BAB 4

Drama Completed 211

Encik Harun dengan Encik Yusuf saling berpandangan sebelum
tersenyum. Rasanya masing-masing tu pun dah suka!

“Kak Miaaaa! Comel nak beranak!” Tiba-tiba muncul Rafiq di
muka pintu. Jannah terus bangkit sebelum menghampiri Rafiq.

“Mana ayah dengan mak kamu?”

“Mak ayah pergi beli barang. Akak, cepatlah!” Rafiq dah
macam cacing kepanasan. Mana dia pandai nak sambut anak lembu! Ayah dia
tak pernah ajar!

“Jap-jap.” Terus Jannah mendapatkan mak dan ayahnya. Haa...
ni kecemasan! Terpaksalah mengundur diri sebentar.

“Mak, ayah, Mia nak pergi tolong sambut anak Comel kejap.
Mama, papa, Mia mintak diri dulu ye.” Dia menyalami tangan bakal mak
mertuanya sebelum tunduk sedikit dekat bakal ayah mertuanya. Dekat
Ghadafi , dia tak tahu nak buat apa. Akhirnya terus dia bergegas mengikut
Rafiq.

“Comel tu siapa?” Soal Puan Anisah.

“Lembu kawan baik Mia.”

“Mia pandai sambut anak lembu?” Kali ni Ghadafi pulak yang
bertanya.

Encik Harun terus tergelak. “Mia tu lasak. Masa kecik-kecik,
dia rajin tolong datuk dia jaga binatang ternakan.”

Ghadafi mengangguk faham. “Boleh tak kalau Am nak tengok dia
sambut anak lembu?” Pintanya dengan teruja.

“Erk?”

“Comel, relaks okey!”

Jannah menyingsing sikit lengan baju kurungnya dan hanya
menampakkan handsock yang dipakainya. Rafiq pulak tengah menenangkan
Kachak. Macam tahu-tahu je bini dia ni nak bersalin kan?

“Mia...”

Jannah terus berpaling bila namanya dipanggil. Terkejut jugak
bila dia nampak Ghadafi tengah berdiri di situ. Sekali dengan Abang Ngah
jugak.

“Do you want me to help you?”

“Boleh ke? Kotor baju karang...”

“Takpe...” Ghadafi dah mencangkuk di sebelah Jannah .
Berkerut-kerut dahi dia melihat macam mana Comel nak beranak. Nampak
macm sakit sangat! Haa... ni baru tengok lembu beranak!

“Awak!” Tiba-tiba Jannah menjerit cemas.

“Kenapa?”

“Kepala anak Comel tersangkut! Abang, tolong pegang Comel
ni!” Laju Jannah memberi arahan. Daniel cepat-cepat mengambil tempat.
Memang dah selalu pun dia tolong Jannah menyambut anak lembu dengan
kambing ni!

“Hah?” Ghadafi dah mula kalut. Macam mana kepala anak lembu
boleh tersangkut ni? Tiba-tiba Jannah hulur sarung tangan getah dekat Ghadafi .

“Pakai gloves ni,” arah Jannah sambil menyarung gloves ke
tangannya. Kemudian, dia capai rantai sebelum dia menyuruh Ghadafi untuk
memegangnya.

“Awak nak buat apa ni?” Naik terkejut Ghadafi bila dengan
selambanya Jannah menyeluk tangannya ke dalam ruang peranakan Comel.
Hampir ternganga jugak mulut dia tengok Jannah bersusah payah nak
betulkan kedudukan anak lembu tu.

“Ikatkan rantai tu kat kaki anak lembu ni.” Cepat Ghadafi
bertindak sambil memandang sekilas ke arah Daniel yang tersenyum-senyum.

“Awak tarik ikut pernafasan Comel tau. Macam kat hospital.
Kira satu... dua... tiga pastu tarik! Saya akan suruh Comel push!”

Ghadafi hanya mengangguk faham. Kali ni langsung tak
dipedulikan baju kemeja dia yang dah kotor. Kalau dia bercerita dengan
kawan-kawan dia pasal pengalaman menyambut anak lembu, mahu terlopong
agaknya diorang semua!

“Dah keluar!”

Ghadafi menarik nafas lega. Nasib baik anak lembu Comel ni
hidup lagi. Dia terduduk lemah di atas rumput. Penat dan mencemaskan betul!

Terdiam dia seketika bila Comel menjilat lendir hidung dan
mulut anaknya.

“Tu bagi memudahkan pernafasan anak lembu,” terang Jannah
sambil tersenyum memandang Comel dan anaknya. Kachak yang tadi nampak
agak tak tenang, akhirnya dah diam dan sesekali menguak.

Kemudian Jannah mengikat dan memotong tali pusat anak lembu
itu sebelum disapu dengan iodine bagi mengelakkan jangkitan
kuman.

“Done! Alhamdulillah...” Jannah menarik nafas lega. Kemudian,
dia mengerling ke arah Ghadafi sebelum tersenyum kecil.

EVERLY JANNAH

Semua barang hantaran dah siap. Semua hiasan dah siap
pasang. Kanopi dah naik dekat depan rumah. Pelamin pun dah ada dekat
ruang tamu tu. Bunga telur semua dah ready. Baju pengantin pun dah ambik
dekat kedai. Kiranya dah complete. Yang tinggal sekarang ni, upacara
akad nikah malam ni!

Aku mengurut dahi. Tup tap tup tap, malam ni aku akan
bernikah dengan Inche Tunang! Rasa macam tengah mimpi. Baru je beberapa
minggu lepas, kami sambut anak lembu Comel sama-sama dan sekarang ni,
aku dengan dia bakal menjadi suami isteri. Aku pandang siling bilik aku
ni. Macam mana agaknya perasaan bila dah jadi isteri orang nanti?

“Mia, dah solat ke belum?” Soal Kak Long.

Aku duduk bersila di atas katil. “Dah...”

“Nanti mak andam nak datang. Mandi ke belum?”

“Dah...”

“Kenapa muka macam orang hilang anak je ni?”

“Berdebar...” Aku sengih.

“Biasalah tu... Jangan risau sangat. Kak Long nak ke dapur
dulu. Nanti mak andam datang...”

Aku hanya mengangguk sebelum merebahkan tubuh aku ke atas
katil. Inche Tunang, awak berdebar tak sekarang ni?

MUHAMMAD GHADAFI

Dari tadi aku duk berjalan hulur ke hilir. Jarum jam semakin
menghampiri ke pukul 8.15 buat jantung aku makin nak pecah. Lagi
beberapa minit je lagi! Lepas solat Isyak, aku dan semua ahli keluarga
aku akan bertolak ke rumah Jannah . Tadi sempat jugak aku mesej Abang
Daniel. Dia cakap Jannah pun dari tadi muka bukan main pucat. Macam dia
yang nak lafaz akad nikah.

Aku tersenyum kecil. Lawak jugak Jannah tu.

“Senyum sorang-sorang nampak!” Sergah Abang Long kuat. Aku
terus mengusap dada. Kurang asam betul abang aku ni! Tak sempat aku nak
pergi akad nikah nanti!

“Ada apa bang?”

“Papa panggil kat bilik solat.”

“Ohh...” Aku mengangguk kecil sebelum mencapai songkok dekat
atas katil dan mengikut langkah Abang Long ke bilik solat.

“Papa... ni Am dah datang...”

Papa menggamit aku supaya duduk di sebelahnya. Dia menepuk
bahuku perlahan sebelum tersenyum lebar.

“Lepas ni, Am dah nak jadi suami orang. Jaga isteri Am
baik-baik ye. Jadi pembimbing dia sehingga ke syurga ye,” ucap papa
perlahan. Aku hanya memandang papa dengan hati yang sebak.

“Insya-Allah, papa...” Terus aku memeluk papa dengan erat.

Aku dah duduk bersila di hadapan ayah yang menjadi wali
Jannah . Dari sini jugak, aku dapat lihat Jannah yang tengah duduk di
sebelah bakal mak mertuaku dan jugak mama. Dalam hati aku memuji
kecantikan dia. Lain sangat kalau nak dibandingkan masa dia menjadi
penyambut anak lembu!

“Muhammad Ghadafi bin Yusuf.”

“Saya...” Aku menarik nafas sedikit.

“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Everly Jannah
binti Harun dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Everly Jannah binti Harun dengan mas
kahwin tiga ratus ringgit tunai.”

“Sah?” Ayah bertanya pada saksi-saksi.

“Sah!”

“Alhamdulillah...” Terus aku mengucapkan syukur.
Alhamdulillah, selamat jugak aku menjadi suami kepada Jannah dengan
sekali lafaz. Aku berpaling ke arah Jannah dan aku tersenyum apabila
melihat dia yang tengah memeluk mak dan kemudiannya memeluk mama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience