BAB 9

Romance Completed 64099

Hari berganti hari. Jumaat. Sabtu. Ahad.... dah Jumaat balik.

Minggu berganti minggu. Minggu 1.. Minggu 2..

Rumah berganti cat. Dulu kuning. Sekarang hijau...***

Laman bertambah bunga. Dulu hanya pokok bunga kertas. Sekarang dah ada ros, ulam raja, pokok cili, kacang botor, dll...###

Kereta bertukar model. Dulu Kelisa kuning . Sekarang City maroon *. Dulu Waja silver. Sekarang Wish hitam **.

Laptop bertukar brand. Dulu Acer. sekarang Vaio..

RM50 bertukar wajah. Dulu macam tu. Sekarang macam ni...

Punya la banyak benda dah jadi.. Tapi kenapa ada jugak satu perkara yang tak berubah?

Hati Nisa masih begitu.

Dah puas ‘menangis’. Dah puas mencari jawapan di mana salahnya sampai dia sanggup dipermainkan. Maaf? Boleh.. tapi bersyarat ~ jambatan emas dari Kuantan ke Indera Mahkota. Boleh? Mustahil, kan? Semustahil itu la aku nak maafkan kau. Sudah puas dicantum, masih ada serpihannya yang tak cukup untuk membentuk kembali sekeping hati.

Hati Hafiz pulak begini.

Dah puas pujuk.. Tak tau apa lagi yang tak kena. Maaf? Dah berjuta kali dipohon. Bunga? Dah habis bunga mak kat laman.

Hafiz dah habis usaha. Nisa masih jugak membeku begitu.
Kembalikan Nisa, isteriku, ya Allah..

Nisa dah kering air mata. Hafiz masih jugak blur.
Syurgaku ada pada kau, suamiku..

*** parents Nisa
### parents Hafiz
* Nisa
** Hafiz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience