BAB 3

Romance Completed 9063

“Baby …abang sebenarnya suda lama menaruh hati terhadap Laila Raihanah sejak dia di tingkatan tiga lagi ,Cuma dia sahaja yang tidak pernah beri abang peluang walaupun sekali”,luah Khaer jujur .

“Abang bersabarlah kalau ada jodoh tidak ke mana pergi si laila itu” pujuk Kirana ,

“sudahlah tengok ibu sudah panggil kita makan”..Harap betul kata baby itu balas Khaier selepas itu mereka berdua beriringan berjalan menuju ke ruang makan .

Seorang pelayan lelaki yang mengambil pesanan mereka tidak berhenti menilik wajah milik Laila sedari tadi .

“Laila ..cuba kau pandang pelayan yang mengambil pesanan kita tadi”.Laila mengangkat muka daripada memakan nasi dan kemudiannya menghirup air fresh orange.

“Kenapa dengan pemuda itu Kirana?” tanya Laila .

“Aku perasan sejak dari tadi dia ralit memandag ke arah engkau” ujar Kirana dengan bersungguh-sungguh .Laila memadang pelayan lelaki itu yang sedang menjaga kaunter pembayaran .wajah pemuda itu putih kemerah-merahan ,tinggi lampai dan berwajah kacukan seperti orang jepun .Pemuda itu memberi senyuman kepada Laila menyambung makan semula .

“Laila tengok , dia senyuman membuatkan hati aku cair”.

Laila hanya mengelengkan kepala , “daripada kau sibuk memuji pelayan itu lebih baik makan cepat sebentar nanti wayang akan mula” ucap Laila yang mahu menamatkan perbualan tentang lelaki wajah seperti orang jepun itu.Laila lebih rela mendengar topik yang membosankan daripada mendengar cerita mengenai lelaki sungguh dia sangat alah apabila timbul topik mengenai itu dan berkait pula dengan dirinya yang tidak tahu apa-apa ,baginya tiada lelaki yang boleh dia percayai selain ayah dan juga adik lelakinya yang bongsu ,imran .

Laila duduk di pantai sendirian sambil ditemani suara kanak-kanak yang sedang gembira bermain air bersama keluarga .Ombak pantai Pangkalan Balak Melaka tidak dapat mententeramkan perasaan sedihnya selepas kebumikan ayah angkatnya encik Ismail yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya .Beratus pesanan dan panggilan daripada ibu dan imran tidak dia hiraukan sungguh buat masa ini dia ingin bersendirian .

Tiba-tiba selendang yang dia lilit atas kepalanya hadiah terakhir pemberian encik ismail terbang di bawa angin pantai .Laila Raihanah berlari mengejar selendang itu ..Tiba-tiba seorang pemuda yang berambut hitam ,tinggi lampai dan berkulit putih kemerahan dapat menangkap selendang itu . “Nah selendang cik,” hulur lelaki itu .Selendang itu bertukar tangan .

“Terima kasih” ucap Laila Raihanah dan mahu berlalu pergi .

“Cik nanti dulu!” ,Laila Raihanah tidak jadi melangkah pergi dan menunggu kata-kata yang seterusnya daripada lelaki yang wajahnya seperti kacukan Jepun itu .

“Cik pernah makan di restoran melor di Mall IOI Putrajaya ?tanya lelaki itu

“Pernah hari jumaat minggu lepas” balasLaila ,kemudian Laila Raihanah rasa seperti pernah melihat lelaki itu sebelum ini .

“Nanti dulu awak yang pelayan di restoran itu kan” tanya Laila Raihanah minta kepastian .

“Ya saya dan awak pelajar sekolah menengah Sri Puteri bukan? Tanya lelaki itu pula .Laila Raihanah menganguk dan tersenyum .

“Nama saya Mohd Ivan Daniel dan awak boleh panggil saya Irvan” kata Ivan sambil menghulurkan tangan …

“saya pula Laila Raihanah dan awak boleh panggil saya Laila”balas Laila Raihanah tanpa menyambut tangan Ivan .Mohd Ivan memahami dan mereka berdua memandang matahari yang akan terbenam sebentar nanti .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience