BAB 2

Romance Completed 1233

Akhirnya, dia mendekati gadis itu untuk memayungi gadis itu dan juga dirinya. Matanya tertumpu pada wajah gadis itu,

sudah banyak berubah. Dia bertambah cantik. Rambutnya sudah panjang dan harumannya juga berbeza.

"Ermm.. apa khabar? Dah lama kita tak jumpa, Rafael. "si gadis memulakan bicara. Hanya dipandang sekejap lelaki itu kemudian mengalihkan mata ke tempat lain. Rafael, kau sudah sedikit berisi. Detik jiwa si gadis.

"Baik, tak sangka kita boleh jumpa di sini. Awak kerja di sini?," dia mengulum senyuman tipis.

"Ya. Awak juga?"

"Macam jodoh pula, samalah saya." dia mengusap-usap tengkuk. Segan. Tetapi lapan tahun lalu, jodoh bukanlah milik mereka. Terpaksa berpisah kerana tentangan keluarga. Tetapi bukan sebab itu juga mereka mereka berpisah..

"Saya nak pergi dulu, balik."

"Balik? Kita baru jumpa," gumam Rafael. Resah untuk melepaskan gadis itu sekarang.

"Tapi dah pukul enam. Saya dah lambat, " Karla menunjukkan jam tangan. Menandakan dia benar-benar sudah lewat.

"Awak hutang kemafaan dari saya," ucap Rafael. Sungguh-sungguh dia mahu berbual dengan Karla .

"Hutang kemaafan?"

"Awak tak minta maaf sebab langgar saya tadi."

Kata-kata Farhan membuatkan dia ketawa. Istilah 'hutang kemaafan' itu ada ke? Sejak dulu lagi banyak istilah mengarut Farhan sebut. Sehinggakan ada yang tidak masuk akal.

"Apa yang lawaknya? Awak kena berbual dengan saya tau, " ucap Farhan tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience