BAB 7

Romance Completed 64119

Hafiz bersandar ke kerusi. Berdebar-debar menunggu kedatangan isteri. Hubungan yang makin baik sebagai suami isteri amat-amat membahagiakannya.

Memanglah bahasa ‘aku-kau’ tak hilang-hilang. Tapi dia bukanlah buta hati untuk menilai setiap layanan Nisa padanya selama lima bulan usia perkahwinan mereka (dua bulan lepas kenduri). Dia tersenyum bahagia. Mudah-mudahan berkekalan hendaknya jodoh kami, ya Allah..

Teringat dia satu insiden selepas seminggu kenduri. Nisa hanya dapat cuti hari Isnin. Sedangkan dia bercuti seminggu. Selepas habis berkemas apa yang patut di rumah mertuanya, dia mengikut Nisa ke rumah sewa isterinya di Indera Mahkota. Hidup lah mereka sebagai suami isteri.

Mula-mula dia perasan, Nisa masih kekok melayannya sebagai suami. Walau pun cuba dicontrol bahasa rock zaman kecik-kecik dulu, sepatah dua tetap kedengaran jugak. Sudahnya, bertatih la mereka selama beberapa hari untuk menjadi seorang suami dan seorang isteri.

“Aku nak balik dah ni.” Hari Ahad tiba jugak akhirnya. Menandakan cuti Hafiz dah berakhir. Esok dah kerja macam biasa. Dalam hati, dia rasa nak angkut Nisa sekali ke KL. Dah rasa bahagia hidup bersama. Tapi apakan daya. Nisa bukannya duk saja-saja. bekerja jugak sepertinya. Tapi kalau mintak dia resign, agak-agak pipi ni melekat dengan selipar tak?

“Balik la. Datang tak berjemput. Blah pun tak menghalau...” Acuh tak acuh sahaja percakapan Nisa. Dia hanya memandang Hafiz yang sedang memunggah barangnya ke bonet kereta. Sikit pun tak ditolong. Tak disuruhhh pun..

“Amboi sedapnya bahasa. Aku suami tau..” suara Hafiz kedengaran sedikit serius.

“Eh eh..sejak bila tak boleh gurau-gurau ni? Dulu selamba rock je kau cakap gitu kat aku bila dah habis ‘kelas tambahan’ dengan kau..” tak nak mengaku kalah. Dah la hidup baru beberapa hari, dah dibulinya macam-macam. Buli-buli pun, bahagia...kan?

“Tu dulu. Ni sekarang.” Hafiz bercekak pinggang. Ada nada tak puas hati dengan Nisa. Dia nakkan isterinya jadi isteri yang sebetul-betulnya. Bukannya cakap tak berhalus macam tadi.

“Apa bezanya?” Nisa dah menunjukkan tanda-tanda mengalah. Faham dengan nada Hafiz sebentar tadi.

“Bezanya, dulu kau kawan aku..”
“Habis tu sekarang bukan kawan?”
“Sekarang up sikit. Kawan pun ye, bini pun ye..” sengih tiga saat.
“Uh..” malas nak layan.
“Ok la aku nak gerak dah ni.”
“Ok.”
“Macam tu aje ke? Bukan selalu isteri kena cium tangan suami kalau nak berpisah?”
“Kena ke?”
“Mesti la…”

Nisa ikut saja. Dihulur tangannya pada suami. Hafiz menyambut. dan tanpa dipaksa-paksa, lembut aje hidungnya menyentuh belakang tapak tangan Hafiz.

“Good girl. Meh sini...”

Bagai digam-gam, Nisa hanya diam setelah...

“Aku dah bagi tu. Bekalan untuk seminggu. Jangan rindu-rindu tau...”

Hafiz masuk ke dalam badan kereta. Matanya sempat melirik pada tubuh Nisa yang masih tak berkutik di depan pintu rumah. Dia hanya senyum bila melihat Nisa masih mengelap bibirnya.

Tonyoh la macam mana pun.. Hihihihihi..

Selepas meninggalkan rumah Nisa dalam jarak 500 meter, Hafiz memberhentikan kereta. Dia mencapai handset di dalam poket seluar lalu menaip mesej. Agak-agak ayat yang ditaip sesuai, dia menekan butang send!!

Apa yang Hafiz tak tau...

Nisa menutup pintu pagar rumahnya. Hampes punya anak gajah.. Dia berani.. berani... eeeeeee... Nisa berjalan masuk ke rumah dengan menghentak kakinya tanda protes. Jantung berdegup dah macam gong kena pukul. Berdengung-dengung!

Bunyi handsetnya di atas meja di ruang tamu menghalakan langkah kakinya ke situ. Sebaik sahaja dia selesai membaca, tanpa dapat ditahan-tahan...

"Dasar anak gajahhhhh!!!"

Tanpa menunggu lebih lama, mesej dari Hafiz, 'sweet la sayang.. lemak berkrim..' dah masuk 'tong sampah'.

***

Hafiz gelak sendiri. Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk seseorang. Senyuman Hafiz semakin lebar. Tergesa-gesa dia menghala ke pintu. Mengharapkan seraut wajah yang sedang dirindui ada di sebalik pintu.

Sebaik saja pintu bilik dibuka...

“Fiz...” suara tuan punya badan menyapa perlahan.

“E..ma...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience