BAB 4

Romance Completed 1233

"Maaf, " ketawa Farhan terus mati disitu lantas diucapkan maafnya.

" Nasib saya seorang yang pemaaf. Apa-apapun, sejak bila awak di sini? Selama ni kita tak pernah jumpa pun?"

"Saya baru pindah kerja dua bulan lalu. Tak sangka juga kota KL ni temukan kita."

"Ala.. Malaysia bukan besar sangat pun," balas Karla .

"Betul tu, ingat tak Omar Gemuk yang suka kacau kawan kau dulu? Aku baru jumpa dia minggu lepas, dia banyak berubah. Badan dia kurus! Tak sangka dia dah jadi model." ujar Farhan kagum apabila menceritakan rakan zaman remajanya dahulu.

"Mesti ramai teman waKarla , kan?"

"Sudah tentu! Takkanlah perempuan tak mahu lelaki yang kacak bergaya macam si Omar tu. Kalau Karla tengok dia mesti tak mahu yang lain lagi."

Karla ketawa mendengar gurauan Rafael. Farhan tersenyum melihat Karla ketawa. Perbualan mereka semakin diisi dengar warna memori zaman remaja mereka.

Lama-kelamaan hujan hanya tinggal renyai sahaja. Perbualan mereka yang kelihatan mesra terus terhenti apabila stesen LRT sudah berada di hadapan mereka. Payung hitam yang memayungi mereka berdua dikatup perlahan oleh Rafael. Mereka berdua melangkah masuk ke stesen tersebut dan membeli tiket untuk ke tempat tujuan selepas ini.

"Saya terus Kuang. Rafael?" Karla menunjukkan tiketnya pada Rafael. Dalam hatinya, terasa sedikit berat untuk memutuskan perbualan mereka di sini. Sudah lama dia tidak mengingati kisah remajanya dahulu.

"Kuang? Saya juga! Kenapa semua sama saja?"

Mata Karla terbuntang. Seperti dia dengan Farhan sudah ada jodoh, fikir Karla . Karla tak membalas kata-kata Farhan tadi, dia hanya membisu sambil melangkah ke platform.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience