Bab 1

Drama Series 5237

Dia sedar yang pemakaiannya tak kena. Mana tidaknya, dia akan berjumpa dengan seorang klien ternama yang ada hubungan dengan agensi lamanya, jadi, sepatutnya dia berpakaian lebih sopan, bukan selekeh seperti ini, sekurangnya. Klien yang bakal dijumpainya amat terkenal dalam dunia media tapi itu bukanlah benda yang menjengkelkan tentang semua ini. Dah berapa kedai dia pergi, beberapa kali jugalah dia nampak wajah si lelaki itu di atas muka hadapan majalah, dicetak atas beberapa cetakan majalah. Dengan mata yang menjeling dan keluhan, dia ambil juga majalah itu, membayangkan kehidupan yang takkan dia rasa sampai mati.

Sejujurnya, dia tak faham kenapa dia buat semua ini.

Disebabkan agensi sendiri yang telah mencadangkan namanya, mungkin dia adalah calon yang terpaling sesuai yang dicari lelaki ini yang akan dia jumpa sebentar lagi. Sebaik sahaja dia mendapat panggilan itu, baru dia tersedar yang lelaki ini sebenarnya bukan orang biasa tetapi seorang selebriti. Macam mana dia tahu dia seorang selebriti? Setiausaha lelaki itu. Bila berbicara melalui telefon, setiausaha lelaki itu memberitahu yang kerja babysitting ini bukan seperti biasa. Rupanya, kliennya ini juga orang yang kaya dan berharta. Semua inilah yang menyebabkan dia tumpas dan bersetuju untuk terima ditemubual. Tambahan pula, dia amat diburu-buru oleh klien-klien yang berhubung dengan agensinya. Semuanya disebabkan dia lebih berkelayakan berbanding dengan semua penjaga yang berdaftar di bawah syarikat itu. Dengan itu, dia rasa dia perlu ambil tawaran temuduga yang ditawarkan kepadanya.

Tangan diangkat paras dada dan pintu diketuk perlahan. Tak lama kemudian, pintu dibuka. Seorang orang gaji lelaki berdiri di muka pintu, bersemuka dengannya, menyebabkan dia terasa gugup.

“Saya nak jumpa dengan Encik Rafiz Luhfi untuk temuduga sebagai penjaga?” lelaki yang berada di hadapannya terus menapak kebelakang untuk membenarkan dia masuk ke dalam. Kaki dikesat sebelum melangkah masuk ke rumah, memegang ketat beg di bahu dan tangan sebelah lagi erat memegang portfolionya.

“Sini,” dia mengangguk, mengikut rapat di belakang orang gaji tadi berjalan terus di…mungkin kaki lima paling panjang pernah dia lalui seumur hidupnya.

“Encik Rafiz, Cik Jazlyn…”

“Terima kasih, Faris.” senyumnya kecil sambil mengangguk sebelum melangkah keluar meninggalkan mereka berduaan di dalam bilik itu. “Cik Jazlyn boleh duduk dulu and kita akan mula sekejap lagi.”

Dengan segan silu, Jazlyn menganggun dan duduk pada kerusi yang ditunjuk oleh Rafiz. Beg diletak di lantai, bersebelahan dengan kaki kerusinya dan portfolio diletak rapi di atas peha.

“Nak minum apape?” soal Rafiz tetapi Jazlyn menggeleng perlahan, menolak. “Jangan risau. Saya faham kalau cik rasa nervous dengan semua ni,”

“Hmm…” Jazlyn tersenyum lemah. “Lawa rumah,”

Rafiz tertawa kecil. “Semuanya sebab usaha, hasil titik peluh saya,” sengihnya dibalas dengan senyuman Jazlyn. “Harapnya IV ni tak lama… Saya ada meeting penting sekejap lagi,”

“Saya boleh datang lain kali kalau….”

“Tak, tak,” Rafiz menggeleng kepalanya. “Perkara ni terlalu mustahak untuk digendalakan. Saya nak benda ni diselesaikan segera.”

“Oh… Kalau macam tu, baiklah.” Jazlyn mengangguk dan cuba menenangkan diri. “Saya ada resume kalau Encik nak tengok-tengok dulu?”

“Boleh,” Jazlyn menghulur portfolionya sebaik melihat Rafiz tersenyum mesra. Sebaik sahaja isi kandungan resume dibaca, Rafiz mengangguk. “Boleh tahan lama pengalaman awak dalam bidang ni,”

“Ya, saya mula jadi penjaga masa saya remaja, dari situ saya decide untuk teruskan jadi bidang kerjaya,” Jazlyn menjawab dengan senyuman kecil. “Tapi saya rehat untuk beberapa tahun lepas bersalin,”

“Awak ada anak?”

“Hmm… Ya, dua orang,” senyum Jazlyn lembut dibalas dengan anggukan Rafiz. “Saya rasa dah tiba masanya untuk saya kembali bekerja dan buat apa yang saya mampu,”

“Daripada apa yang saya dengar, awak memang mampu pun untuk buat kerja ni.” senyumnya kepada Jazlyn. “Boleh saya tengok portfolio awak?”

Dia memandang ke arah portfolio yang dipegang oleh Jazlyn. Gerakan mata Rafiz menyebabkan Jazlyn kaku seketika sebelum mengangguk dan menghulur portfolio yang dipegangnya kepada Rafiz. Satu per satu muka surat diselak. Segala plan dan aktiviti telah digariskan. Idea pendidikan awal dari rumah serta aktiviti-aktiviti yang mampu membantu tumbesaran kanak-kanak serta remaja dan serba sedikit penerangan tentang kajian yang telah dijalankannya. Semuanya kelihatan dan kedengaran sangat meyakinkan.

“Inilah yang saya cari,” Rafiz menghulur kembali fail kepada Jazlyn. “Sejujurnya, Jazlyn, masa saya nampak biodata awak, saya betul-betul tertarik untuk ambik awak untuk jaga anak saya. Awak memenuhi semua kriteria dan semua dokumen yang awak tunjukkan dekat saya dah meyakinkan. Jadi, kalau awak tak kisah…saya nak ambik awak bekerja,”

“Takpe ke kalau saya pun nak jujur jugak?” ungkapan Jazlyn memudarkan senyuman Rafiz. “Saya boleh nak bersetuju kalau saya jumpa anak Encik dulu. Budak-budak biasanya akan takut bila ditinggalkan bawah jagaan orang yang diorang tak kenal, jadi saya nak kenalkan diri saya dengan anak Encik dan saya nak pastikan dia okay kalau saya jaga dia atau sebaliknya,”

“Boleh.” Rafiz mengangguk dan mengekalkan pandangannya pada Jazlyn. “El, dia ada dalam bilik dia. Kalau awak nak jumpa dia, awak boleh ikut saya,”

“Dengan senang hati.” Jazlyn senyum dan mengumpul dokumennya kembali ke dalam tangan sebelum bangun dan mengikut langkah Rafiz ke bilik anak perempuannya.

“Kalau boleh, janganlah rasa takut gerun,” ujar Rafiz yang menyebabkan Jazlyn memandangnya. “Saya faham rumah saya besar tapi lama-lama awak akan terbiasakan diri jugak,”

Rafiz menghampiri sebuah bilik dan menguak buka pintu bilik untuk diintai. Satu senyuman lembut muncul pada wajahnya apabila terlihat anak perempuannya sedang baring di atas katil sambil membaca komik.

“El?” Rafiz tersenyum memanggil nama anaknya. Serentak El bangkit memandang mereka berdua. “Ayah nak kenalkan, Jazlyn.”

“Hai,” Jazlyn melontarkan senyuman kecil pada El. “I love your dress, cantik sangat!”

“Terima kasih!” balas El dengan penuh semangat sambil memandang Jazlyn. El mengetap bibir sambil memandang ayahnya. “Kakak pun cantik! jugak!”

“Kakak?” pelik, tapi Jazlyn abaikan sahaja, tersenyum. “Terima kasih, sayang. Baiknya kamu,” Jazlyn senyum dan terpandang komik yang dibaca El sebentar tadi. “Oh, suka baca buku komik ke?”

“Ya!” nadanya masih penuh bersemangat bila memjawab persoalan Jazlyn. Buku komiknya disambar dan ditunjuk kepada Jazlyn. “Ini favorite saya! Saya selalu baca yang…”

“Batul la tu, suka betul,” Rafiz tiba-tiba bersuara, ketawa kecil. “Saya pun tak tau macam mana dia tak bosan-bosan lagi dengan cerita tu,”

“Kakak tak pernah baca yang ni lagi,” ujar Jazlyn. Dengan penuh keterujaan, El menepuk-nepuk ruang di sebelahnya, menjemput Jazlyn untuk duduk dengannya. Satu per satu isi buku ditunjuk kepada Jazlyn. “Kakak rasa kakak akan baca cerita ni nanti. Janji,”

Jazlyn tersenyum kepada El, teringatkan majalah-majalah serta koleksi komik anak-anak lelakinya yang dibaca supaya ada ‘benda’ yang boleh diborakkan dengan kanak-kanak yang dijaganya.

“Yang ni paling best!” sengihnya kepada Jazlyn dan terus memandang ayahnya. “Kakak Jazlyn akan jadi penjaga baru El ke, ayah?”

“Itulah yang ayah harapkan, sayang,” senyumnya. El terus memandang Jazlyn yang sedang tersengih kembali kepadanya. “Kamu nak ke, sayang?”

“Kakak Jazlyn nak ke?”

“Itu akan dibincangkan.” terangnya kepada anak perempuannya dan dibalas dengan anggukan faham. “Ayah dan Jazlyn akan duduk dan bincangkan semuanya.”

“Okay!” El mengangguk lagi dan berlari ke rak bukunya. “Gembira bertemu dengan kakak!”

“Samalah, El,” Jazlyn melontarkan senyuman lembut. Rafiz kemudian membawa Jazlyn keluar dari bilik anak perempuannya. Pintu bilik ditutup rapat. “Dia nampak macam budak yang baik,”

“Saya cuba yang terbaik untuk dia,” senyum Rafiz, dibalas dengan anggukan. “Macam ni, saya cuma nakkan dia jalani kehidupan yang baik, yang terbaik. Senormal yang mungkin. Saya perasan dalam portfolio awak yang awak pernah mengajar dari rumah dalam kerja awak yang sebelum ni?”

“Encik nak saya ajar dia dari rumah?” soalnya tanpa teragak-agak tetapi Rafiz menggeleng bersahaja. “Habis tu?”

“Extra tutoring,” jelasnya ringkas. Jazlyn hanya mengangguk, faham. “Atau awak memang dah berniat untuk buat macam tu?”

“Saya boleh buat apa yang diminta,” ujar Jazlyn. “Kalau Encik nak saya ambik dia, bawak dia kemana-mana, jaga dia sementara Encik sibuk, saya boleh buat semua tu. Cakap je apa yang saya kena buat, saya akan buat,”

“Kalau macam tu, senanglah kerja saya,” pintu ke pejabatnya dibuka dan tangannya digerak, seolah meminta Jazlyn untuk masuk ke dalam. Dia kembali ke kerusi yang sama dia duduki awal tadi. “Ada apape ke yang perlu saya sediakan?”

“Takde apa, rasanya… Saya cuma perlu buat apa yang saya diarahkan.” jelasnya dan dibalas dengan anggukan. “Ada apape lagi yang perlu saya tahu?”

“Tak.” Rafiz bergerak di atas kerusinya. Jazlyn memandang tajam Rafiz, seolah dapat mengesan yang ada sesuatu yang ditahan oleh Rafiz. “Sekarang, berkenaan bayaran,”

Matanya masih memandang tajam Rafiz dengan keputusannya yang sedikit terburu.

“Saya tahu tugas ni lebih mencabar dan susah, jadi saya sanggup bayar dua kali ganda, lagi-lagi awak kena hadap dengan paparazi dan sebagainya,”

Jazlyn mengeluh dan menggelengkan kepalanya.

“Apa?”

“Saya cuma…saya tak faham, Encik Rafiz…” ujarnya perlahan sambil matanya dipejamkan. “Encik macam beriya-iya nakkan saya betul-batul ambik kerja ni.”

Giliran Rafiz pula untuk mengeluh. Telapak tangan digosok ke wajahnya.

“Awak kena kuat untuk kerja dengan saya… Ni bukan kerja main-main, Jazlyn. Jujurnya, kadang-kala ia boleh jadi bahaya. Pihak pengawal ada merata tempat sekitar rumah saya sebab ada orang yang betul-betul obseskan saya… Ada masa benda ni jadi terlalu serius sampaikan orang yang saya upah untuk kerja dengan saya akhirnya… larikan diri sebab tak tahan sangat dengan banyak sangat…”

“Jadi kenapa pilih saya?”

“Etika kerja awak,” senyumnya lembut. “Dalam sejarah kerja awak, awak tak sewenang-wenangnya tinggalkan amanah kerja yang awak galas… Anak perempuan saya perlukan orang macam awak dalam hidup dia, bukannya saya nak ugut awak ke apa…”

“Saya faham,” Jazlyn mengangguk dan menggigit bibirnya. “Saya pun ada komitmen saya sendiri. Saya ada dua orang anak dekat rumah yang perlukan saya jugak,”

“Saya faham kalau awak tak dapat nak penuhi permintaan saya,” Rafiz mengetap bibirnya, gelisah. “Cumanya saya dah cari ramai babysitter dan…”

“Saya terima kerja ni,” ujar Jazlyn keras. “Saya boleh buat apa saja,”

Sebenarnya, tawaran pembayaran dua kali ganda itu membuatkan dirinya agak tertarik. Dia perlukannya.

“Okay,” satu senyuman terukir pada bibir Rafiz. “Saya akan siapkan kontrak ni…”

“Sekajap,” Jazlyn menghentikan gerak geri Rafiz. Matanya terpandang wajah wanita itu. “Encik tak deal dengan pihak agensi ke?”

“Pihak agensi awak cuma benarkan pembayaran. Saya tak boleh nak bayar awak dua kali ganda kalau saya berurusan dengan agensi awak. Kontrak ni sama je cuma jumlah payment awak je yang berbeza…”

“Saya tak taulah…” gumamnya, cukup kuat untuk didengari oleh Rafiz. Pandangan Rafiz seolah-olah sedang merayu dengannya. “Saya tak pasti kalau saya nak adakan susunan persendirian. Bukan saya tak pernah buat sebelum ni… Selalunya susunan persendirian ni agak…mencurigakan.”

Rafiz angguk, memahami.

“Takpelah, kalau macam tu, kita akan gunakan prosedur biasa, campur tangan pihak agensi,” ujarnya dan terus Jazlyn mengangguk. “Kalau awak rasa tu lebih bagus, kita boleh gunakan agensi,”

“Jujur, saya rasa lebih baik semua ni berada di bawah pengetahuan pihak agensi.” ujar Jazlyn dengan satu senyuman kecil. “Terima kasih,”

“Bayaran untuk double pay, saya akan bayar by cash,” Rafiz memberitahu. Mereka saling tersenyum, gembira tawaran mereka seperti dipersetujui satu sama lain. “Kalau dengan cara tu, kita tak perlukan kontrak,”

Jazlyn sebenarnya lebih selesa dengan cara itu.

“Mungkin apa yang saya nak cakap ni akan buatkan awak rasa yang saya agak kejam, tapi boleh tak kalau awak mula esok?”

“Uhh…ya, boleh…?” Jazlyn hanya memandang, tetapi Rafiz memberi satu senyuman kecil, seolah bersyukur. “Apa yang Encik nak saya buat untuk esok?”

“Saya ada meeting lama esok…” ujarnya dan Jazlyn mengangguk, memahami permintaan Rafiz. “Boleh tak kalau awak ambik dia dari sekolah dan…”

“Dan pastikan dia buat kerja sekolah…bagi dia makan bila dia nak makan…”

“Ya, betul tu. Nampaknya awak tau apa yang kena buat berdasarkan keperluan El, bagus, saya suka,” sengihnya serentak dengan senyuman Jazlyn. “Kalau macam tu saya akan hantar kontrak ni dekat agensi. Kunci rumah pun saya akan bagi untuk awak akses keluar masuk rumah ni dan oh, kod untuk pagar rumah…awak ada kereta ke?”

“Oh, tak, uhm…kereta saya rosak, dan saya belum sempat nak pergi hantar bengk…”

“Okay, takpe, saya akan bagi beberapa kunci kereta sekali,” terbeliak mata Jazlyn bila terdengar apa yang diucap oleh Rafiz.

“Saya tak rasa saya perlukan…”

“Jazlyn, awak perlukan kereta. Paparazi bila-bila masa je boleh serang dan kerumun awak.” jelasnya sambil mengambil satu fail. Jazlyn mengangguk lemah. “Takde masalah pun kalau awak ambik berapa kunci sekalipun,”

“Okay,” angguknya walau terasa kurang selesa dan sedikit segan dengan situasinya sekarang. “Takpe ke kalau saya jumpa El sebelum saya balik? Sekurangnya saya nak cakap bye,”

“Ya, ya…silakan,” senyum Rafiz. “Oh, dan jumpa awak esok,”

Jazlyn mengangguk dan ambil beberapa set kunci yang diberi kepadanya. Semuanya disangkut ke dalam beg, mengeluh bila teringatkan keterdesakkan Rafiz tadi. Dia berjalan ke arah bilik El. Perlahan tangannya diangkat untuk mengetuk pintu bilik kanak-kanak perempuan tadi. Pintu dibuka dari dalam oleh El dan satu senyuman dilontarkan kepada Jazlyn.

“Hai!” nada terujanya masih sama seperti tadi. Jazlyn tersenyum lembut memandang si gadis kecil itu. “Kakak dah…buat keputusan ke?”

“Dah,” El mengangguk. “Esok kakak akan ambik El dari sekolah, bawak El balik sini tapi ayah El ada mesyuarat. Sementara kita tunggu ayah El balik esok, boleh la kita siapkan kerja sekolah,”

Laju El mengecutkan hidungnya, menyampah mendengar perkataan ‘kerja sekolah’, menyebabkan Jazlyn ketawa melihat reaksi El.

“Lepas tu boleh la kakak buatkan teh,” senyumnya manis. “Kalau ayah El tak balik sebelum waktu tidur El, boleh la kita baca buku komik yang El suka sebelum El tidur,”

“Betul ke?” terbeliak mata si kecil, terutamanya bila disebut buku komik. Jazlyn mengangguk. “Terima kasih, kakak!”

“Takde apalah… Kita jumpa esok, ya?” sengihnya. El angguk, segera memeluk erat Jazlyn dan tersengih kepadanya.

Hati terasa suam melihat El tersenyum kepadanya.

Jazlyn bangun dan keluar dari bilik. Pintu ditutupnya sebelum beransur pergi. Mengeluh, Jazlyn mengeluarkan semula kunci yang diberikan kepadanya sebentar tadi. Tiba-tiba longgokan kunci terasa lebih berat berbanding sebelumnya.

Tersentak dalam mindanya yang tanggungjawab yang bakal dipikulnya sebenarnya lebih berat berbanding sangkaannya.

Silap dialah kalau dia rasa ianya bukan satu tanggungjawab yang berat.

Share this novel

Guest User
2024-05-24 14:25:48 

test_account

Guest User
2024-05-24 14:25:35 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience