Completed
211
Bila aku cakap aku nak kahwin, semua gelakkan aku. Kata diorang,
terlampau awal untuk aku berkahwin sekarang. Kata diorang lagi, kenapa
aku tak enjoy dulu kehidupan bujang aku? So, jawapan aku adalah kerana
aku dah bersedia untuk jadi seorang suami. Baik duduk rumah dengan
isteri daripada aku merayap tak tentu hala. Alhamdulillah, setakat ni
aku berjaya menepis segala godaan kawan-kawan yang selalu ajak aku buat
jahat. Contohnya ajak pergi pub! Gila apa?! Memang taklah aku nak pergi
kan? Astaghfirullahallazim.
Jadi bila mak aku cakap yang dia dah jumpa calon isteri yang sesuai
untuk aku, aku terus setuju. Dan sudah semestinya aku tengok dulu gambar
empunya diri. Perkataan yang pertama terlintas dekat kepala, “Comel.”
Tapi aku tak terima cadangan mak aku sebab dia comel je tau. Kata mak
aku, Jannah ni budaknya baik. Selalu tolong orang tua dan dia selalu
mengajar budak-budak mengaji. Entah kenapa, terasa sejuk hati aku ni
bila dengar. Akhirnya aku terima la Jannah ni tapi dalam hati risau
jugak! Takut aku kena reject tapi alhamdulillah tak. Baru beberapa
minggu yang lepas, aku dah selamat jadi tunang orang. Tunang kepada
Everly Jannah tapi aku tak pergi pun masa tu. Bukan tak nak tapi biarlah.
Tunggu masa akad nikah nanti.
“Esok Abang Long nak singgah dekat rumah Mia kejap. Ada apa-apa nak bagi
kat dia?” Soal Abang Long sambil melabuhkan duduk sebelah aku yang sejak
dari tadi asyik termenung.
“Hmm... tak tahu lagi. Esok kalau ada apa-apa Am nak kasi kat dia, Am
bagitahu Abang Long.”
Abang Long mengangguk sebelum tiba-tiba memaut bahu aku. “Am tahu yang
Mia tu pernah jadi tunangan orang?”
Aku mengangguk. Memang mama dah bagitahu aku awal-awal pasal hal ni. Dia
risau nanti aku marah pulak bila tahu pasal ni tapi aku nak marah buat
apa kan? Benda dah lepas pun.
“Baguslah kalau macam tu.” Abang Long senyum sebelum bangkit. “Kalau ada
apa-apa nak bagi kat dia, bagitahu cepat-cepat tau.”
Tiba-tiba aku baru tahu apa yang aku nak bagi. Terus aku bangkit sebelum
tersenyum lebar. “Am dah tahu nak bagi apa!”
EVERLY JANNAH
Aku balik ke kampung ni pun dengan satu tujuan aje. Untuk disatukan
dengan lelaki yang telah dipilihkan oleh ibu dan ayah. Haa... mesti
orang cakap cliché kan? Takde apa yang cliché bila kita berkahwin dengan
lelaki yang dipilih oleh ibu ayah kita. Itu namanya jodoh. Jodoh yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT. Aku tak kisah pun kalau kena kahwin
dengan lelaki pilihan keluarga kerana bagi aku, apa yang keluarga aku
pilih mestilah yang terbaik buat aku. Ye tak?
“Membebel apa lagi tu? Cepat tolong akak gantung langsir ni!” Jerit Kak
Long sambil mencebik. Aku hanya ketawa kecil sambil memanjat kerusi. Kak
Long aku ni kecik molek orangnya. Aku ni pulak kemain tingginya. Sebab
tu la aku sorang je yang mampu nak gantung langsir ni. Nak harapkan
Abang Ngah, memang tak bergantung la langsir ni.
“Akak, bakal suami Mia tu handsome tak?” Aku control muka macho sambil
gantung langsir walaupun jantung dah dup dap. Malu kot tanya soalan
macam ni kat Kak Long!
Kak Long dah tersengih-sengih. “Handsome.”
“Ohh...”
“Lepas Mia dah siap gantung langsir, akak nak bagi something.”
“Apa dia?” Laju je aku berpaling dekat Kak Long. Tangan pun makin ligat
menggantung langsir. Lepas siap, terus aku melompat turun dari atas
kerusi dan terus mendapatkan Kak Long.
“Ni ada surat yang bakal suami Mia kasi.”
Dahi aku berkerut tapi tangan aku tetap mengambil surat dari tangan Kak
Long. Amboi Inche Tunang, siap bagi surat segala!
Bila Kak Long dah melangkah ke dapur, aku terus berdesup masuk ke dalam
bilik. Surat Inche Tunang ni aku bukak perlahan-lahan. Dup dap dup dap
jugak jantung aku dibuatnya.
Assalamualaikum awak,
Apa khabar? Maaf kalau surat saya ni menganggu awak. Kita dah selamat
bertunang dan ini merupakan masa yang sesuai untuk kita taaruf dulu bagi
mengenali diri masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Tersedak aku bila baca alam perkahwinan tu. Terasa membahang pulak muka
sekarang ni. Nasib baik dia takde dekat depan mata. Kalau tak, mau dia
gelak tengok aku macam ni.
Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dulu. Nama saya Muhammad Ghadafi
binti Yusuf. Umur saya 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang
juruterbang. Mungkin awak akan fikir yang bila saya ni seorang pilot, of
courselah saya ni playboy kan?
Aku mengangguk. Pilot kan selalunya playboy?
Tak baik tau judge orang macam tu. Insya-Allah saya tak
macam tu. Saya jadi pilot sebab saya suka awan. Saya kagum dengan
keindahan ciptaan Allah. Sama macam saya kagum dengan awak. Lagipun saya
tahu malaikat kiri dan kanan bahu saya ni takkan pernah berhenti
mencatat segala kebaikan dan keburukan yang saya lakukan. Jangan
bimbang. Insya-Allah solat fardhu tak pernah saya tinggalkan dan takkan
pernah tinggalkan.
Tersedak lagi aku. Kagum dengan aku? Hahahaha! Apa yang aku
dah buat sampai dia kagum sangat ni?
Saya tahu awak mesti pelik kenapa saya kagum dengan awak?
Sebabnya adalah awak sentiasa tabah dalam hidup awak walaupun awak
pernah ditinggalkan oleh tunang awak sebelum ni. Maaf sebab saya
bercakap pasal hal ni. Bukan bermaksud nak buat awak terasa atau apa,
cuma saya nak cakap, saya kagum dengan awak sebab awak tabah.
Ditinggalkan tunang pada saat-saat nak dinikahkan memang pedih. Walaupun
saya tak rasa tapi saya tahu.
Aku mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir. Hampeh betul,
Inche Tunang ni! Nak buat aku terharu ke apa ni?
Lagi satu, saya kagum dengan awak sebab awak sudi terima
saya walaupun awak tak kenal siapa saya ni. J
Awak, saya ni kuat makan orangnya tapi saya tak cerewet.
Saya akan makan apa je yang awak masak. Insya-Allah saya takkan
merungut. Kalau saya merungut, sila marah saya dan tunjuk surat ni dekat
saya ye.
Sebelum saya mengundur diri, saya ada selitkan gambar saya
dekat sampul surat. Saya tak handsome, saya ni biasa-biasa je dan saya
harap awak akan menjadi pelengkap hidup saya.
Ayat last tu memang menyentuh kalbu. Okey, aku mengaku yang
Inche Tunang sangat sweet. Surat yang dia bagi, aku lipat lalu aku letak
dalam kotak comel yang memang aku sembunyikan dalam almari. Gambar dia
pulak aku tatap lama. Haaa... memang handsome!
“Amboi, kemain senyum...” Aku terus pusing belakang sebelum
menjerit.
Macam mana Kak Long dengan Abang Ngah boleh masuk dalam
bilik ni?!!
Share this novel