BAB 4

Drama Completed 447

“Juallah tanah kita tu abang.Kita tak perlu susah-susah lagi.Abang pun
tak perlu pergi menoreh malam-malam,”

“Apa pun jadi abang tak akan jual tanah tu,”tegas Nik Syafiq .

Kali ini airmata Nik Zaiton kembali berjuraian.Madina mengelap airmata
Nik Zaiton dengan tisu.Menepuk-nepuk bahu wanita tua itu.

“Opah sepakat dengan Mak Su Maznah curi geran tanah tu.Duit tu opah bawa
lari ke bandar,”

“Lepas tu apa jadi ?”

“Mak Su Maznah tipu opah.Dia tinggalkan opah kat bandar.Dia bawa lari
duit tu.Yalah masa tu opah baru umur 17 tahun.Masih mentah.Opah tak
berani nak balik semula ke kampungi,”Nik Zaiton mengalirkan airmata
lagi.Kesal bila mengingatkan kisah lama.

“Nak hidup kat bandar tak ada duit.Terpaksa jadi pengemis di kaki
lima.Nak cari makanan terpaksa selongkar tong sampah,”

Jururawat Madina turut mengalirkan airmata mendengar kisah hidup Nik Zaiton .

“Kemudian barulah opah bertemu dengan suami opah.Tapi jodoh kami tak
panjang.Kami berpisah.Bermulalah hidup opah sebagai seorang ibu
tunggal.Nak membesar tiga orang anak.Alhamdulillah.Anak-anak opah semua
kerja bagus tapi kurang masa nak jenguk opah.Semua sibuk,”

“Sabarlah opah.Walaupun mereka sibuk mereka akan tetap ingat opah.Opah
kan ibu kandung mereka juga,”pujuk Madina.

“Mungkin ini balasan Allah.Opah tak pernah menghargai pengorbanan Nik
Syafiq dulu.Sekarang ni anak opah pula buat tak tahu dengan opah.Tak nak
jaga opah.Opah rindukan Nik Syafiq .Opah tak tahu dia masih hidup atau
tidak,”luah Nik Zaiton .

“In Shaa Allah.Ada rezeki nanti kita ajaklah anak-anak opah balik ke
kampung opah,”

“Itu pun kalau mereka mahu.Anak-anak opah semua sibuk sebab tu mereka
hantar opah kat sini,”

“Kalau opah tak datang sini.kita tak jumpa.Madina tak dapatlah nak kenal
opah,”pujuk Madina.

Nik Zaiton hanya tersenyum hambar.Dia juga rindukan anak dan cucunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience