BAB 1 KENALI AKU

Other Completed 16377

Apa itu kejayaan? Bagaimana kejayaan seseorang diukur? Sesungguhnya kejayaan itu sesuatu yang subjektif dan bergantung pada penilaian masyarakat atau individu itu sendiri.

Ketika aku berada dalam Darjah 6, guru kelasku, Cikgu Rosnah, mengatakan bahawa aku telah mencapai kejayaan kalau berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Betul kata Cikgu Rosnah, setelah aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR, aku dijulang sebagai pelajar cemerlang di sekolahku. Cikgu Rosnah antara orang yang turut tumpang gembira atas kejayaanku itu. Tapi entah kenapa, aku rasa ada yang tidak cukup dalam kegembiraan itu. Benarkah aku sudah berjaya?

Aku terus berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sehingga aku mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM. Entah kenapa, masih ada sesuatu yang tidak memuaskan hatiku. Aku merasakan bahawa kejayaan yang aku kecapi bukanlah kejayaan yang sebenar. Selepas tamat sekolah menengah
dengan keputusan SPM yang cemerlang, aku melanjutkan pelajaran ke Menara gading dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga aku mendapat pengiktirafan tertinggi pada hari konvokesyen universiti. Sebaik saja aku melangkah masuk ke alam pekerjaan, aku mendapat kerja dengan pangkat
dan gaji yang lumayan. Anehnya, aku rasa aku masih belum berjaya.

Demi meneruskan misi hidupku dalam mencapai kejayaan, aku cuba menyertai sebuah perjumpaan semula bekas pelajar sekolah rendahku. Dalam majlis perjumpaan semula tersebut, aku terserempak dengan seorang guru wanita yang banyak mencorakkan hidupku ketika di bangku sekolah rendah iaitu
Cikgu Rosnah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience