BAB 5

Romance Completed 1233

Melihat keadaan Karla sebegitu, Farhan berasa sedikit kecewa. Pada mulanya sewaktu dia bertembung dengan Karla tadi, Farhan bagai dapat merasakan yang mungkin sekarang dia dengan Karla akan kembali seperti dahulu. Persamaan yang dari tadi berlaku lagi menguatkan keyakinannya. Namun, sikap yang Karla lakukan tadi membuatkan dia berasa hampa. Bukan jodoh agaknya.

Sejak berpisah, dia tidak pernah melupakan gadis itu. Dipahat dalam minda wajah si gula jiwa. Dia sedar siapa dirinya dahulu, dihalang kerana dia anak desa dan Karla si anak Bandar. Karla si pelajar cemerlang terbilang gemilang sekolah mereka dahulu. Dia pula? Popular kerana masuk kelab bola sepak. Itu pun tak lama kemudian kena disepak buang. Tapi sekarang mereka bekerja. Masing-masing bebas untuk memilih siapa kawan siapa teman.

Karla , kau tak rindukan aku?

LRT tiba di dihadapan platform tempat mereka berdua berdiri. Pintu perlahan-lahan terbuka dan orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke dalam perut LRT.

"Erm..saya masuk dulu,ya? Awak pergilah ke koch waKarla . OK.. bye," melihat keadaan Karla yang senyap sahaja membuatkan Farhan mengambil keputusan untuk melambaikan selamat tinggal pada Karla .

Sewaktu Farhan melangkah, tiba-tiba sahaja Karla menggapai tangan Rafael dan menarik Farhan masuk ke dalam koch. Farhan dilanda kehairanan. "Eh, kenapa ni Karla ?"

Karla mengangkat wajahnya. "Apa kata kita teruskan semula?"

"Huh? Teruskan semula?" Farhan bingung. Sewaktu dia menyebut 'teruskan semula' dia menyebut satu persatu seperti budak baru pandai membaca ABC.

"Kita teruskan semula hubungan kita dahulu," Karla tersenyum.

Begitu juga Rafael. Dia dapat menghadam apa yang dipinta si gula jiwanya. Pintu sudah tertutup dan gerabak mula bergerak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience