BAB 9

Romance Completed 3035

Seharian Alya mengurungkan dirinya di dalam bilik.. Dia menangis sepuasnya. Teringat kembali papa yang memarahinya dengan wajah yang amat bengis tadi.

“ Alya..mulai sekarang ..kamu bukan lagi anak papa. Papa nak kamu keluar daripada rumah ini sebelum malam ni.Pergi lah kamu kemana sahaja..Papa tidak mahu menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah ini yang pastinya akan merosakkan reputasi dan nama baik papa sahaja. “. Dato Sharil benar-benar marah akan anaknya.

Alya buntu.. kemana dia akan pergi ? kemana lagi? Ikut Danny? Tidak mungkin. Sudah beribu kali dia cuba menghubungi Danny namun tidak juga dijawab.

Kemudian mata Alya tertumpu pada sebtang hanger di dalam almarinya. Direnungnya hanger itu lama-lama.

******************************

Darah mengalir dari celah kaki Alya. Merah .. pekat dan hanyir baunya. Alya menggigit kain bajunya menahan kesakitan. Di tangan kirinya tergenggam kemas sebatang hanger .

Alya tidak dapat menahan kesakitan. Nafasnya seakan terhenti ..

******************************

Keesokkan paginya Datin Aida masuk ke kamar Alya..Walaupun marahnya pada Alya masih bersisa namun dia tetap bimbang terhadap keadaan anaknya itu.Datin Aida mendapati Alya tidak berada di kamar. Datin Aida mulai cuak.Datin Aida terhidu bau hanyir yang amat kuat menusuk hidungnya.

Datin Aida lantas ke kamar mandi Alya..Alangkah terkejutnya Datin Aida apabila melihat Alya sudahpun rebah di dalam kamar mandinya. Datin Aida lantas mendapatkan Alya.. mendapatkan Alya lalu disisipkan kemas ke ribaannya..Datin Aida menggoncangkan tubuh Alya sekuat hati.Namun Alya tidak juga sedarkan diri.

Datin Aida menangis sepuas hati . Diperiksa nadi dipergelangan tangan anaknya..Nadinya tidak lagi berdenyut .

Datin Aida meraung sekuat hati memanggil suaminya.

*****************

Lokasi : Tanah Perkuburan

Datin Aida menagis teresak-esak disisi Dato’Sharil meratapi pemergian anak tunggalnya ,Alya.Alya pergi menemui Yang Esa akibat kehilangan terlalu banyak darah dalam percubaannya menggugurkan kandungannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience