Bab 3

Drama Series 5237

Setibanya di rumah, Jazlyn dapat rasakan aura yang kurang senang daripada anak-anaknya. Dia sudahpun menjangkakan keadaan ini. Sejak suaminya membuang duit untuk beli arak dan mabuk, Jazlyn tahu yang dia perlu berkerja semula. Kalau begitulah tabiat suaminya, memang tidaklah keperluan mereka akan dipenuhi.

Johan masih lagi kecewa dengannya, geram dengan Jazlyn yang sentiasa tiada di rumah dan selalu lewat. Maaf diucap berkali-kali. Jazlyn turut memberitahu anaknya yang dia dibayar lebih kalau dia kerja lebih masa. Selepas mendengar penerangan ibunya, barulah Johan rasa sedikit tenang.

Jazlyn bersua dengan pintu bilik anaknya dan diketuk perlahan. Pintu dikuak buka dan Jazlyn melangkah masuk ke dalam sambil bibir digigit perlahan. Punggungnya dilabuhkan di hujung katil.

“Mama mintak maaf,” keluhnya. “Mama terpaksa buat kerja lebih masa supaya kita boleh tinggal sini lagi. Kita perlukan duit tu, Along…”

“Along faham, mama. Cuma…Aran rindukan mama. Along pun…” jelasnya. Jazlyn mengangguk selepas mendengar kata hati anak sulungnya, memahami.

“Mama faham…tapi waktu kerja mama tak menentu, macam tulah,” jelasnya diambut senyuman lembut Johan. “Sebab kerja mama ni berkontrak, jadi..”

“Mama belum bagitau lagi diorang tu macam mana…”

“Along tau mama tak boleh buat macam tu,” Johan memaling kepalanya. “Bukannya mama cakap macam tu sebab saje-saje… Mama diberi amanah untuk jaga keselamatan orang,”

“Yelah,” keluh Johan. “Along nak tidur,”

“Okay… Tapi kalau Along nak cakap apape, mama ada je,”

Johan hanya mengangguk perlahan. Adalah sangat…

“Selamat malam, mama,” ucapnya dibalas dengan anggukan oleh Jazlyn. Satu keluhan dihela sebaik dia keluar dari bilik anaknya.

Jauh di sudut hatinya, Jazlyn kesal kerana dia kembali berkerja tapi apa pilihan yang dia ada? Dia terpaksa.

KEESOKKAN harinya, Jazlyn kejutkan Aran dan hantar anaknya ke kelab sarapan sebelum pergi ke kerja. Setibanya di kediaman mewah itu, Jazlyn menyaksikan Rafiz yang sedang menyuap anaknya makan. Mereka saling berpandangan dan saling melontarkan senyuman kepada satu sama lain. Rafiz kemudian memberitahu El yang dia perlu pergi ke kerja. Ada babak-babak yang perlu diambil dalam filem yang sedang dilakonkannya. El mengangguk dan memeluk ayahnya sebelum menghampiri Jazlyn serta memeluknya.

“Jangan nakal-nakal, jangan susahkan Jazlyn ya?” Rafiz memandang anak perempuannya yang mengangguk dan tersengih. “Kalau ada masalah, saya ada tinggalkan beberapa nombor yang awak boleh contact in case awak tak dapat call saya,”

“Jangan risau, kitorang okay je,” Jazlyn memberitahunya dan Rafiz hanya mengangguk sambil telefon dan dompetnya yang berada di atas meja diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar. “Okay, jumpa nanti,”

Rafiz angguk dan pergi meninggalkan El dan Jazlyn berdua.

“Okay, cepat habiskan sarapan lepas tu siap-siap nak pergi sekolah,” ujar Jazlyn sambil berjalan ke arah peti ais, melihat jadual El. “Lepas sekolah nanti…ada latihan bola jaring, jadi kakak akan ambikkan keperluan bola jaring El dari bilik dobi,”

“Terima kasih,” senyum El sambil meletakkan pinggan yang digunanya ke dalam mesin pencuci pinggan dan terus beransur ke biliknya. Jazlyn mengeluh kecil.

El turun dengan rambut yang kemas rapi bersikat. Datang ke Jazlyn pula, dia minta rambutnya diikat. Beralihlah mereka ke sofa untuk memudahkan proses mengikat rambut. Rambut El dikumpul dengan lembut tanpa menyebabkan rasa sakit. Dengan bantual gel dan spray rambut, rambut El kelihatan kemas. Selepas mengucap terima kasih, mereka bergegas ke arah kereta dan cepat-cepat masuk. Jazlyn terus memandu kereta laju sebaik keluar dari pagar rumah, terus firasatnya memberitahu yang dia sedang diekori.

“Ada orang ikut kita,” El menjeling matanya menyebabkan Jazlyn tersenyum lemah kepadanya. “Ayah tak suka sebab El budak lagi,”

“Betul la apa yang ayah El cakap tu,” Jazlyn melontarkan satu senyuman simpati kepada El. “Diorang tak boleh ikut masuk kawasan sekolah, jadi kakak hantar El dekat dalam la ya?”

“Terima kasih,” senyum El sambil melihat ke dalam begnya. “Bola jaring habis pukul empat setengah hari ni,”

“Okay, takpe… Nanti kakak datang ambik.” ujar Jazlyn, meyakinkan El tentang keberadaannya nanti untuk mengambilnya di sekolah. El tersengih mendengar jawapan Jazlyn, memandang keluar tingkap sambil kereta yang dipandu Jazlyn masuk ke perkarangan sekolah. Sebaik sahaja kereta dihentikan, El melompat keluar dari kereta. “Belajar elok-elok, ya? Kalau ada apape, mintak cikgu call kakak ya?”

“Okay!” jawab El penuh semangat sebelum berlari ke arah kawan-kawannya. Jazlyn tersenyum memandang sekeliling. Kawasan sekolah itu sendiri memang nampak mewah. Mana tidaknya, nama pun sekolah persendirian. Tentu-tentunya Rafiz bayar beribu untuk anaknya belajar di sekolah itu.

Jazlyn cuma boleh mimpi sahajalah kalau dia nak berikan pendidikan taraf ini kepada anak-anaknya.

KERETA dipandu masuk ke garaj Rafiz yang bertaraf kayangan sebelum dia keluar untuk mencari bahan ulangkaji yang mudah untuk El supaya dia boleh selaraskan pembelajarannya dengan apa yang dipelajari di sekolah, sama dengan kawan-kawan sebayanya. Sejujurnya Jazlyn tak tahu dari mana dia hendak mulakan jadi dia bermula dengan kemahiran El dari komik-komik yang dibaca El sebagai titik permulaan. Setelah dia memahami tahap pemahaman pembelajaran El, dia mengumpul bahan-bahan ulangkaji dan dicetak. Mungkin latihan bawah umurnya akan lebih mudah difahami.

Sebaik sahaja dia siap mencetak dan menyusun bahan ulangkaji El, Jazlyn bersiap-siap untuk mengambil El dari latihan bola jaring di sekolahnya. Setibanya dia di sekolah, El berlari ke sisi Jazlyn, mengebabkan Jazlyn ketawa kecil. El lencun dibasahi peluh. Jazlyn membuka pintu untuk El masuk ke dalam kereta.

“Seronok ke?”

“Seronok sangat! El dapat jaringkan dua kali tadi!” jawabnya dengan penuh semangat dan keterujaan. “Kita nak buat apa balik ni?”

“Kakak harap El tak marah kalau kakak tengok buku-buku El, jadi mungkin kita akan buat latihan pemahaman balik ni?”

“Latihan…pemahaman?” wajah El yang kebingungan menyebabkan Jazlyn tersenyum.

“Soalan yang El kena jawab akan ada kaitan dengan teks yang El baca. Macam kuiz lepas kita belajar dekat kelas, tapi yang ni, cuma berdasarkan apa yang El baca,”

“Oh, faham,” jawab El. “Macam best je,”

“Lepas kita habis buat latihan pemahaman, kita buat latihan matematik pulak. Kakak ada sediakan latihan sikit untuk El,” senyumnya manis tapi El kelihatan sedikit takut. “Eh, jangan risau, kakak ada untuk tolong El. Kita buat sama-sama,”

Jawapan Jazlyn menenangkan sedikit ketakutan dalam diri El. Tali pinggang dipakai sambil Jazlyn menghidupkan kereta.

“El ada lakonan esok,” El ujar, memberitahu. “Dengan cikgu lakonan”

“Okay, kita boleh berlatih nanti,” ujar Jazlyn mesra, El membalas dengan senyuman. Jazlyn perasan ada kereta yang mengekori mereka dari cermin sisi dan El segera menangkap yang ada sesuatu yang tidak kena disebabkan perubahan wajah Jazlyn yang tiba-tiba serius.

“Ada orang ikut lagi,” ujar El. Jazlyn cuma tersenyum kecil.

“Takpe, kita dah nak sampai rumah,” ujar Jazlyn yang cuba kedengaran tenang. Tapi matanya terbuntang bila melihat kenderaan yang mengekori mereka kini cuba untuk memandu di sisi kereta mereka. Mereka berdesis apabila kelipan cahaya kamera berkali-kali memancar mengganggu ruang pandangan mata mereka.

“Angkat beg dekat tingkap,”

El mengambil sebuah buku dan diangkat ke tingkap untuk melindungi diri mereka dari pancaran cahaya kamera dan dia mula terasa panik. Jazlyn mengalih fokusnya ke atas jalan raya. Kereta dipandu laju memasuki pagar. Paparazi segera melompat keluar dari kereta, cuba untuk mengambil gambar El. Mujur Jazlyn berjaya meloloskan diri dari ‘gapaian’ paparazi dengan bantuan keselamatan kediaman Rafiz. Buku yang dipegang El dijatuhkan ke lantai kereta dan El mula menggigit kukunya, gugup, masih takut dengan apa yang baru berlaku.

“El okay ke?” soal Jazlyn risau. El mengangguk. “Betul ke ni?”

“Ya,” jawab El, cuba untuk meyakinkan Jazlyn yang jelas kerisauan. Kereta dimatikan di dalam garaj.

Jazlyn dapat rasakan apa yang berlaku lebih dari apa yang dialaminya sebentar tadi.

EL diduk di meja belajarnya di dalam bilik. Buku-buku dikeluarkan dari dalam beg dan tak lame selepas itu, Jazlyn masuk ke bilik dengan sebuah fail dalam tangannya. Pelan pembelajaran telah dirancang dan pada hari itu, Jazlyn merancang untuk mengutamakan subjek yang akan dipelajari oleh El, bermula dengan pemahaman. Dalam pemerhatian Jazlyn, hampir semua soalan dapat dijawab dengan El berdasarkan tiga bab yang dibaca olehnya. Pencapaian El dipuji dan Jazlyn memberi waktu rehat untuk El baca buku komik baharunya.

“Boleh kita mula dengan Matematik pulak?” soal Jazlyn. El mengangguk dan letak buku komiknya ke tepi sambil mengetap bibir.

El kelihatan lebih senyap sejak gangguan paparazi. Tak mahu pula Jazlyn mengorek isi hati El. Risau pula El jadi kurang selesa dan lebih mendiam.

Kertas yang dipegang Jazlyn diambil oleh El. Isi kandungan kertas dipandang sebelum memandang padanya pula.

“Tau tak macam mana nak buat yang ni?” senyum Jazlyn. El mengangguk. Kertas latihan diisi dengan jawapan sehingga El terhenti di satu soalan. “Bahagi ke?”

“El tak faham,” ujar El dengan nada seseorang yang mengaku kalah, bersandar pada kerusinya. Jazlyn mengangguk dan cuba mencari soalan yang lebih senang.

“Kita buat yang lain, yang senang sikit. Kalau yang ni macam mana?”

Sehelai kertas latihan yang lain dihulur kepada El. El mengambil pennya dan mula melukis toga bulatan besar, lapan belas titik dilukis secara keseluruhan dalam ketiga-tiga bulatan dan mula mengira dalam satu bulatan.

“Enam,” senyum El sambil mengisi jawapannya pada ruang kosong. Jazlyn tersenyum melihat teknik yang digunakannya.

“Yang ni,” Jazlyn menghulur satu lagi soalan untuk El selesaikan. Kali ini, tanpa teknik bulatan. “Sekarang ni El ada dua belas. Lukis satu garisan. Lepas tu, cuba buat macam tu yang El buat dengan bulatan tadi tapi sebelah kiri dengan kanan je,”

“Okay,” jawab El, tersenyum. “Oh, faham!”

“Okay, jadi… berapa banyak dua dekat setiap satu bahagian?” El memadam nombor dua belas di atas, berbaki kosong. “Okay,”

“El pernah nampak orang buat macam ni,” jawab El, sedikit yakin dan menyelesaikan masalahnya. “Ada enam dua jadi maksudnya ada dua belas,”

“Bagus!” Jazlyn mengusap rambut El, menyebabkan kanak-kanak itu tersengih bangga dengan dirinya. “Jadi El rasa sekarang El boleh buat soalan lain?”

“El boleh cuba,”

“Okay, lepas kita siap ni, kakak buatkan coklat panas untuk kita minum sama-sama,” senyum Jazlyn mesra kepada El yang terbuntang biji mata dan bergegas menyiapkan kesemua latihan matematiknya, teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience