BAB 3

Drama Completed 196

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”

Kedengaran azan subuh berkumandang dari corong pembesar suara surau pangsapuri Seroja. Laungan bilal kedengaran di seluruh kawasan, memanggil-manggil sekalian umat Islam khususnya lelaki untuk solat subuh berjemaah di tempat azan dikumandangkan.

Surau pangsapuri itu seluas 400 kaki persegi, mampu menampung seramai kira-kira 50 orang jemaah. Namun, hanya kelihatan 12 orang sahaja yang hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah. Pemandangan yang agak menyedihkan.

Usai solat subuh, Yusuf mengajak pengerusi persatuan penduduk pangsapuri Seroja; Tuan Osman untuk berbincang mengenai hal yang sudah lama terpendam dalam hatinya. Yusuf sudah tidak mampu bersabar lagi.

“Tuan Osman, saya sangat mengharapkan jasa baik Tuan untuk segera mengambil tindakan akan masalah yang semakin menjadi-jadi di pangsapuri kita ini.” Yusuf memulakan bicara.

“Maksud kamu masalah pembuangan sampah merata-rata terutama dari aras tinggi pangsapuri?” Tuan Osman dapat menebak apa yang cuba disampaikan oleh Yusuf .

“Ya Tuan. Pagi kelmarin, habis kotor kereta saya dengan sampah-sarap. Kalau saya dapat pelakunya, teruk saya kerjakan.” Yusuf mengadu akan perkara yang terjadi pada dirinya.

“Saya sudah maklum akan hal ini. Sudah banyak aduan yang saya terima daripada penduduk di sini. Jangan risau hal ini akan saya selesaikan secepat mungkin.” Kata Tuan Osman sambil menepuk bahu Yusuf .

Bukan Yusuf seorang sahaja mangsa perbuatan tidak bertamadun ini, bahkan ramai lagi. Minggu lalu, cermin kereta salah seorang penduduk retak akibat objek yang dibaling dari tingkat atas pangsapuri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience