampu disediakan oleh Nik Syafiq .Nik
Syafiq memasukkan nasi goreng itu ke dalam bekas makanan.Bekal untuk Nik
Zaiton rehat nanti di sekolah.

Waktu rehat Nik Zaiton makan di kantin.Dia mengeluarkan bekal makanan
yang dibawa.Nasi goreng telur.

“Boleh saya rasa nasi goreng awak,”

“Boleh.Jemputlah makan,”Nik Zaiton menganggguk dan pelawa rakannya
makan.Dia gembira rakannya masih mahu menjamah makanannya.

“Eee…Tak sedaplah.Macam mana awak makan.Nasi goreng awak tak rasa
apa.Mesti awak orang susahkan,”

Nik Zaiton tertunduk malu.Dia langsung tidak mahu menjamah nasi
goreng.Dia bingkas bangun meninggalkan kantin dan meluru masuk ke
kelas.Di kelas dia menangis teresak-esak.

Pulang sahaja dari sekolah Nik Zaiton terus berkurung di dalam bilik.

“Esok tu opah tak pergi sekolah.Malu dengan kawan-kawan.Opah tetap tak
putus asa pujuk Nik Syafiq jual sahaja tanah pusaka tu.Opah tak nak
hidup susah lagi,”

“Abang opah setuju tak ?”tanya jururawat Madina.

“Nik Syafiq tetap tak setuju.Katanya itu tanah pusaka.Madina nak tahu tak ?”

“Siang sampai ke petang Nik Syafiq kerja di kedai makan.Malam-malam pula
dia pergi menoreh getah.Dari dia tak pandai menoreh sampailah dia dah
tahu menoreh.Pak Hamka yang banyak tunjuk ajar.Tapi semua duit yang
dapat tu cukup-cukup untuk makan dan bayar hutang.Hidup kami susah
sangat.Semua ni berlarutan sampailah opah dah habis sekolah.Hidup kami
tak ada perubahan,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience