BAB 7

Romance Completed 3035

Lokasi : Pizza Hut Mid Valley

“ I dah 3 bulan tak period..” Alya mengatur bicaranya sambil anak matanya tepat memandang raut wajah Danny yang sedang menyuap sepotong pizza ke dalam mulutnya.

“ So ? apa kaitannya dengan I? I doctor ke? “ .Danny berseloroh

“ You boleh jawab macam tu.. you tengok ni.. positif tau ..I positif pregnant..dan ini anak you ! “ . Jawab Alya sambil menunjukkan pregnancy test kepada Danny ..

“ Wooo Alya.. mana you tau tu anak I? mana tau anak orang lain..I tak mahu bertanggungjawab terhadap kandungan you tu sebab tak ada bukti itu adalah anak I ok . “ Danny menjawab keras.

“ Danny.. sampai hati you.. Ni anak you okey..you ingat masa malam Valentine’s haritu? “ .Suara Alya bergetar cuba menahan sebak di dada.

“ You tiba-tiba nak suruh I bertanggungjawab? Sedangkan you sendiri ramai lelaki. Mana tau anak orang lain.You memang sosial sangat.Bila dah bunting baru sibuk nak suruh I jadi pak sanggup you..banyak la cantik muka you kan . Sorry.. I ada banyak lagi kerja daripada menghadap muka you dengan perut bunting you tu baik I bla dulu !“ .Danny bingkas bangun dari duduknya lantas meninggalkan Alya dalam keadaan terpinga-pinga.

Serta merta air mata Alya berguguran.Dia menangis sepuasnya tanpa mempedulikan mata-mata lain yang sedang memerhatikannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience