BAB 6

Drama Completed 196

Pada hari Sabtu, jam 9 pagi, diadakan satu perjumpaan khas untuk membincangkan tentang masalah pembuangan sampah ini. Ramai penduduk hadir untuk sama-sama berganding bahu menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan penduduk yang hadir ialah mereka berasa kesal dan mereka yang pernah menjadi mangsa akan perbuatan yang tidak bertamadun ini.

Antara penduduk yang hadir ialah Zaid. Dua hari lepas, Hairul mengalami kecederaan ringan di kepala apabila sebungkus beg plastik sampah jatuh dari tingkat atas terkena kepalanya. Hairul sangat marah dengan kejadian tersebut. Selepas kejadian itu, baru dia sedar dan menyesal akan perbuatannya sebelum ini.

Begitulah sikap manusia, sudah terhantuk baru tengadah. Bila sesuatu perkara buruk terjadi kepada diri sendiri, baru mereka akan ambil peduli.

Tuan Osman mempengerusikan perjumpaan itu. Perkara utama yang ditekankan dalam perjumpaan tersebut adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah pembuangan sampah ini.

Banyak cadangan dikemukakan oleh penduduk yang hadir. Ada yang meminta agar disediakan tong sampah di setiap aras. Katanya sikap suka membuang sampah dari aras tinggi kerana sukar untuk turun ke bawah.

Namun, cadangan ini ditolak oleh Tuan Osman kerana kesukaran bagi pihak berkuasa tempatan untuk mengambil sampah yang banyak untuk dibawa turun dari setiap aras. Sampah yang banyak terhimpun di setiap aras juga akan menyebabkan bau busuk.

Setelah hampir sejam perjumpaan berlangsung, kata sepakat berjaya dicapai.

Setiap blok akan disediakan sebuah tong sampah besar agar memudahkan penduduk untuk membuang sampah. Jika sebelum ini, penduduk harus berjalan kaki sedikit untuk membuang sampah di tong sampah yang terletak di hujung kawasan pangsapuri.

Denda juga akan dikenakan terhadap penduduk yang didapati membuang sampah merata-rata.

Dalam masa yang sama, kempen kesedaran akan kepentingan menjaga kebersihan dan menghormati sesama jiran akan dijalankan. Hal ini kerana, masalah pembuangan sampah merata-rata ini terjadi disebabkan oleh sikap manusia tidak bermoral dan hanya mementingkan kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience