Completed
211
MUHAMMAD GHADAFI
Baju uniform yang tersarung di tubuh, aku betul-betulkan
sedikit. Hari ni aku kena bekerja selepas dah berehat dekat rumah tiga
hari. Beberapa hari yang lepas, aku dah terima surat daripada Jannah .
Tulisan dia serius comel gila! Tersusun dan kemas. Isi kandungan surat
dia pun comel jugak. Dia suruh aku jaga dia baik-baik lepas kami kahwin
nanti. Dia jugak pesan suruh aku jaga diri masa bekerja.
Selepas memastikan segalanya dah okey, terus aku angkut beg
roda ke bawah. Mama dan papa hanya tersenyum sebelum mama menuang air
teh ke dalam cawan aku. Aku perasan sejak beberapa hari ni, memang mama
asyik tersenyum je. Bahagia sangat agaknya sebab anak bongsu dia
akhirnya nak kahwin.
“Lama ke Am pergi Dubai?”
“Lima hari.” Aku sengih. Tak lama sangat rasanya. Lagipun
dalam kepala aku ni, aku dah rancang nak bagi sesuatu dekat Jannah .
Harap-harap dia sukalah hadiah aku tu nanti.
“Am tahu kan majlis Am dengan Mia hujung bulan ni?”
Aku mengangguk. 30 Jun 2012. Dah dekat sangat tu. 3 minggu
macam tu je lagi.
“Dah ready?” Tanya papa sambil tersenyum.
Aku tersengih sumbing. Nak kata ready tu, boleh la tapi rasa
gementar ada jugak. Tapi dalam gementar-gementar tu jugak, sempat lagi
aku beli cincin untuk Jannah . Cincin nikah nanti tapi aku belum tunjuk
dekat mama lagi. Nanti-nantilah kot nak tunjuk.
“Alhamdulillah dah.”
“Baguslah kalau macam tu.” Papa senyum je lepas dengar
jawapan aku. Suka jugak agaknya bila aku dah bersetuju nak kahwin ni.
Jannah , untunglah awak kan?
EVERLY JANNAH
Sejak dari hari aku terima surat dari Inche Tunang, mulut aku tak
habis-habis senyum. Aku dah selamat balas surat Inche Tunang dan dah
selamat jugak aku kasi dekat Kak Long. Kak Long tersengih-sengih je masa
aku bagi surat tu. Siap usik aku lagi. Hampeh betul la Kak Long! Abang
Ngah pulak tak habis-habis jugak mengusik. Sama je perangai kakak dengan
abang!
“Baju kahwin dah decide nak warna apa?”
Aku geleng.
“Haih, bilanya nak decide?” Ibu dah bercekak pinggang. Aku
hanya mengekek ketawa. Sebenarnya, aku tak kisah pun baju kahwin warna
apa, asalkan cantik dan menutup aurat. Sesuai dengan aku yang bertudung ni.
“Ikut ibu la. Mia tak kisah...”
“Tak nak. Kamu pilih sendiri. Esok mak panggil sepupu kamu
datang. Nasib baik la ada sepupu yang ada butik pengantin.”
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Lawak betullah mak
ni! Comel pun comel!
Pap!
“Apa ni, akak?! Tetiba tepuk peha orang!” Peha yang pedih
aku usap perlahan. Kak Long tersengih-sengih sebelum menghulur telefon
bimbitnya dekat aku.
“Dia takde dekat Malaysia sekarang. Dia suruh Mia baca ni.”
Aku menyambut telefon Kak Long sebelum menjauh sedikit. Malu
nak baca depan Kak Long walaupun aku tahu Kak Long mesti dah baca.
Assalamualaikum awak, saya harap awak sihat alhamdulillah.
Saya nak cakap pasal baju kahwin. Saya tak kisah awak nak warna apa pun.
Saya ikut je. Mama pun tak kisah. JSorry terpaksa susahkan awak.
Aku tersenyum ceria sebelum mendekati Kak Long dan hulur
telefon bimbit dia sambil tersenyum malu.
“Nak warna apa?”
“Belah kita, kalau boleh... Mia nak warna krim. Belah Ghadafi
pulak nak warna biru dengan putih.” Aku tersengih. Warna biru tu sebab
Inche Tunang kan suka awan. Haaa...mesti comel kan?
“Nanti cakap dengan Hannah.”
Aku mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam bilik dan
melambungkan tubuh aku atas katil. Tiba-tiba ternampak bayangan wajah
Inche Tunang yang tersenyum. Haih, dah jatuh cinta ke aku ni?
MUHAMMAD GHADAFI
Tersenyum kecil bila aku baca mesej daripada bakal abang
ipar aku ni. Kata dia, Jannah dah pilih warna krim dan biru. Dia pun dah
bagitahu dekat mama dan papa. Mama dengan papa macam biasa je, tak kisah
asalkan Jannah suka. Haih, sayang sangat dengan bakal menantu diorang tu!
Esok, aku akan bertolak balik ke Malaysia. Haa... makin
dekat nak kahwin, makin berdebar jantung ni. Agaknya Jannah pun rasa
macam ni ke? Dia pun berdebar ke?
Sebenarnya aku ni malu nak jumpa dia masa akad nikah nanti.
Pertama kali nak berjumpa face to face. Haih, mau pengsan aku depan dia
nanti!
SMS yang dihantar oleh Abang Ngah tadi dibaca sekali lagi.
Dan sekali lagi tersenyum-senyum. Jatuh cinta ke aku ni?
Assalamualaikum Am. Bakal isteri hang cakap dia nak tema
warna krim untuk belah perempuan. Belah hang pulak warna biru dengan
putih. Dia cakap mesti comel kan? Abang tau dia nak cakap pasal hang
sebenarnya. :P
Share this novel