Cikgu Rosnah mengajar subjek matematik ketika aku dalam Darjah 6. Dia agak garang orangnya. Aku pula pernah menangis kerana takutkan hukumannya apabila tidak menyiapkan kerja sekolah matematik. Geli hatiku mengenangkan kenangan zaman sekolah rendahku dahulu. Kini Cikgu Rosnah
sudah berusia 46 tahun. Umurnya hanya beza 20 tahun dengan umurku. Aku dengar Cikgu Rosnah sudah menjanda selepas kematian suaminya. Anaknya cuma seorang dan tinggal di luar negara bersama pasangannya. Aku kagum dengan Cikgu Rosnah yang boleh hidup seorang diri dalam usia sebegitu. Tidakkah dia memerlukan teman atau seseorang yang boleh menjaganya dengan baik? Jauh di sudut hatiku, aku mahu membalas jasanya selama ini.
"Awak nak kahwin dengan saya?" tanya Cikgu Rosnah.
"Ya, cikgu," jawabku bersahaja.
"Tapi kenapa?" tanya Cikgu Rosnah lagi.
"Sebab saya nak balas jasa cikgu yang selama ini telah mendidik saya sehingga saya mencapai beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan. Tapi semua itu tidak bermakna sekiranya saya tidak membalas jasa cikgu. Saya sedar yang jasa cikgu tidak terhitung dan tidak terbalas, tapi izinkan aya untuk menjaga cikgu seumur hidup dengan cara yang halal dan tidak menimbulkan fitnah. Saya lelaki dan cikgu pula perempuan, kalau saya menjaga cikgu tanpa sebarang ikatan yang sah walaupun usia kita jauh berbeza, saya takut masyarakat akan memandang serong," terang aku panjang lebar.
"Saya pun tak tau nak cakap apa. Saya ni suami pun dah tak ada. Anak seorang pun dah duduk jauh di hujung benua. Usia saya pun lagi 4 tahun nak cecah 50 tahun. Memang elok sangatlah kalau saya berteman hidup sekali lagi. Tapi awak betul-betul tak kisah ke? Kat luar tu ramai lagi perempuan muda dan cantik untuk awak pilih," tanya Cikgu Rosnah meminta kepastianku.
"Saya tak kisah. Memang niat saya untuk memperisterikan cikgu," tegasku.
"Kalau macam tu, kita bernikah bulan depan. Tak bagus kita tangguh benda yang elok."
Share this novel