chapter 1

Fantasy Series 2065

Arham berlari ketakutan. satu persatu nafasnya dihembus keluar. "pap!!"dia terjatuh. "maafkan aku Aqil, aku tidak berniat untuk mendekati Husna, dia cuma ingin bertanya mengenai soalan mathematik pada aku" rayu Arham kepada Aqil.

Aqil merupakan pelajar yang baru 3 bulan memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Mantaj. Dulu dia pernah bersekolah di dua buah sekolah, namun begitu dia telah dibuang sekolah atas dasar disiplin.

Arham dipukul berkali-kali oleh Aqil. Disebabkan badannya yang lemah dan kecil dia tidak mampu melawan Aqil yang terkenal dengan sifat bulinya.

Semestinya ada sebab mengapa Aqil memukul Arham. Peristiwa tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi tadi sebelum waktu rehat. Aqil seperti biasa duduk sendirian tiada teman atau kawan apatah lagi sahabat. Ini kerana memang sifatnya yang suka menyendiri dan tidak suka bergaul.

Ketika itu Aqil sedang membaca buku sejarah kerana selepas rehat matapelajaran tersebut akan berlangsung. Walaupun dia seorang pembuli tegar di sekolah namun dia merupakan pelajar cemerlang PT3(Peperiksaan Tingkatan 3) selepas Arham dan seorang pelajar perempuan.

Namun fokusnya mula hilang apabila Husna dan dua orang kawannya iaitu Ain dan Izzati datang berjumpa dengan Arham. Sudah menjadi kebiasaan buat pelajar sekolah tersebut menjadikan pelajar cemerlang sebagai rujukan.

Aqil yang menyimpan perasaan terhadap Husna marah dan geram melihat keadaan tersebut. Mana tidaknya, tidak seorang pun yang boleh mendekati Husna selain Aqil kerana takut dipukul olehnya. Namun begitu Aqil sendiri belum pernah bersemuka dengan Husna.

Kerana marah akan Arham dia pun memutuskan untuk memukul Arham. Dan itulah yang terjadi selepas waktu rehat. Arham dikejar oleh Aqil dan dipukul dibahagian perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience