BAB 2

Romance Completed 9063

Tahun 2010

“Laila ,hari ini kita pergi cuba makan di restoran korea itu di pusat membeli-belah IOI Putrajaya?” Ajak kirana sewaktu menunggu pemandunya menjemputnya ..

“mana pak samad ni “ monolog kirana sambil mengipaskan diri dengan tangan ,

“kirana kerja sekolah kita pun tidak siap lagi ini kau mengajak aku temankan membeli-belah di IOI itu ,kau sedar tak perkataan TIDAK SIAP itu besar maknanya wahai cik kirana sayang?” balas Laila sambil menghirup air sirap sementara temankan kirana .

“Sudah-sudahlah mengadap buku itu Laila kita enjoy sekejap ,esok kita siapkanlah kerja sekolah itu” .pujuk kirana bersungguh-sungguh dan tidak akan mengalah ! monolog kirana di dalam hati .Akhirnya .. jam 2:00 petang

“sebentar lagi kita tengok wayang filem suamiku perfect 10” kata Kirana ceria selepas selesai membuat pembelian tiket dengan sabar dan juga terpaksa beratur panjang sementara Laila melihat pemadangan pusat membeli belah IOI itu dari tingkat atas ..

“sekarang ini baru jam 10:00 pagi kita pergi main ice skating dahululah,Selepas puas bermain Ice skating selama 1 jam,jom pergi butik Reject shop pula, aku mahu mencari baju untuk hadiah harijadi abang aku Khaer hari ahad ini,Kau tetamu yang paling wajib datang” beritahu Kirana

“,Insyaallah ,kalau aku ada masa lapang aku pergi” balas Laila.

“Tiada alasan , kau perlu hadir juga majlis itu tegas Kirana.itu pesanan abang aku untuk kau ,dia siap buat kad undangan untuk kau lagi ,sekejap ya aku nak cari dalam beg” .Kirana meraba-raba seluruh isi di dalam beg tangan jenama coach .

“nah ini kadnya”,Kirana menghulurkan Kad berbentuk hati dan berwarna ungu berkrim ,Laila mengambil dan membaca isi kad yang padat tetapi ringkas .

Kepada Laila Raihanah

Awak mesti datang majlis harijadi saya kalau tidak..saya tidak akan maafkan awak.

Yang sentiasa menyanyangimu
Khaer .

Laila melipat semula kad itu dan masukkan di dalam beg sekolah .

“Abang kau itu tidak sihatkah ?” tanya Laila

“Masa kami bersarapan pagi tadi abang aku sihat sahaja aku tengok,Kenapa kau rindu abang aku eh ? maklumlah abang aku itukan bukan satu sekolah dengan kita”. jawab Kirana dengan pandangan penuh makna.

Tiba –tiba Kirana teringat kejadian yang berlaku semasa memanggil abangnya turun ke ruang tamu untuk sarapan dan mengambil buku-buku latih tubi yang dia terlupa nak masukkan semula di dalam beg galasnya ,mati aku kalau lupa bawa ini mesti kena piat telinga dengan cikgu Kalsom nasib baik teringat bebel Kirana sepanjang perjalanan ke biliknya .

“Saya…saya sukakan awak Laila Raihanah binti Ismail”.kata Khaier di depan cermin selepas membetulkan tali lehernya .Dia perlu kelihatan segak apabila pergi ke sekolah tanpa Kirana sedari buku –buku latih tubi subjek sains Kirana terlepas dari dakapannya

“Abang !! … abang ada hati terhadap kawan baby , Laila Raihanah” ujar Kirana dengan nada yang terkejut bercampur teruja.Khaier pantas menutup mulut Kirana yang mahu menjadi seperti burung murai .

“Baby ,janganlah cakap dengan suara yang kuat ,panas telinga abang nanti mahu bersoal-jawab dengan ibu” ,bisik Khaier dengan intonasi marah .Kirana menepis tangan Khaier ,

“opss sorry” balas Kirana yang juga bercakap dengan nada suara seperti orang sedang berbisik .

“Baby sebelum masuk bilik abang ,apa abang selalu kata? ketuk pintu dahulukan baru masuk ,haih berapa kali abang nak pesan ?” .Tegur Khaier tidak puas hati dengan Kirana yang umpama mencurah air di dalam daun keladi tetapi rasanya untuk Kirana semua peribahasa tidak boleh pakai ,main langgar undang-undang sahaja tahu ! .

“Dasar budak telur separuh masak”, monolog Khaier geram dengan adik bongsunya yang seorang ini.

“Salah abang juga kenapa rajin sangat hari pagi ini membiarkan pintu terbuka luas ,temberang abang sudah pecah ,ini nasib baik baby yang dengar, kalau mama dengar baru tahu” , bela Kirana .

“Baby jangan beritahu Laila , Abang mahu buat dia jatuh hati terhadap abang dahulu baru beritahu” .

“Abang jangan ingat Laila Raihanah itu seperti teman wanita abang yang sebelum ini dan kalau abang buat Laila Raihanah menangis ,Kita putus saudara” tegas Kirana memberi amaran keras.

“Abang tiada niat mahu mainkan perasaan kawan baik baby , Laila Raihanah itu .Kali ini abang serius, janji” ikrar Khaier bersungguh .

“Baby tolonglah abang memikat Laila itu” ,Kali ini sahaja.

“Abang …baby nak tanya abang lelaki ke perempuan ?”

“Lelakilah takkan baby tidak nampak dalam ic pun tulis lelaki abang ini lelaki tulen” marah Khaier yang kabur dengan kata isi tersirat Kirana .

“Kalau macam itu abang fikirlah caranya sendiri.Kirana tidak mahu ikut campur .Usaha sendiri okay”..balas Kirana sambil mengutip buku-buku yang terjatuh dek kerana terkejut dengan pernyataan gila mohd Khaier yang berlagak tidak kira tempat apabila berdepan wanita !.

mahu termuntah aku fikir Kirana .Kirana sendiri hairan melihat wanita yang mudah berlembut hati dengan abangnya .ilmu apa yang mohd Khaier pakai tidak tahulah dan dia malas mahu ambil tahu kerana sudah masak dengan perangai abangnya yang tidak mendengar kata ,keras kepala ,ikut prinsip dia sahaja tahu..ketua pengawas poyo ! kutuk Kirana dalam diam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience