BAB 7

Other Completed 16377

"Nik, kalau awak dapat 5A dalam UPSR, awak nak hadiah apa?" tanya Cikgu Rosnah kepadaku sebaik sahaja aku selesai menduduki peperiksaan.

"Hadiah? Saya nak panggil Cikgu Rosnah dengan panggilan Rosnah je, boleh tak?"

"Amboi... Nik, itu panggilan untuk orang yang sama umur atau lebih tua daripada saya sahaja. Awak tak boleh sesuka hati panggil saya 'Rosnah'. Awak hanya boleh panggil saya 'Cikgu Rosnah'. Ingat tu, Nik..." pesan Cikgu Rosnah kepadaku.

Secara jujurnya, aku dah mula terpikat dengan Cikgu Rosnah sejak aku berumur 12 tahun. Bagi sesetengah orang, umur 12 tahun merupakan umur yang sangat muda untuk jatuh cinta. Kalau ada rasa cinta, biasanya orang akan anggap ianya sebagai cinta monyet sahaja.

Entahlah. Seingat aku, waktu itu aku sudah mula bernafsu dengan cikguku sendiri. Dalam erti kata lain, aku mungkin sudah mencapai akil baligh pada ketika itu dan Cikgu Rosnah adalah wanita yang sering berada dalam mindaku dan menjadi pendorong buat diriku untuk belajar bersungguh-sungguh. Kadang-kadang aku tak pasti sama ada aku belajar bersungguh-sungguh sebab aku teringatkan dia sebagai seorang cikgu atau sebagai seorang wanita sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience