BAB 2

Drama Completed 196

“Zayn , kau tolong buang sampah ini kejap. Dah tiga hari tidak buang, busuk bukan main ini.” Pekik Hairul kepada rakannya yang sedang baring di atas katil.

“Malas lah. Asyik aku saja kena turun buang sampah. Lagi pun hari sudah lewat malam, esok pagi saja lah aku buang.” Zayn membantah. Dia sudah malas untuk turun ke aras bawah untuk membuang sampah.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.53 malam. Dia sudah mahu tidur. Masakan dia perlu turun dari aras empat semata-mata untuk membuang sampah. Tidak kuasa dia untuk berbuat demikian. Esok masih ada, apa yang perlu dikejarkan sangat.

Suasana sunyi tanpa suara manusia atau bunyi enjin kenderaan. Tandanya malam sudah larut malam. Kebanyakan manusia sudah lena dibuai mimpi. Merehatkan badan mengumpul tenaga untuk meneruskan aktiviti pada esok hari.

Dalam keheningan malam itu, tiba-tiba terlihat sebungkus beg plastik berwarna hitam, terbang melayang dari aras empat sebelum jatuh terhempas ke bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience