Chapter 4

Fantasy Series 2065

Ketika itu, Aqil sedang duduk di tempat duduknya seperti biasa dengan membaca buku matapelajaran seterusnya. "Assalamualaikum Aqil" Arham datang mendekati Aqil. "Wa'alaikummussalam" walaupun Aqil kurang bercakap, namun dia tetap menjawab salam daripada orang lain.

"Maafkan abang aku Aqil, kerana telah
memukul kau semalam" bergetar-getar Arham memohon maaf kepada Aqil.
"Erm"Itulah jawapan Aqil kepada Arham, malah kepada sesiapa sahaja yang bercakap dengannya. Arham memahami maksudnya itu ialah "ya, aku maafkan kau". Di lubuk hati Aqil,"mengapalah engkau yang nak mintak maaf, aku yang pukul kau dulu".

"Hello, assalamualaikum encik Sufian" seseorang menelefon ayah saudara Aqil.
"Wa'alaikummussalam, siapa ni?" Dia menjawab salam lalu bertanya siapa yang menelefon kerana tiada dalam senarai rakan. "Boleh encik datang ke sekolah esok, ini berkenaan Aqil". Permintaannya itu sudah menggambarkan jawapan bagi soalan yang ditanyakan ayah saudara Aqil kepada orang tersebut. "Esok tak dapat, kalau hari ini boleh tak, sebelum saya ambil Aqil balik". Sudah dijangka semestinya Aqil melakukan kesalahan lagi, sebab itu dia tidak bertanya mengapa dia diminta untuk datang ke sekolah. "Boleh" Jawab Guru Disiplin yang menelefonnya.

Kira-kira dalam 3.30 petang, encik Sufian diminta untuk masuk ke bilik pengetua atas arahan Guru disiplin. Kali ini sudah 3 kali dia dipanggil namun hanya menghadap ke bilik Guru Disiplin. Tambah lagi, panggilan yang dibuat terus kepadanya bukannya surat dari Aqil sendiri.

"Jemput duduk encik Sufian" Tuan Pengetua memperlawa encik Sufian. Pengetua mempunyai kulit wajah yang cerah, mempunyai janggut dan berkaca mata. Dia kelihatan mesra dengan senyuman yang selalu dipamirkan kepada sesiapa sahaja. Namun, tidak hari ini. Tidak untuk encik Sufian. Sudah jelas kelihatan pada wajahnya iras wajah yang kekecewaan. Tidak perlu diceritakan lagi, encik Sufian menundukkan kepalanya memikirkan kesalahan yang dilakukan oleh Aqil.

"Rasanya, encik sendiri pasti tahu tujuan kami pihak sekolah memanggil encik ke sekolah" Lantas encik Sufian menganggukkan kepala. "Sekolah mempunyai peraturan, sekali bagi surat, dua kali hukuman, tiga kali gantung sekolah, yang terakhir buang sekolah" Tuan pengetua memulakan ayat muqaddimahnya(permulaannya) yang selalu disampaikan kepada mana-mana ibu bapa yang berjumpa dengannya. "Aqil ni bijak budaknya, dia pelajar top 3 tingkatan 3 semasa PT3(Penilaian Tingkatan 3), akan tetapi akademik bukanlah segala-galanya selagi sikap dan akhlak tidak diperbaiki" encik Sufian hanya mampu menangguk. "Sudah menjadi tugas kami sebagai guru memastikan pelajar dapat mencapai kejayaan mereka". Tuan pengetua sekali lagi menyatakan ayat kebiasaannya, dan ayat tersebut menunjukkan akan berakhirlah perbincangan mereka.

"Kami sudah mengambil keputusan untuk membuang Aqil dari sekolah ini." Sepertinya encik Sufian sudah bersedia menerima pernyataan itu. Setelah mengisi surat dan mengambil dokumen penting Aqil, tuan pengetua mengeluarkan satu sampol. Sampol yang agak kecil yang menunjukkan bukan dokumen sekolah ataupun surat. Sampol tersebut mungkin sesuai untuk meletakkan wang, tetapi mana mungkin pelajar yang dibuang sekolah diberikan wang. "Kami sayangkan Aqil, kami juga risaukan Aqil, kami tahu tragedi yang menimpanya telah mengubah kehidupan Aqil, sifat Aqil, perangai Aqil. Di dalam sampol ini terdapat masa depan Aqil, cari dan bawa dia ke sana." Pengetua memberikan sampol tersebut lalu memeluk encik Sufian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience