BAB 4

Romance Completed 3035

Di kamar Dato’ Sharil dan Datin Aida.

“ Abang .. Aida tengok anak kesayangan abang tu macam tak sihat je sejak dua menjak ni..muntah-muntah ..tekak loya ..badan dia pun Aida tengok macam lemah longlai je abang..sakit ke anak awak tu ye? “ .Datin Aida memulakan bicara di kamar mereka.

Dato’ Sharil yang sedang tekun menghadap i-padnya mengalihkan perhatiannya pada tutur kata isterinya .

“ Kenapa pula dengan Alya tu darling? Datang bulan kot..biasalah tu.. you ni macam tak biasa aja “ Dato’ Sharil meneka memberikan jawapan dengan harapan isterinya tidak begitu memikirkan tentang persoalan itu.

“Isy abang ni..Alya sendiri kata dia dah tak period 3 bulan dah.. emm.. selera dia pun takda.Tapi tadi Aida hidang pelam muda bukan main lagi dia makan.Habis seplastik pelam muda yang Cik Zainab bawa tadi.” Datin Aida bertutur dengan nada yang sangat lembut bertepatanlah dengan wajahnya yang begitu ayu dan menampakkan ciri-ciri seorang wanita yang mempunyai nilai kesopanan yang sangat tinggi.

“ Wait..wait sayang !! Alya dah tak period 3 bulan? Makan pelam muda yang masam tu? Mengidam ke anak awak tu? “ Dato’ Sharil meneka.

“Isy.abang ni..ke situ pula.. tak kan lah Alya nak mengandung pula.. tak mungkin lah abang . “ Datin Alya menjawab.

“ Mana lah tau sayang..Sekarang ni banyak dah kes macam ni..elak anak kesayangan awak tu tergolong sekali dalam kelompok mengandung di luar ikatan perkahwinan sudah la.. Memang abang tak mengaku anak lah..Buat malu abang saja. Tercalit arang kat muka abang ni..Abang orang kohormat ..mana mungkin abang biarkan ada apa-apa kontroversi yang keluar paper nanti..Malu abang..malu keluarga kita..rosak reputasi syarikat kita nanti sayang " .Dato’ Sharil berseloroh panjang lebar.

“ Isyy.. tak mahu lah disangkakan yang buruk-buruk abang .. tak elok.. boleh jadi doa nanti tau “ .Datin Aida menjegilkan biji matanya yang bulat kepada suaminya, Dato’ Sharil .

“ hehe.. alololo.. comelnya isteri abang bila buat macam tu.. mari sini .. geram pula abang tengok.nak cubit-cubit pinggang dia” .Dato’ Sharil lantas mencapai pinggang isteri kesayangannya lantas terdengar gelak tawa dari Datin Aida yang tidak tahan menahan kegelian akibat digeletek suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience