Chapter 3

Fantasy Series 2065

Aqil agak lewat ke sekolah hari ini. Ayah saudaranya terpaksa berhenti seketika di pejabatnya untuk beberapa urusan. Aqil mengambil handphone di dalam begnya dan memasang earphone untuk mendengar lagu. Ayah saudaranya masuk semula ke kereta setelah beberapa minit meninggalkan Aqil. Dia tersenyum pada Aqil seperti biasa dan Aqil tidak memperdulikannya, seperti biasa.

" Aqil, Pak Su minggu depan takda kat rumah sepanjang seminggu. Pak Su ada urusan di luar. Harap Aqil tak kesahlah ya." Ayah saudara Aqil merupakan usahawan yang baru sahaja aktif dalam bidang keusahawanan namun sudah melonjak naik dalam masa yang singkat. Dia amat sayang akan Aqil. Walaupun perangai Aqil yang agak buruk, tapi dia tahu Aqil memerlukan masa untuk berubah.

"erm" Aqil membalas pertanyaan ayah saudarnya dengan dialog biasanya. "Kalau Aqil nak ajak kawan tidur temankan Aqil pun boleh " ayah saudaranya cuba memanjangkan perbualan. Dan semestinya Aqil tidak memerlukannya. Ini bukanlah kali pertama Aqil duduk bersendirian di rumah, malah sudah berkali. Namun begitu, Aqil tidak membuang masanya dengan perkara yang tidak berfaedah. Namun dia mengisi masanya dengan membaca buku.

Soal agama, Aqil mula meninggalkan amalan agamanya yang sebelumnya tegar dengan amalan-amalan fardhu dan sunatnya. Tetapi, semenjak ketiadaan ibunya, dia mula lemah dan tidak berdaya untuk mengingati tuhannya iaitu Allah. Ayah saudaranya sendiri sering mengajaknya untuk solat namun ditolak. Namun begitu, ayah saudaranya tidak pernah putus asa dengan Aqil.

Tiba di hadapan sekolah. Aqil keluar bersama ayah saudaranya untuk melaporkan sebab kelewatannya kepada guru kelas Aqil. Namun begitu, pengawal menyuruhnya memberikan surat sahaja dan menandatangani buku lewat.

Ayah saudara Aqil pun masuk ke kereta semula. Tiba-tiba Aqil memegang tangannya lalu menciumnya. "Maaf Aqil, terlupa pulak nak bersalam" Walaupun Aqil jarang bercakap dengan ayah saudaranya, namun adab dan akhlaknya masih terjaga walaupun cara bercakapnya yang tidak sopan. Itu jugalah salah satu sebab ayah saudara sayang akan Aqil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience