BAB 6

Other Completed 16377

Seminggu selepas bernikah

Seminggu selepas aku dan Cikgu Rosnah menjadi pasangan suami isteri yang sah, kami pergi berbulan madu di Kelantan.

Ketika kami sedang bersiar-siar di tepi Pantai Cahaya Bulan pada waktu malam, tiba-tiba isteriku itu bertanyakan aku suatu soalan, "Nik, awak ingat tak yang dulu kita pernah terlanjur lepas awak dapat keputusan SPM 8 tahun lepas?"

"Mestilah saya ingat. Itulah kenangan terindah kali pertama kita bersama. Pertama kali kita dapat kenal hati budi masing-masing dengan cara yang menyeronokkan. Sejak dari itulah saya tau bentuk badan cikgu yang sebenar macam mana, saiz buah dada cikgu macam mana, saiz seluar dalam cikgu macam mana..."

"Ish, awak ni tak habis-habis buat saya rasa malu," rungut Cikgu Rosnah sambil mencubit pinggangku.

"Aduh! Nak malu apa? Cikgu juga yang ajar saya untuk sentiasa ambil tahu tentang hal perempuan yang saya sayang dan cikgu pun tau kan saya hanya sayang cikgu seorang?"

"Saya tau... Tapi ada satu perkara yang awak masih belum tahu."

"Apa dia?" tanyaku dengan hati yang berdebar-debar.

"Sebenarnya, saya mengandungkan anak awak lepas kita terlanjur 8 tahun dulu..."

"Biar betul???"

"Sebenarnya, arwah suami saya dapat tau yang saya tengah mengandung anak awak. Beberapa hari lepas dia dapat tau pasal hal tu, dia pun mati sebab serangan sakit jantung. Arwah sempat beritahu keluarga dia pasal hubungan kita. Jadi, saya pun dihalau keluar dari rumah sebaik saja arwah suami saya selamat dikebumikan. Anak saya bersama arwah suami dijaga oleh keluarga mertua. Mujurlah waktu itu saya ada banyak rakan sekerja yang memahami masalah saya dan cuba membantu. Kalau tak, saya tak tau apa nasib saya sampai sekarang," terang Cikgu Rosnah.

"Kenapa cikgu tak pernah pun bagi tau saya langsung pasal masalah cikgu tu???"

"Saya bukan sengaja tak mau bagi tau awak. Saya tak nak fokus awak terhadap pelajaran di universiti terganggu. Masa tu saya dah tau yang awak dapat masuk universiti, jadi saya tak nak ganggu hidup awak lagi. Saya nak tengok awak berjaya macam sekarang ni. Sebab itu bila awak datang meminang saya, saya gembira sangat sebab memang dah tertulis jodoh kita untuk bersama akhirnya..."

"Apa jadi pada anak kita?" aku bertanya.

Cikgu Rosnah diam.

"Cikgu?"

"Anak kita mati 3 minggu lepas saya beranak, Nik. Lahir pun tak cukup bulan..." jawab Cikgu Rosnah dengan nada sedih.

Aku peluk Cikgu Rosnah yang aku sayangi dengan erat. Ya Tuhan, aku tak tahu Cikgu Rosnah menempuh dugaan yang sangat mencabar dalam hidupnya selama ini!

"Maafkan saya, cikgu...! Saya tak bersama cikgu untuk harungi segala masalah hidup cikgu sebelum ni. Lagi teruk, sayalah punca segala-galanya! Saya betul-betul minta maaf..." hatiku sayu menuturkan kata maaf. Aku rasa sangat bersalah pada Cikgu Rosnah.

"Tak apalah Nik... Semua tu dah berlalu. Saya okey. Lagipun, semua ni dah ditakdirkan. Yang penting, sekarang kita dah dapat hidup bersama," ujar Cikgu Rosnah dengan tenang.

Aku kucup lembut bibir Cikgu Rosnah. Pada masa yang sama, kenangan ketika aku mula jatuh hati dengan Cikgu Rosnah mula terimbau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience