Completed
211
EVERLY JANNAH
“Ni Ghadafi bagi dekat Mia...” Tiba-tiba Abang Ngah bagi satu
beg plastik yang di dalamnya ada kotak yang berbalut dengan kertas minyak.
“Ghadafi bagi?”
“Yelah. Dia baru sampai semalam...”
Aku mengangguk faham sebelum mengambil beg plastik dari
tangan Abang Ngah. Depan Abang Ngah jugak aku bukak balutan kotak tu.
Bila dah bukak je kotak tu, terus mulut aku terlopong. Bukan takat aku
yang terlopong tapi dengan Abang Ngah sekali terlopong jugak sebelum dia
menjerit panggil ibu dengan ayah yang tengah sibuk dekat dapur. Tak
sempat aku nak menghalang langsung!
“Ibu, ayah! Adik dapat tudung labuh dengan jubah!” Jeritan
Abang Ngah aku boleh dengar sampai ke sini. Perlahan-lahan aku capai
sehelai jubah berwarna hitam. Lembut je kain dia. Dari celah-celah jubah
dengan tudung ni jugaklah, aku nampak sehelai kertas berwarna putih yang
diselitkan dengan sehelai tudung labuh berwarna putih.
Ni tudung untuk akad nikah. Saya harap awak sudi pakai.
Tersenyum terus aku masa tu. Tudung labuh berwarna putih itu
aku sarungkan ke kepala sebelum aku bangkit mendapatkan ibu dan ayah
yang masih lagi mendengar cerita Abang Ngah. Mereka bertiga semua
ternganga bila tengok aku sebelum ibu memeluk aku sambil mengusap tudung
yang aku pakai sekarang ni.
“Ghadafi kasi. Cantik kan?” Aku sengih. Tudung ni bukan plain
sangat. Adalah sulaman sikit-sikit tapi serius cantik! Entah dekat
manalah dia beli tudung ni. Nak tanya, malulah pulak!
“Mia nak pakai tudung ni la nanti.”
“Tapi tu tudung labuh.”
Aku tersenyum sebelum duduk di sebelah ibu. “Kalau bakal
suami Mia yang bagi tudung ni, insya-Allah Mia akan pakai. Lagipun
mungkin itu tandanya dia suka Mia bertudung labuh.”
“Alhamdulillah kalau macam tu. Ibu pun suka tengok Mia pakai
macam ni. Comel je.”
Aku tersenyum sambil menyentuh tudung dekat tangan aku
sekarang ni. Makin lama, makin aku rasa sweet je Inche Tunang ni.
MUHAMMAD GHADAFI
Hampir terjatuh aku dari kerusi apabila papa tiba-tiba cakap
nak bawak aku jumpa Jannah . Kenapa pulak tiba-tiba ayah nak aku jumpa
dia? Bukan ke hari tu aku cakap nak jumpa masa akad nikah nanti?
“Kenapa papa nak bawak Am jumpa dia?”
Papa tersenyum. Aku dah garu kepala.
“Lebih elok kan kalau Am jumpa dia dulu. Apa salahnya kan?”
“Memang elok tapi Am malu...” Aku dah memandang lantai. Muka
pun terasa berbahang sekarang ni.
“Nak malu apa. Nanti dah kahwin, hari-hari nampak kat depan
mata,” usik Kak Ngah sambil ketawa.
Aku menggigit bibir. Haih, nak bagi alasan apa lagi sekarang ni?
“Yelah...yelah. Am pergi jumpa dia,” putusku akhirnya.
Lagipun apa salahnya kan? Bukan pergi sorang-sorang. Ada mama, papa
semua. Insya-Allah okey je.
Tapi, masalahnya sekarang... hati aku ni okey ke tidak?
EVERLY JANNAH
“HAH?”
Tersembur terus air kopi yang aku tengah minum sekarang. Nasib baik aku
cepat berpaling ke tempat lain. Kalau tak, mau muka Abang Ngah ni basah
dengan air kopi.
“Ya Allah, budak ni... Nak kahwin pun buat perangai macam ni.” Kak Long
mengelap muka dan baju aku yang basah sedikit. Abang Ngah pulak dah
gelak sakan.
“Dia nak datang jumpa Mia?!”
Abang Ngah mengangguk tapi masih lagi ketawa. Aku dah ketap gigi. Ada
yang kena jirus dengan air kopi ni nanti.
“Buat apa?”
“Buat bodoh,” sindir Kak Long. Terus aku cubit lengan Kak Long.
Sedap-sedap je sindir aku!
“Nak jumpa awaklah, dik oiii! Takkan nak jumpa abang dengan akak kot?!”
Kata Abang Ngah sambil memasukkan karipap ke dalam mulut.
“Alaa....”
“Apa ala-ala? Jumpa bakal suami kot. Tak nak ke?”
Aku cebik bibir. Bukan tak nak tapi malu. First time kot nak jumpa.
Selama ni, cakap pun ikut SMS dengan surat. Mana pernah dia dengar suara
Inche Tunang tu!
“Malulah...”
“Nak malu apa? Nanti jumpa dia jugak!” ucap Kak Long sambil tersengih.
“Over la!” Sekali lagi aku nak mencubit lengan Kak Long tapi laju je Kak
Long lari pergi duduk sebelah Abang Ngah.
“Kesian la Ghadafi nanti. Isteri dia Ratu Cubit!” Usik Abang Ngah sebelum
menjelir lidah. Aku dah berpeluk tubuh tapi hati ni tetap
berdebar-debar. Jumpa Inche Tunang?
Alahai...
MUHAMMAD GHADAFI DAN EVERLY JANNAH
Ghadafi memandang papanya yang tengah memandu dengan tenang ke
rumah Jannah . Ikutkan perancangan, sepatutnya dia yang memandu tapi dari
tadi, tangan dia asyik menggigil je. Terus papa cakap, biarlah papa yang
memandu. Dia pun hanya mengangguk sambil tersenyum sumbing.
“Nampak sangat berdebar-debarnya...” usik Kak Ngah sambil
mencucuk pinggang Ghadafi . Sengaja nak mengusik adik bongsunya ni.
“Takut...” balas Ghadafi sambil memegang dadanya.
“Relakslah. Insya-Allah, semua akan okey.”
Ghadafi hanya mengangguk kecil sambil mengenggam telefon
bimbitnya. Baru sekejap tadi, bakal abang ipar dia menghantar mesej
pesanan dari Jannah .
Everything will be just fine, insya-Allah. Saya pun takut
jugak sebenarnya ni.
“Assalamualaikum…” Ghadafi hanya memerhatikan Encik Yusuf yang tengah
member salam sambil menarik nafas panjang. Sayup-sayup dia terdengar
suara yang menjawab salam. Muncul seorang lelaki yang lebih kurang
sebaya dengan papa dengan senyuman lebar di bibir.
“Alhamdulillah, sampai jugak kau ye.” Terus papa dan lelaki
itu berpelukan. Selepas pelukan mereka terlerai, Ghadafi menghampiri untuk
bersalaman dengan lelaki tersebut. Ikutkan hati nak je dia tanya, “Pak
cik ni bakal ayah mertua saya ke?”
“Apa khabar, Ghadafi ?” Encik Harun mengusap lembut bahu bakal
menantunya ini. Alhamdulillah sebaik saja nampak muka Ghadafi ni, hatinya
terasa tenang dan yakin bahawa Ghadafi mampu membimbing anaknya.
“Alhamdulillah baik, pak cik.” Ghadafi tersenyum kecil.
“Eh, kenapa panggil pak cik? Panggillah ayah. Tak lama lagi
pun dah nak jadi menantu ayah…” ucap Encik Harun sambil ketawa. Ghadafi
hanya tersenyum sumbing sambil menggaru kepalanya.
“Jemput naik atas. Mah dengan Mia tengah sibuk kat dapur
tu,” ajak Encik Harun sambil memaut bahu Encik Yusuf.
Jannah yang sejak dari tadi asyik mengintai ikut pintu dapur
cepat-cepat mendapatkan Puan Mahirah yang tengah mengacau air gula.
Ibunya hanya tersenyum sebelum mengangkat kening.
“Macam mana?”
“Err…” Jannah bermain dengan hujung tudung labuh yang
dipakainya sekarang. Haa… tudung labuh! Tudung ni salah satu daripada
hadiah Inche Tunang. Alhamdulillah sejak dia dapat hadiah ni, dia dah
mula pakai tudung labuh. Jangan salah anggap tau. Bukan sebab Inche
Tunang, dia nak pakai tudung labuh ni tapi sejak beberapa hari ni, dia
asyik bermimpi dia pakai tudung labuh. Akhirnya, pada pagi Jumaat hari
tu, dia tekad menyarungkan tudung labuh dekat kepala.
Puan Mahirah terus ketawa. Bukannya dia tak nampak muka anak
gadis dia ni dah merah.
“Mah, Mia… diorang dah sampai. Bersalam dulu…” Encik Harun
muncul di dapur sambil tersenyum meleret. Diana yang tengah menyusun
cawan di atas dulang terus tersenyum nakal sambil mencuit bahu adik
lelakinya. Hari ni, sekali lagi mereka berdua balik ke kampung
semata-mata nak tengok muka bakal adik ipar.
“Mia… bawak cawan ni ke depan,” arah Diana.
“Ala…”
“Alang-alang nak ke depan tu, tolonglah bawak. Kak Long nak
bawak kuih ni.”
Perlahan-lahan Jannah menyambut dulang di tangan Kak Long
dengan muka yang berkerut-kerut. Haih, rasa macam nak luruh jantung dia
dibuatnya!
“Senyum la sikit,” kata Daniel sambil ketawa kecil.
“Abang Ngah cakap senanglah! Mia takut tau!”
“Nak takut apa? Bukan Am makan orang pun?”
Jannah mencebik. Geram betul! Dari jauh, dia dapat mendengar
suara orang berbual. Tiba-tiba mata dia tertancap pada tubuh seorang
lelaki yang membelakanginya sekarang. Makin longlai langkahnya ketika
ini. Malu-malu!
“Am, ayah perkenalkan anak ayah… Everly Jannah .”
Saat itu, bukan setakat jantung Jannah hampir-hampir nak
berhenti berdegup tapi Ghadafi pun dah terkelu.
Ghadafi menunduk sejak dari tadi. Tak berani nak angkat muka
untuk memandang Jannah yang duduk bersimpuh di sebelah kakaknya. Dahlah
tadi, bukan main terkejut dia sebab bersua kali pertama dengan Jannah .
Jantung dia pun berdegup kencang sekarang ni.
Jannah lagilah! Kalau boleh nak dia pergi dari sini.
Malu-malu! Boleh pulak dia terdiam kat situ tadi sambil pegang dulang.
Sampai Kak Long cuit, barulah dia sedar. Kalau tak, mau sampai sudah dia
berdiri dekat situ.
“Kenapa senyap je bakal pengantin?” Soal Encik Harun sambil
tersenyum.
Ghadafi garu kepala sambil tersengih sumbing.
Jannah pulak telan air liur. Diam itu lebih baik, ayah!
Share this novel