BAB 10

Romance Completed 64099

“Apa kenanya dengan anak-anak kita tu, Yah?” Di suatu kesempatan, Cikgu Maznah datang bertandang ke rumah Asiah. Mahu berbincang mengenai anak dan menantu. Mana boleh dibiarkan. Dah terang tang-tang Hafiz dengan Nisa ada masalah besar.

“Entah la Nah.. Dah habis daya nak korek dari Nisa tu. Dia bukannya reti nak bercerita. Dipendamnya sorang-sorang. Hafiz takde cerita apa-apa ke?” Asiah menuang air teh ke dalam cawan. Memang dia ada merancang untuk bertemu mata dengan besannya. Pasal anak menantu la jugak. Plus, ‘projek mega’!

“Takde la pulak. Cuma adala dia mintak bunga saya tu. Bukannya sekuntum dua, Yah. Tak terkira. Awak tengok la tu.. dah botak bunga saya dibuatnya. Tapi, tak pelik ke? Nisa tu bukannya macam pompuan lain yang suka bunga-bunga ni. Dia tak tau ke?”

Pernah Hafiz bercuti seminggu. Melepak kat rumah. Hari-hari memetik bunganya. Bila ditanya, “Apa kau nak buat dengan bunga mak tu?” Hafiz diam aje. Bunga-bunga yang dipetik direnung lama. “Special delivery ke Indera Mahkota ni mak.. Hutang tau!”

Eh eh..tanya pasal anak dia kat kita? “Agaknya la tu. Alah, diorang kan lama tak jumpa. Tak expert lagi perihal masing-masing. Hermmm.. nampak gayanya, lambat lagi la kita nak timang cucu. Sedih la..”

“Betul kata awak, Yah..”

Asiah dan Cikgu Maznah dah tak tau nak pikir...

Dua minggu kemudian...

Di rumah yang ini, Cikgu Maznah tersenyum puas. Di rumah yang itu, Asiah tersenyum meleret. Masing-masing telah memulakan langkah awal untuk satu perubahan. Ke arah kebaikan, apa salahnya. Kan?

***********

“Nah, ni kunci bilik Nisa..”

“Mak ngan ayah duk bilik mana?”

“Duk bilik lain la..”

“Laa, habis tu Nisa sorang-sorang ke? Mana best macam ni..”

“Eh eh..budak ni.. Kasi la can kat mak ngan ayah nak romantic sikit. Kalau ada kau, tak la namanya honeymoon.”

Nisa yang mendengar mencebik. Dalam hati sempat mengutuk, “Tu la.. Sape suruh dah tua-tua baru nak honeymoon, muda-muda dulu taknak!”

Asiah memandang suaminya yang sedang menyembunyikan tawa. Kita tengok la siapa yang honeymoon sebenarnya! Agaknya itu la maksud tawa Abdullah..

We’ll see. Yeahh.

*********

“Mak, orang sampai lambat sikit tau. Tiba-tiba ada keja pulak.” Hafiz memegang handset dengan bahu. Satu tangan memulas stereng kereta, satu tangan lagi memasukkan gear.

“La, kalau boleh, jangan la lambat sangat...”

“Yelah..yelah..” Mak ni, dia yang nak honeymoon, apsal sebok-sebok ajak aku sekali? Perli la tu...

**********

Pintu rumah chalet yang tak berkunci ditolak perlahan. Pelik jugak. Takkan la mak dah buat spot check bilik ni?

Kaki kanan memulakan langkah. Menapak ke dalam bilik yang dah terpasang lampu dan tv. Hish, tak salah bilik ke? Dia menggaru-garu kepala. Keadaannya sunyi sepi. Macam tak ada orang. Dia meletakkan beg sandang ke atas katil.

Berandaian yang positif sahaja. Takkan la aku tak reti baca nombor bilik kut. Dan dengan aman damainya, badannya direbahkan ke atas katil. Mahu melelapkan mata seminit dua.

Arghh selesanya...

“Makkk!!!!!!!!!!!!!!!” jeritan yang kuat tiba-tiba itu membangunkan tuan punya badan yang hampir bermimpi. Olosss, bala apa pulak ni?

Dia segera berpaling ke arah suara yang menjerit kehesteriaan. Dua tiga saat matanya terpaku. Melopong mulutnya.

Salah bilik, ye ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience