Chapter 2

Fantasy Series 2065

Petang yang agak sunyi di jalan Merdu. Aqil merentasi Jambatan Merdu dengan berjalan kaki. Ayah saudaranya tidak dapat menjemputnya di sekolah kerana urusan kerja.
Aqil telah kematian ayahnya ketika usia lima tahun dan ibunya pula ketika dia sedang menduduki UPSR(Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Sebelum kematian ibunya, Aqil seorang yang ramah, periyang malah sering membantu penduduk di sekitarnya. Setelah ketiadaan orang tuanya dia mula dipelihara oleh ayah saudaranya ataupun lebih dikenali sebagai Pak Su oleh Aqil.

Aqil berhenti seketika di jambatan dan melihat aliran mata air bawah jambatan. Aqil tersenyum. Dan satu titisan air mata terjatuh. "Perlukah aku jadi begini? mengapa aku jadi begini? sampai bila aku jadi begini?" Bisik hati Aqil mengenangkan sifat buruknya. Bukan keinginannya untuk menjadi sebegitu. Namun entah mengapa satu persatu sifat buruk datang padanya.

Aqil terbangun dari lamunannya setelah seseorang menyapa dari belakang. "dush!!!" tepat pada pipinya yang agak gebu untuk seorang pembuli. Aqil terjatuh namun tidak bersuara atau pun bertanya kenapa dia dipukul. Sudah menjadi kebiasaan baginya dipukul oleh orang. "Jadi dia nilah yang pukul adik aku pagi tadi" Abang kepada Arham bertanya kepada dua rakannya yang lain.

"Taklah kuat mana, sekali tumbuk dah jatuh" Alex salah seorang rakan abang kepada Arham berkata sambil tersebengeh.
Aqil bangun dengan tenang lalu mengambil begnya yang terjatuh ketika dipukul. Belum sempat Aqil menyentuh beg tersebut mereka sudah menyepak begnya walaupun tidak jauh.

Aqil menjeling mereka. "Uish!! takutnya" mereka mengatakannya serentak sambil membuat gaya pondan. Aqil tidak mengendahkan mereka. Dia sekali lagi mengambil begnya yang telah disepak oleh mereka. Kali ini, mereka membiarkannya. Namun mereka mula marah apabila Aqil mula tidak memperdulikan mereka.

Alex, seorang yang agak kurus, menggunakan kemeja putih berlari ke arah Aqil untuk mengajarnya. Belum sampai 7 meter ke arah Aqil dia telah ditendang tepat diperutnya. Aqil meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Sekali lagi serangan yang sama namun kali ini berlaku kepada abang Arham dan seorang lagi rakannya setelah mencuba berlari ke arah Aqil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience