BAB 1

Romance Completed 1233

"Hujan lagi," keluhnya sambil mendongak langit yang dilindungi awan kelabu. Sejak kebelakangan ini, kalau dia mahu melangkah keluar daripada pejabat untuk pulang, hujan kerap kali membasahkan bumi.

Diselak rambut yang terjuntai ke celah telinga lalu ditatap jam tangan, sudah pukul 6 petang.

Oh tidak, pasti teman serumahnya akan bising! Kedengaran dentuman guruh membingitkan telinga itu membuatkan dia kaget seketika.

Tanpa rela, terpaksa juga dia meredahi hujan lebat kalau dia tak mahu mendengar leteran teman serumahnya.

Dilindungi kepalanya dengan beg tangan, sebelum berlari meredah hujan dia mengira, "satu, dua, tiga!"

Selepas sepuluh langkah dia berlari, tak semena-mena pula dia terlanggar tubuh seseorang yang mempunyai payung. Nasib orang yang dilanggar tidak jatuh, kalau tak pasti sudah basah. Pantas diangkat muka untuk melihat gerangan siapa yang dilanggarnya.

"Maaf sangat... Rafael!?"

"Karla !? " orang yang dilanggar juga terkejut. Payung yang dipegang hampir terlepas.

Masing-masing terkejut. Melihat wajah yang sudah lama mereka kenali. Wajah yang pernah menjadi milik mereka dahulu. Mereka terpaku merenung antara satu sama lain.

Hujan yang menitis diselangi pula bunyi guruh berdentum menyedarkan mereka daripada terpaku di situ. Pantas si lelaki budiman memayungi gadis dihadapannya.

Malangnya, dia pula ditimpa hujan. Untuk mendekati gadis dihadapannya serba-salah pula. Tapi kalau esok demam sebab main hujan, bagaimana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience