BAB 1

Romance Completed 9063

Kirana tersenyum apabila membaca laman sosial tweeternya ..kau pulang juga Irvan monolog Kirana sambil menguatkan lagi lagu blank space by taylor swift dari corong radio di dalam keretanya .Kirana bersandar dengan perasaan lega kerana sudah bertahun dia menunggu kepulangan sahabat yang tercinta ,baharu hari ini mereka akan dapat bersua sebentar nanti ,Kirana menanti dengan debaran di dalam hati .

Cuaca redup memudahkan kapal terbang yang berangkat dari London selamat mendarat di bumi Malaysia ,beratus penumpang dari pelbagai bangsa antaranya pelancong dari China ,Arab ,Turki dan siapa lagi tidak Ivan mahu mengambil tahu kerana di dalam kepalanya dia mahu selesaikan perkara yang lebih penting daripada itu .Selepas keluar dari perut pesawat Malaysia airline .

Irvan membetulkan topinya yang senget .dua gadis melayu ala-ala barat celup yang memakai baju yang tidak cukup kain dan berambut blonde sejak dari tadi tidak berhenti cuba memandangnya tetapi Irvan tidak hiraukan kerana perasaanya yang kian meluat terhadap dua wanita yang sedari tadi cuba menggodanya dari dalam pesawat lagi …kau ingat aku berkenan sangatlah kalau buat macam itu ,jauh dari simpanglah monolog irvan sendirian dengan rasa menyampah .

Seorang lelaki yang menolak troli yang memuatkan beg bagasinya keluar dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur itu.sudah puas dia menuntut ilmu dan bekerja di negara orang selama 5 tahun Irvan tidak pulang ke Malaysia walaupun pada hari raya .matanya mencari-cari kelibat seorang wanita yang janji mahu menjemputnya hari ini .

Tiba-tiba matanya tertangkap dengan seorang gadis yang bertudung litup dan memakai baju kurung bercorak bunga kecil .Gadis itu tersenyum ke arahnya .Irvan seperti tidak percaya ..kakinya pantas menuju ke arah gadis yang sedap bersandar pada kereta bmw berwarna putih itu.

Kirana betul ke ini kau ? , “ tak sangka engkau sudah berubah jadi muslimah sejati sekarang ini” tegur Irvan yang masih merasa tidak percaya dengan penampilan sahabatnya yang memakai blouse putih kosong dipadankan dengan seluar jean denim dan bertudung bawal bercorak bunga kecil .

Yang paling mengejutkan siap pakai stoking berwarna hitam! bukan berwarna coklat kulit seperti tipikal wanita muslimah .

“Welcome back to Malaysia my friend ! sambut kirana girang . “Aku tahu aku semakin lawa sekarang kau tidak perlu cakap apa-apa dan pandang aku macam itu tergoda aku nanti encik Irvan” gurau Kirana.

“Kirana kau masih tidak berubah eh ..masih angkat bakul sendiri ! ”, balas Irvan selepas itu , mereka berdua ketawa bersama.Kirana perhatikan ketika irvan memunggah bagasinya di dalam bonet kereta, Irvan seperti mencari kelibat seseorang .

“Irvan kau bawa kawan balik sekali ke sejak dari tadi mata tu miang melilau je aku tengok ” ? Tanya kirana pelik .

“mana ada aku balik seorang sahaja balas Irvan” .

“dia tidak ikut engkau sekalikah atau dia tidak tahukah aku pulang pada hari ini,terlupakah dia ?” soalan yang bertalu-talu daripada Irvan membuatkan Kirana bergenang air mata dan selepas itu,Kirana terdiam seribu bahasa apabila nama itu disebut lagi .Dadanya sebak menahan sedih tetapi kirana tabahkan diri menyuarakan kepada Irvan.

“Irvan sebenarnya Laila” …Irvan sabar dan bercampur perasaan berdebar-debar …

Bayu yang lembut menyentuh pipi Mohd Irvan sesudah membaca yassin ,Mohd Irvan memandang kubur itu dengan penuh penyesalan di dada .Irvan , “Aku rasa kau perlu membaca diari milik arwah …aku terjumpa semasa mengemaskan bilik arwah 2 tahun lepas”.Irvan menyambut diari yang berwarna biru laut daripada Kirana .

Belum sempat Kirana menyambung bicaranya tiba-tiba telefon bimbitnya berdering ,Alah Khairi masa macam inilah nak call rungut Kirana , “Tunggu sekejap ya aku nak jawab panggilan daripada staf aku ni” pamit Kirana menjauhkan diri di sebatang pohon yang tidak jauh dari situ,Helaian demi helaian Irvan membaca .dadanya terasa seperti dihimpit penyesalan yang tidak sudah .Irvan terimbau kembali kenangan bersama ketika membaca diari milik Laila .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience