BAB 3

Romance Completed 3035

Buekkkkk… huh.. buekkkk !!! .. dari arah dapur Datin Aida memerhatikan sahaja anak kesayangannya Alya yang dari tadi kelihatannya asyik ke tandas sahaja dan muntah..

“ Alya kenapa sayang? Salah makan ye? “ Datin Aida bertanya pada Alya.

“ Alya tak tahu la mama.. mungkin lah.. sejak-sejak ni asyik rasa loya je tekak ni.Badan ni pun macam rasa tak kena je.Period Alya pun problem.” Alya mengadu tentang keadaan yang dialaminya sekarang kepada mamanya.

“Period Alya kenapa pula? Tak mahu pergi cek ke? Mana thu ada sakit yang serius puteri mama ni ? “ .Cadang Datin Aida sebagai tanda prihatin dan kasihnya pada anak tunggal kesayangannya itu.

“Terganggu lah mama period Alya.. period sekejap-kejap.Then tak period langsung..3 bulan dah ma tak period.” Alya mengadu manja.

“Emm.. ala.. biasa lah tu perempuan memang selalu ada masalah macam tu.Nanti Alya pergi check doctor ye honey .” Datin Aida membalas sambil tangannya ligat mengupas buah pelam muda.

“Mama… wow.. pelam muda.. thanks mama.. mama dapat dari mana ni? “ Alya bertanya penuh minat sambil tangannya cepat mencapai beberapa hirisan buah pelam muda yang siap dipotong oleh Datin Aida.

“Mama minta Cik Zainab carikan..kebetulan kat rumah Cik Zainab ada pokok pelam..muda-muda lagi buahnya.Lagipun haritu kamu kata nak sangat makan buah pelam muda kan.Jadi mama carikan la.. ni dah dapat makan..suka tak sayang? “ Datin Aida menyusun kata-katanya menampakkan betapa Datin Aida amat menyayangi anak tunggalnya itu.

“ Suka sangat mama ..emmm!!! sedapnya mama.. mama nak tak? Mari sini Alya suapkan mama..” . Alya menyuapkan hirisan pelam muda kearah mulut mamanya.Sangat manja perlakuannya . Menunjukkan kemesraan di antara anak dan seorang ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience