BAB 12

Romance Completed 64119

Wajah teman di depan dipandang sekali lalu. “Macam mana Cherating?” soalan pertama setelah selesai mengorder makanan dan minuman.

“Nightmare.. kau tau tak?” sambil bercakap, matanya melilau ke kiri dan ke kanan. Melihat gelagat pelajar seronok jugak. Teringat zaman belajar dulu. Zaman solo yang paling best!

“Hah? Apsal? Bukan ke kau yang beria-ia nak mandi laut kat sana?” Fairuzah yang sedang menjawab SMS mengangkat muka dari skrin handset. Ada apa-apa kejadian menarik untuk dikongsi ke ni?

“Mula-mula, memang la. Tapi bila dah sampai sana, hampeh.” suara Nisa yang sedikit tinggi cuba menyampaikan perasaannya pada masa tu. Memang hampeh pun. Nak pergi main air laut, tapi berendam air mata pulak! Kan pembaziran dah berlaku?

“Ish..kau ni. Slow-slow la sikit. Student dengar karang..” Fairuzah mendekatkan jari telunjuk ke bibir tanda ‘shh’. Takut imej sebagai pensyarah tercalar pulak. Ada perkataan tak sesuai untuk ikutan student. Karang tak pasal-pasal keluar surat pekeliling khas!

“Dia pun ada sama laa...” Nisa merendahkan nada suaranya kali ini. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Fairuzah sebentar tadi. Dia pun tak nak la imejnya jatuh disebabkan hal remeh-temeh macam tu.

“Siapa?”
“Siapa lagi...”

Fairuzah terdiam seketika. Di fikirannya hanya keluar satu nama. Paling tak tahan, dia sempat terfikir bagaimana nama tersebut dipaparkan. Macam “Please use Second Link to avoid jam”. Setiap huruf dipaparkan satu persatu mengeja ‘Yusuf Alhafiz Ibrahim’. Fairuzah tersenyum sendirian. Nasib baik Nisa tak perasaan.

“So?” sepatah itu aje yang mampu dikeluarkan untuk mematikan khayalannya sebentar tadi.

“So? So what?” tanya Nisa sambil menjungkit bahu.

“Yelah.. kalau dia ada sama.. so what? Tak boleh?” Ok what..

“Bagi aku, kalau dia ada sama, Cherating yang berangin aman damai dah jadi berangin puting beliung. Dah tak aman lagi dah. Kau tak sayang nyawa ke hape?” serius kata-kata Nisa.

Fairuzah ketawa tertahan-tahan. Nasib baik la kat tempat awam macam ni memerlukan dia menjaga tingkah laku. Haru! Fairuzah mengakui kawannya yang sorang ni memang pakar memanipulasi bahasa. Herm.. Lebih kurang macam tadi. Bila ditanya kat mana dia belajar, dengan bangganya Nisa akan cakap ‘mak ngan ayah aku dah takdek benda nak ajar...’

“Tapi kan Nisa, bila lagi korang nak baik ni? Dah lebih sebulan kan? Kau tak rasa something ke?” dah tiba masanya Fairuzah menyuarakan pendapat memberi nasihat. Sampai bila nak dibiarkan hubungan diorang yang dah berputik tu tak masak-masak? Rugi sangat..

“Rasa yang macam mana tu?”

“Kind of sepi ke, sunyi ke.. I mean.. yelah. Korang suami isteri, kan?” Fairuzah mengandaikan kawannya faham dengan apa yang diutarakan.

Perbualan mereka terhenti sebentar setelah makanan yang dipesan dihantar oleh pelayan ke meja. Nasi goreng pattaya Nisa nampak begitu menyelerakan. Fairuzah pula sekadar memesan nasi goreng biasa.

“Oit! Aku tanya tadi kau tak jawab lagi..” Fairuzah masih setia menanti.

“Nak jawab la ni.. Nak pikir jap.”

Nisa menyuap nasi goreng pattayanya ke mulut. Satu sudu. Dua sudu. Tiga sudu.. Tiba la masa dia membuka mulut untuk bercerita. Fairuzah yang dari tadi menunggu, kini masih lagi menunggu..

“Fai...” Nisa menyuap lagi sesudu. “Best laa. Kau nak rasa?”

Tindakan luar kawal == ringan aje Fairuzah melayangkan sudu yang dipegang di tangan ke dahi Nisa. Dengan tak tersengaja, Fairuzah dah mencipta rekod meluku Puan Nisa di khalayak ramai.

“Adoi…” Nisa menggosok dahinya. Gila betul Fai ni. Dia buat betul-betul?

“Tu la kau! Main-main..”

Nisa hanya ketawa. Cik Fai ni memang la.

“Nisa, aku serius ok..”

“Ala kau ni.. cerita aku macam dulu la. Macam yang aku pernah bagitau kau. Tak berubah-ubah.”

“Yang kau cakap dia kawen dengan kau sebab nak lari dari ex-girlfriend dia tu? Pastu kau tak dapatkan maafkan dia? Maknanya kau rasa dia deserved dengan apa yang dia tengah alami sekarang?” Fairuzah membuat rumusan sendiri.

Nisa mengangguk.

“Tapi kan..aku rasa cara kau salah la. Tak baik tau kau buat macam tu kat dia.” Launching time.. Belon berkaler-kaler dah terlepas ke angkasa. Jauhnya!

“Dah tu, dia buat macam tu kat aku baik la?” balas Nisa. Berbuku perasaannya ketika ini.

Fairuzah menarik nafas perlahan. Makanannya belum dirasmikan lagi. Utamakan yang utama dulu.

“Bukan la gitu maksud aku. Memang la apa yang dia buat tu tak baik jugak. Tapi, pernah tak kau fikir secara positif di sebalik apa yang dia buat kat kau tu.. Ok. Kau dengar ek apa yang aku rasa pada jalan cerita hidup korang ni... Just pendapat aku la.”

Nisa mengangkat kening dan mengangguk. Dah bersedia menadah telinga.

“Kau sayang dia kan?” mukaddimahnya..

Nisa mengeluh perlahan.

“Aku tau kau sayang dia sebab kau pernah bagitau.” Sendiri tanya, sendiri jawab. Fairuzah dah menunduk dan tersenyum. Terasa kelakar pada kata-katanya sendiri.

“Dah tu buat apa tanya?” Kan?

“Saja.. Ok. Aku terus-terang ek. Aku start dengan ayat yang memang kau dah selalu dengar. Setiap yang jadi tu ada hikmahnya, Nisa.. Allah aje yang tahu apa yang Dia aturkan pada hambaNya.

Macam cerita kau dengan dia. Kau cakap kau pernah sayang dia kan masa kecik-kecik dulu? Tapi dia cuma nampak perempuan tu aje. Yang kau cakap paling cantik la kat sekolah tu. Kat kampong kau. Tapi at last dia kawen dengan kau sebab dia nak larikan diri dari perempuan yang dia suka sejak dari kecik.

Ok la, kita terima tu sebagai alasan kenapa dia nak kawen dengan kau selepas sebulan dia jumpa kau balik. Can’t you see, kau dah kawen pun dengan orang yang kau suka, kan? Yelah, walaupun kau pernah ada boyfriend sebelum ni. Hikmah laa Nisa..

Kalau dia takde alasan tu, kau tak kawen dengan dia, kan? And then, masa adegan yang tak sepatutnya kau nengok tu, korang dah kawen lima bulan. Betul tak? Sepanjang korang kawen, ada tak dia buat apa-apa kat kau yang menunjukkan dia sebenarnya nak lari dari perempuan tu aje?”

Huk huk..terkedu Nisa dibuatnya..

“Maksud kau?” steady Nisa.. Rilex. Dengar satu persatu. Nisa mententeramkan dirinya. Macam betul pulak.. Herm.. Apsal la lambat sangat Fairuzah berhujah macam ni? Kalau dari dulu kan bagus..

“Maksud aku macam ni la. Kau pernah rasa terabai ke selama jadi bini dia? Pernah rasa macam tak jadi isteri dia? Pernah rasa yang kau tu tak diperlukan? Which mean kau rasa kau tu hanya dipergunakan.. Ada tak?”

Terabai ke?

Sepanjang lima bulan yang bahagia tu, dia tak pernah rasa diabaikan. Dalam sehari tak pernah kurang lima kali Hafiz menelefon. SMS tak yah cakap la. Belum masuk ayat-ayat jiwang karat, MMS kreatif, pantun tiga kerat.. Walau busy macam mana pun Hafiz dekat site, akan ada jugak satu dua SMS yang akan sampai bertanya khabar dan aktiviti yang dia sedang lakukan. Terabai lagi ke, Nisa?

Setiap kali Nisa kontek Hafiz, tak pernah Hafiz tak menjawab (kalau kena masanya!) Kalau busy pun, Hafiz akan cakap, “I’ll call you back, honey. Aku ada keja sikit.” Biasanya, selepas dengar ayat tu, agaknya kalau Hafiz tak call dia pun, dia tak perasan!

Tak jadi isteri?

Hish, kitorang dah bersa.. opsss! Amboi, Nisa. Gatalnya! Lain pulak yang dia fikir kalau sebut ‘isteri orang’. Tapi, bukan isteri ke namanya kalau masakkan untuk suami bila suami mengidam nak makan apa-apa, kalau tolong kopekkan kerang rebus untuk suami, kalau urutkan suami bila dia mintak urutkan.. Banyak lagi kan kau dah buat untuk dia, Nisa? Kan ke dah masuk bab layanan terhadap suami? Bukannya boyfriend!

Pernah sekali masa Hafiz ada kerja di Kuantan, dia bermalam di Indera Mahkota. “Nisa, mintak tolong iron baju dengan seluar ni..” dengan ikhlas hati, Nisa menggosok kemeja dan seluar slack Hafiz. Perkara sekecik tu pun, Nisa dapat ‘sesuatu’ keesokan harinya!

“Tq gosokkan pakaian aku, isteriku..” Hafiz menghadiahkan Nisa seutas gelang tangan. Dipakaikan oleh Hafiz sendiri ke tangan Nisa. Beserta kucupan di dahi. “Thanks again. Entah diorang rabun agaknya..

Puji aku lebih hensem dari selalu. Tapi tu tak penting. Yang penting kerja aku beres and succeed. Tuah kau kut ni..” Dari pandangan matanya, Nisa tahu niat Hafiz yang menghargainya sebagai isteri. Seutas gelang tu hanya la sebahagian daripada huluran tanda terima kasih. Memang la teruja dapat emas, lebih-lebih lagi dari insan tersayang.. Tapi ada ‘something’ di sebaliknya yang hanya Nisa sorang saje tahu.

Tak diperlukan?

Nisa, aku sedih ni.. Hari ni aku ada presentation penting. Aku dah siap iron baju favourite aku pun tauu.. Baju hantaran yang kau bagi dulu tu.. Tapi aku tak perasan bila masa butang dia tercabut. Kan best kalau kau duk sama dengan aku? Boleh tolong jahitkan butang tu.. Uh.. I need you la... Nisa teringat satu emel yang dia dapat dari Hafiz.

Aku serabut la Nisa. Tetiba aje banyak problem kat site. Tau la aku site engineer, tapi pada-pada la nak bagi beban kat aku pun, kan? kan best kalau kau ada. At least kau ada! Enough for me.. Satu lagi SMS dari Hafiz bermain di ingatannya.

Huhu, sedih. Banyak lagi sebenarnya. Sikit pun takdek tanda-tanda Hafiz mempergunakan dia. Kenapa la dia tak sedar yang Hafiz memang sayangkan dia? Memang dah berbalas pun kasih sayangnya selama ni. Takkan la dengan satu ayat tu, yang entah tak disengajakan atau tak perasan, Hafiz dihukum gantung tak bertali macam ni.

Kata-kata Fairuzah tadi diproses betul-betul. Tak tertinggal satu data pun. Menyesal ke? Sangat-sangat.

“Eh, apahal kau diam aje?” Lama betul Nisa termenung. Memproses?

“Ha?” Nisa mengangkat muka setelah kakinya ditendang perlahan.

“Kau ni..berangan ke?”

“Eh, Fai. Cepat makan. Nanti temankan aku ke kedai hardware.” Nisa buru-buru menghabiskan makanannya.

“Nak buat apa?” Laa, tak menjadi ke? Buat dunno je..

“Nak cari tali..”

“Nak buat apa?” soalan yang sama lagi..

“Nak ikat dia la! Tak nak bagi pergi jauh lagi dah...” Nisa berhenti di ditu seketika. Emo..emo**.. Mana pulak datangnya ‘habuk’ ni? Ish.. Nisa menggosok matanya yang berair. Sungguh. Butir bicara Fairuzah sangat terkesan di hatinya.

Fairuzah tersenyum. Alhamdulillah. Akhirnya sedar pun! Berbaloi homework aku. Hehhehehe..

“Aku nak cari tali yang arwah atuk aku guna untuk cucuk hidung lembu dia dulu..” Nisa kembali menyudahkan ayatnya tadi.

“Eh, kau ni serius ke?”

“Serius la! Power sikit. Tengok. Arwah atuk aku tak pernah kehilangan lembu dia kalau guna tali tu..”

Dengan penuh keyakinan Nisa menjawab. Fairuzah menggeleng. Dia samakan Hafiz yang sehensem-hensem makhluk tu dengan lembu arwah atuk dia? Nak cakap Nisa tengah bermetafora, rasanya tak kena. Dah tu?

[Akimsensei..tolong!! Istilah apa nak pakai ni?]

Dalam diam-diam, Nisa sendiri tergelak dengan kata-katanya. Suamiku, tunggu akuu...

p/s: dah habis dah.. jom tulis tesis pulak!! Jangan lupa jenguk blog ni lagi, kalau ada masa ~ peace! Mana tau tetiba ada pre-penamat [kat cherating], post-penamat [Nisa ikat Hafiz guna simpulan apa lepas ni]..entah hape-hape lagi.. (macam ada!) Kepada readers, saya mintak maap byk2. cerita saya agak pusing-pusing. tapi jangan pikir berat2 sangat, ok.. enjoy aje.. lagi pun memang hiburan semata! Tambahan, saya student letrik.. yang saya tau arus jalan dari terminal positif ke negative aje. Tapi bila datang bab cerita, ‘arus’ dia tak ikut flow pulak… tau-tau aje dah ke ground dah! insyaAllah, saya cuba tak pusing2 [tapi confirm fail..]
Ok laa.. stop dulu.

to kapten: ada soklan cepumas ni.. kau bila nak kawen ek? Fairuzah available lagi rasanya..hihihihihi. agak2 aku bakal dapat surat layang tak?

** I luv kakak hlovate ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience