Bab 2

Drama Series 5237

Harinya dimulakan dengan menyiapkan kedua anaknya untuk pergi ke sekolah. Mengeluh sambil memandang jam, mereka sudah lambat. Jazlyn siap menyediakan sarapan. Lama ditenung roti yang dibakar, sambil cuba mengabaikan tekanan pada hari pertama dia menjaga El. Ini bukan kali pertama, jadi dia tak perlu lagi rasa takut, dia pun pernah jadi budak, dia boleh buat semua ni, dia dah pernah buat semua ni. Mantra ini dibaca berulang kali dalam kepala semasa menyediakan sarapan pagi.

“Johan, kamu nak mama hantar tak?” soal Jazlyn, tetapi dibalas dengan kerutan hidung. “Mama hantar la ya?”

“Takpe, terima kasih jelah,” jawab Johan, meletakkan pinggan ke dalam sinki. “Along jalan je.”

“Along marah dengan mama ke?” berterus terang Jazlyn menyoal anak lelakinya. Johan mengangkat kedua bahunya, malas. “Mama perlukan kerja ni…”

“Along tau,”

“Jadi kenapa along marah? Sebab waktu bekerja mama ke?”

Sepatah haram pun tak dibalas tetapi sebaliknya Johan mengambil beg sekolahnya dan terus keluar dari rumah. Jazlyn mengeluh berat dan memandang Aran, anak bongsunya yang hanya mengangkat kedua bahu.

“Kalau macam tu mama hantar kamulah…” omel Jazlyn sambil mencapai begnya sambil Aran mencapai beg sekolahnya sendiri. “Jom, sayang mama,”

ARAN dihantar ke perkarangan sekolah tetapi Jazlyn rasa tak sedap hati, seperti dirinya diekori. Terlintas di fikirannya, mungkin inilah kehidupannya sekarang sebagai penjaga kepada anak perempuan Rafiz Luhfi. Perasaan paranoid diabaikan. Kepala Aran dicium sebagai peringatan sayangnya kepada anak lelakinya itu. Aran bergegas lari masuk ke dalam bangunan sekolah. Satu keluhan kecil dihela perlahan. Akhirnya Jazlyn memutuskan untuk naik bas awam untuk ke bandar supaya dia dapat merancang latihan yang akan diajarnya kepada El.

Beberapa buah buku dipilih untuk umur El. Resit disimpan supaya Rafiz boleh mengganti duitnya yang digunakan untuk membeli bahan ajaran El. Sebaik sahaja dia tiba di rumah, begnya diletakkan rapi di atas meja. Buku notanya dikeluarkan untuk mulakan perancangan untuk hari itu. Jazlyn pandai menyusun masa, membuatkan setiap aktiviti seronok. Lagipun, El akan berada di sekolah sepanjang hari di sekolah. Tentu-tentunya El takkan berminat belajar bil tiba di rumah lepas belajar sepanjang hari di sekolah.

Tibanya masa untuk mengambil El dari sekolah dan pulang ke rumah kediaman Rafiz. Dia hanya mampu menggigit bibir sambil Faris menunjukkan kereta yang diberikan kepadanya untuk dipandu. Ianya sebuah kereta besar yang mampu memuatkan beberapa orang penumpang di belakang. Senang cerita, kereta keluarga. Dengan tingkap digelapkan pula… Menggigil Jazlyn melihat kereta yang akan dipandunya. Mungkin penggelap tingkap kereta dipasang untuk melindungi El dari diambil gambar oleh paparazi. Sempat jugalah Jazlyn membuat ujian pemanduan kereta sebelum pergi ke sekolah untuk mengambil El yang pulang dari sekolah. Setibanya dia di kawasan sekolah, El terus berlari menghampiri dengan satu fail dalam pegangan tangannya.

“Hai kakak!” senyumnya. “Ni cikgu bagi,”

Jazlyn kurang gembira dengan susunan perkataan El tapi diabaikan sahaja sambil tangan mengambil fail yang dihulur El kepadanya.

“Terima kasih, sayang. Malam ni kakak tengok,” pintu kereta dibuka untuk El panjat masuk ke dalam kereta. “Nanti kita boleh siapkan kerja sekolah dulu ya?”

“Boleh,” El melontarkan senyuman. Jazlyn masuk ke dalam kereta, di kerusi pemandu. Kereta dihidupkan dan El mengetap bibir.

“Seronok dekat sekolah?”

“Okay je,” jawab El kepada persoalan yang ditujukan kepadanya. Jazlyn hanya mengangguk mendengar. El kurang bercakap, itu yang pasti. “Lepas buat kerja sekolah, kita nak buat apa?”

“Hmm… Apa subjek kegemaran El dekat sekolah?” soalan Jazlyn disambut dengan wajah yang sedang berfikir mendalam.

“Bukan matematik” El mengerut hidungnya menyebabkan Jazlyn terketawa melihat.

“Kakak pun tak suka matematik,”

El tersengih riang mendengar.

“Geografi rasanya. Kan menarik,” El menjawab kepada persoalan Jazlyn yang tadi dilontarkan kepadanya. “Boleh ke kalau kita buat Geografi dulu?”

“Mestilah boleh,” Jazlyn membalas dengan senyuman lembut. El memandang keluar tingkap sambil Jazlyn memandang El menerusi tingkap pandang belakang.

MEREKA bergerak menghala ke kediaman Rafiz. Jazlyn dan El melompat keluar dari kereta. Segala barang yang dibawa masuk, semua dibawa keluar. Jazlyn menunjuk ke arah pintu masuk rumah kepada El. Kereta dikunci sebelum dia mengikut langkah di kanak-kanak perempuan itu dari belakang.

Pintu hadapan dibuka. Mereka terus disapa dengan Faris. Jazlyn melontarkan senyuman yang pudar. Faris terus mencadangkan yang dia akan menunjukkan selok belok rumah kepada Jazlyn. El terus meloncat penuh keterujaan untuk membantu Aran untuk membawa Jazlyn mengelilingi rumah.

“Batul la tu. Kita kena buat kerja rumah kalau tak, ayah El akan penggal kepala kakak.” ujar Jazlyn sambil membuat gerak tangan kepala dipenggal, menyebabkan El ketawa. “Jadi, lebih baik kalau kita mula buat kerja sekolah dulu, ya?”

“Baik!” El menyambut tangan Jazlyn dan berjalan ke arah bilik El. Buku-buku diletak di atas meja dan buku sekolah dikeluarkan. “Bahasa Inggeris,”

“Prefixes and suffixes,” Jazlyn dan El serentak mengangguk. Satu kertas tugasan diambil dan dibelek.

“Soalan pertama…misunderstood, faham tak maksudnya apa?”

El mengangkat kedua bahu dan mengetap bibir.

“Tau tak maksud understood?” Jazlyn tetap mencuba tetapi El hanya memandang kosong wajahnya. Hanya senyuman yang dilontarkan.

“Okay… Takpe, uhm… Kalau…”

Jazlyn meneliti kertas latihan yang dipegang dan tersenyum.

“Usable? Tau tak maksudnya apa?” Jazlyn memandang El seketika.

“Untuk gunakan sesuatu?” El memandang sambil mengetap bibir. Jazlyn menggeleng kepala perlahan.

“Hampir,” Jazlyn ucap dan El cuma mengangguk. “Sikit lagi nak betul tu,”

“Boleh digunakan?” cuba El lagi tetapi mendapat gelengan dari Jazlyn. “Cukup bagus untuk digunakan?”

“Ha, macam tu baru tepat!” kertas latihan diberi kepada El untuk isi jawapan tetapi Jazlyn ternampak sesuatu yang tak kena. Ejaan El agak berterabur. “Lagi?”

“Hmm,”

“Macam mana dengan unaware?” Jazlyn menunjuk ke arah perkataan yang dibacanya tapi El mengangkat kedua bahu. “Tau maksud perkataan aware?”

“Sedar akan sesuatu perkara?”

“Lebih kuranglah,” Jazlyn tersenyum lembut dan El cuma memandang. “Sedar dengan benda yang kita…”

“Perasan? Nampak?” El memandang Jazlyn seperti seorang kanak-kanak yang menunggu untuk dipuji. “Yang sedang berlaku?”

“Ha!” Jazlyn seperti ingin meloncat kegembiraan terutamanya dengan intonasinya manakala El tersengih. “Jadi kalau unaware maksudnya?”

“Tak sedar pasal sesuatu?” El memandang Jazlyn yang hanya mengangkat kening, menandakan itu bukan jawapan yang tepat. “Oh! Kita tak tau apa yang sedang berlaku!”

“Betul!” sengih Jazlyn. El laju menulis jawapan di tempat kosong, menyebabkan Jazlyn tersenyum kecil. “Sayang, boleh tak kalau kakak nak tanya sesuatu?”

“Boleh je,” senyum El sambil Jazlyn bersandar pada meja.

“Pada El, sekolah susah ke?” soal Jazlyn lembut disambut dengan anggukan dan senyuman yang sedih daripada El. “Takpe, tu takde masalah. Kita boleh perbaiki apa yang El rasa susah,”

“Terima kasih,” ucap El sambil tersenyum dan kembali fokus dengan latihannya. “El tak faham yang ni,”

“Kakak nampak,” Jazlyn mengusap kepala El. “Tapi kita boleh buat sama-sama, kan?”

Gembira El mengangguk dengan perlawaan Jazlyn.

Masa berlalu pantas, jadi Jazlyn mencadangkan El berehat dari menyiapkan latihan supaya mereka boleh berehat. El setuju dan mengaku yang dia mulai terasa lapar. Jazlyn yang bertanggungjawab, mencadangkan El untuk menyukat semua bahan masakan. Tentunya El melompat teruja bila diberi peluang untuk merehatkan kepalanya dari mengulang kaji. Tiba-tiba El dilanda kesedihan dan selepas makanan habis dijamah, Jazlyn perasan perubahan emosi El disebabkan El terlalu diam.

“Kenapa masam je ni? El okay ke?”

“El tak pandai.” El mengangkat kedua bahu, bingung. Jazlyn menggeleng kepala, tidak bersependapat dengan El.

“Tak perlu jadi pandai pun, sayang… Banyak benda lagi yang El boleh jadi selain pandai,” ujar Jazlyn tetapi El hanya mengangguk kesedihan. “Kadang-kadang, kita pandai dengan cara kita sendiri. Boleh jugak kalau kita pandai dalam benda lain,”

“Macam mana El nak tau yang El bagus dalam sesuatu benda?”

“El suka buat apa?”

“Membaca,” El meronta, kegembiraan. “El pandai membaca dengan melukis.”

“Nampak tak?” Jazlyn menggenggam erat tangan El. “Ada masa kita tak payah jadi bagus dalam benda yang sama dengan orang lain,”

El mengangguk.

“Apa kata El tukar baju tidur, lepas tu kita baca komik El lepas ni?”

“Terima kasih, kakak,” El bangun dari kerusi dan berlari keluar. Sempat Jazlyn melontar senyuman lembut kepada El. Sebaik sahaja El hilang dari pandangan, Jazlyn mengeluh kecil sambil menggosok belakang kepalanya.

Dia sedar yang ianya akan jadi satu cabaran untuk mengajar El.

El kembali dengan baju tidurnya dengan satu buku komik yang dipeluk pada dadanya. El duduk di atas sofa dan terus membuka halaman buku, menunjuk segala isi kandungan kepada Jazlyn. Terasa sedikit bangga, sekurangnya kebolehan membaca El sama taraf dengan kanak-kanak sebaya dengannya. Lama kelamaan El mulai terasa mengantuk. Melihat jam kini sudah menunjukkan hampir waktu tidur El, Jazlyn mencadangkan El untuk masuk tidur. Segeralah Jazlyn menemankan El kembali ke bilik tidurnya.

“Hidupkan lampu,” El menunding ke lampu sisi. Jazlyn akur dan menghidupkan lampu seperti yang diminta. “Terima kasih,”

“Takde masalah, sayang. Selamat malam…”

“Ayah!” El bersorak girang dan duduk. Rafiz melangkah masuk ke bilik dan peluk anak perempuannya. “El rindu ayah,”

“Ayah pun rindu anak ayah,” Rafiz mencium kepala anaknya. “Kamu kena tidur sekarang, okay?”

“Selamat malam,” senyum El. Jazlyn turut tersenyum memandang El sambil meninggalkan bilik El bersama Rafiz. Jazlyn memandang Rafiz, dan Rafiz memandangnya.

Dia dapat merasakan Rafiz gelisah.

“Dia okay ke?”

“Dia okay, okay je. Saya ambik dia dari sekolah, tolong dia dengan kerja sekolah tapi saya perasan ada sesuatu yang…”

“Sesuatu apa?” Rafiz menggerakkan kepala, mengajak Jazlyn untuk berbual jauh dari bilik El. Jazlyn akur dan mengikut dengan memeluk tubuh.

“Hmm… Encik, El nampak struggling dengan kerja sekolah. Tahap pembelajaran dia macam budak-budak yang lebih muda dari dia.” ujar Jazlyn, Rafiz mengangguk, dia dengar. “Apa yang dia belajar macam bukan tahap dia lagi untuk belajar,”

“Faham,” respon Rafiz membuatkan Jazlyn mengangguk. Jazlyn memandang tajam Rafiz, mengharapkan lebih lagi jawapan darinya.

“Ada benda yang saya kena tau ke?”

“Tak,” Rafiz memotong pantas. “Takde apa pun,”

“Yelah tu…”

“Cuma…cuma tolong ajar dia, tu je yang saya mintak, cuba dan tolong dia,” pintanya dibalas anggukan perlahan dari Jazlyn. “Tapi yang lain-lain semuanya okay ke?”

“Semuanya okay, Encik. El ni budak yang baik. Pandai Encik besarkan dia,” ujar Jazlyn, tersenyum memandang Rafiz. “El dengan saya takde masalah pun.”

“Itu je yang saya nak,” jawabnya, berpuas hati dengan apa yang dilaporkan oleh Jazlyn. “Terima kasih untuk hari ni,”

Duit not berjumlah RM500 dikeluarkan dari dalam poket seluar dan dihulur kepada Jazlyn. Terbeliak biji mata Jazlyn melihat jumlah duit yang banyak dihulur kepadanya. Jazlyn memandang Rafiz.

“Awak layak terima duit ni,” ujarnya. “Saya tau ni bukan kerja senang.”

“Tapi saya rasa tak…”

“Ambik jelah,” duit yang dipegang masih dihulur kepadanya. Jazlyn mengeluh dan hanya akur, mengambil duit yang dihulur kepadanya. Tiada guna pun kalau dia ingin tolak sebab Rafiz akan terus memujuknya untuk terima jumlah duit yang diberi. “Esok boleh datang lagi, kan?”

“Ya, saya akan datang esok,” jawab Jazlyn. Mendengar jawapan Jazlyn, Rafiz tersenyum. “Jadi, saya akan jumpa awak esok, ya?”

“Saya akan jumpa Encik esok,”

Jazlyn hanya mampu tersenyum lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience