BAB 4

Drama Completed 196

“kringgg!”

Jam loceng di salah satu buah bilik tidur rumah nombor 7, aras 4, blok C pangsapuri Seroja berbunyi. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Zayn bangun dan keluar dari biliknya menuju ke arah dapur. Kelihatan Hairul sedang bancuh air di dapur.

“Zaid, mana sampah yang kau suruh aku buang semalam? Mari sini aku buangkan.” Zayn bertanya sambil melihat sekeliling dapur mencari beg plastik sampah tersebut.

“aku dah buang semalam.”

“Wah, rajin sungguh kau turun buang sampah malam-malam!”. Zayn kagum akan kerajinan kawannya itu.

“Aku tak turun pun. Aku lempar saja dari tingkat atas ini.”

“Kau sudah hilang akal? Buang sampah seperti itu saja?

Hilang rasa kagum Zayn terhadap rakannya itu selepas mendengar jawapan yang diberikan. Dia bagai tidak percaya Hairul sanggup membuang sampah begitu saja. Zayn berang akan tindakan yang dilakukan oleh Zaid.

“Kau tak sekolah ke Zaid? Orang buang sampah dalam tong sampah, bukannya lempar begitu saja. Kalau sampah tu jatuh atas orang lain bagaimana?” Zayn meninggikan suara tanda tidak puas hati.

“Aku buang pada waktu malam. Masa itu bukan ada orang pun.” Hairul menjawab dengan nada bersahaja tanpa rasa bersalah.

Zayn berpaling lalu pergi ke ruang tamu. Dia menggelengkan kepala sambil mengangkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah. Dia sudah tiada kuasa untuk berbalah dengan Zaid. Kawannya itu bukan jenis “makan saman”.

Zayn sendiri akui kadangkala malas untuk turun ke bawah untuk membuang sampah. Tambahan lagi tinggal di pangsapuri yang tiada kemudahan lif. Namun, itu bukan satu alasan untuk membuang sampah sesuka hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience