BAB 4

Romance Completed 9063

Dua tahun kemudian…….

burung-burung berkicauan pada pagi itu,mentari sudah terbit menyinari ruang angkasa,Laila Raihanah mengambil kesempatan membasuh baju di bawah blok asramanya kerana pagi ini tidak ramai yang menggunakan mesin basuh berbayar itu kerana masing-masing lena diulit mimpi.Selesai sahaja memasukkan serbuk pencuci baju dan sementara menunggu baju siap dibilas,Laila Raihanah menjenguk bilik rakannnya di tingkat tiga manakala dia di tingkat satu .

“Assalamualaikum” sapa Laila Raihanah … “walaikumusalam” balas Aliena ,Fira dan Yana serentak .

“Eh Laila jemputlah masuk mari makan roti bakar ini dengan minum air milo panas yang Yana buatkan untuk kita” ajak Fira .Laila duduk duduk bersimpuh.

“boleh juga ,perut aku sejak dari tadi minta diisi” balas Laila .

“Yana ..Di mana Kirana ?” tanya Laila yang dari tadi kelibatnya tidak kelihatan .

“Kirana sedang mandi ,Laila mahu ikut kami pergi pusat membeli-belah Dataran Pahlawan” .

“Boleh juga lagipun Laila mahu membeli kek coklat di sana” kata laila setuju .Mereka pergi ke Mall Dataran Pahlawan dengan menaiki bas .Laila dan Kirana menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di tempat yang sama selepas mendapat keputusan spm.

Pada suatu petang di taman tasik cempaka di Bangi , “awak sudah habis fikir untuk sambung belajar peringkat ijazah di Australia ?” tanya Laila minta kepastian .Mohd Irvan Daniel yang terleka memandang kanak-kanak yang kelihatan sedang gembira bermain gelongsor terganggu dengan pertanyaan Laila Raihanah.

“Ya laila ,aku sudah buat keputusan yang muktamad”balas Laila Raihanah .Hati Laila berat mahu melepaskan Ivan pergi menuntut ilmu di negara orang tetapi dia terpaksa akur .

“Nah satu aikrim perisa keladi untuk kau ,aiskrim yang perisa vanilla ini kau”punya Ivan balas Kirana yang belanja aiskrim untuk dua orang sahabat baiknya selepas mereka puas berjoging dua pusingan pada petang itu .

Hujan yang lebat mula mencurah-curah ke bumi ,seumpama hati Laila Raihanah yang sedang menangis ,Kalau boleh dia mahu melalui detik-detik terakhir dan kenangan bersama Ivan tetapi berat hati mahu meluahkan segalanya dan Mohd Ivan Daniel tidak perlu tahu .

Laila Raihanah sampai di rumah dengan keadaan basah kuyup , “Laila mama sudah pesan kalau nak keluar pergi mana-mana bawa payung tengok sudah basah kuyup ,lagipun Laila senang nak demam”leter Puan Hayati yang sedari tadi tunggu Laila Raihanah dan tangannya pantas menyelimutkan Laila dengan tuala kerana bimbang Laila kesejukan .

“Apa –apa pun Laila pergi mandi dan tukar baju ,selepas itu kita makan sama-sama .Mama ada buatkan bubur kacang makanan kesukaan Laila ,hari itu laila ada minta mama buatkan”ujar Puan Hayati ceria.

“Mama makanlah dulu nanti sebab Laila rasa mahu tidur sekejap” balas Laila Raihanah lalu menaiki tangga menuju ke biliknya .Puan Hayati hanya mengiringi pemergian Laila dengan pandangan matanya .Hati kecilnya mengatakan Laila mempunyai masalah .

“Kakak angkatlah telefon tu dari tadi asyik bising sahaja”.Tegur Imran yang tidak dapat memberi fokus membuat kerja sekolah .

“Biarkan sahajalah Imran ,bukan orang penting pun” balas Laila selamba sambil sambung membaca novel .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience