Bab 4

Drama Series 5237

SELEPAS El berjaya menyiapkan latihannya, Jazlyn meneliti setiap jawapan yang dijawab oleh El sambil mereka berjalan di kaki lima yang pernah ditakutinya dahulu semasa pertama kali ke situ. Janjinya untuk buatkan coklat panas akan ditunaikan. Semasa sedang membuat coklat panas, Rafiz tiba-tiba masuk ke dapur dengan wajah yang tertekan. Jazlyn memutuskan untuk mengabaikan Rafiz dan membantu El seperti yang diamanahkan kepadanya.

“Jazlyn?” sapa Rafiz. Mendengar namanya dipanggil, Jazlyn berpusing memandang lelaki berkenaan dengan senyuman mesra. “Saya rasa sekarang saya betul-betul sibuk, banyak kerja, jadi kalau boleh…boleh tak kalau awak stay malam ni and tengokkan El untuk saya? Producer saya tiba-tiba nak adakan mesyuarat mengejut dan wajibkan semua staff datang,”

“Saya kena cakap dengan anak-anak saya,” ujar Jazlyn. “Biasanya saya akan balik pukul sembilan.”

“Saya faham, tapi saya betul-betul perlukan bantuan awak. Kalau tak terdesak, saya takkan mintak tolong… Saya akan gandakan bayaran awak untuk malam ni,” senyumnya dengan mata yang meminta tolong, merayu. Jazlyn mengeluh.

“Saya akan bagitau anak saya,” pintaan Jazlyn menerima anggukan daripada Rafiz. Kakinya membawa dirinya ke telefon.

Dia tak jangkakan waktu bekerja yang terlalu rawak ini.

Mungkin inilah sebabnya penjaga-penjaga yang sebelum ini berhenti.

Tentulah Johan kurang berpuas hati dengan semua ini tapi dia kerap memujuk Jazlyn untuk teruskan bekerja untuk dapatkan duit yang mereka perlukan. Mungkin perbualan mereka sebelum ini membuka hati Johan untuk jadi lebih memahami keadaan ibunya yang terpaksa bekerja demi menanggung hidup mereka. Takkan pula nak harapkan ayahnya yang memang tidak boleh diharapkan.

Jazlyn kembali kepada Rafiz dan mengangguk. Satu helaan lega dilepaskan. Berkali-kali Rafiz mengucap terima kasih kepada Jazlyn.

“Dengar cakap Jazlyn ya?” kata Rafiz kepada anak perempuannya. El meninggalkan kerusinya dan memeluk ayahnya. “Ayah sayang El,”

“El pun sayang ayah,”

Jazlyn yang menyakaikn hanya tersenyum. Kemudian mereka memandang Rafiz yang melangkah pergi. Dia memandang El dan melontarkan senyuman lemah kepada El. Nampaknya El masih kelihatan sedih.

“El okay ke?”

“El cuma harap ayah tak sibuk sangat dengan kerja je…” kedua bahunya diangkat. Dia faham apa yang dirasakan dan cuba disampaikan kepadanya oleh kanak-kanak itu. Secawan coklat panas diletakkan di hadapan El.

“Kakak faham,” ujar Jazlyn sambil meletakkan tangannya pada belakang tubuh El. El tersentak kecil menyebabkan Jazlyn turut terkejut seketika. “Dia kerja sebab nak besarkan El,”

“Macam apa yang kakak tengah buat la?” soal El, curiga. “Anak-anak kakak pun tak suka ke?”

“Mula-mula diorang pun pelik, tapi lama kelamaan mungkin diorang akan faham apa yang kakak buat ni untuk besarkan diorang jugak,” ujar Jazlyn, menerima senyuman dari El.

Rafiz tiba-tiba masuk semula ke ruang dapur, mengeluh.

“Saya lupa nak tunjukkan bilik yang awak boleh guna malam ni,” bisiknya. Jazlyn mengangguk dan El meninggalkan ruang dapur untuk masuk ke biliknya. “Semuanya baik-baik je kan, Jazlyn?”

“El ke?” soalnya. Rafiz mengangguk. “Kitorang ada bertembung dengan paparazi masa nak balik, jadi saya rasa dia terkejut, takut pun mungkin jugak,”

“Oh…” keluhnya, serba salah. “Awak okay?”

“Saya okay, saya faham ni apa yang Encik lalui sebagai seorang yang terkenal… Saya cuma nak tolong El, itu je. Jangan risaukan saya,” ujarnya bersahaja. Rafiz memgangguk lemah sambil menguak sebuah pintu buka.

“By the way, ni bilik tetamu untuk awak guna malam ni. Gunalah, saya balik tak pasti pukul berapa, jangan tunggu saya balik, jadi rehat je dalam bilik ni,”

“Oh… Uhm… Terima kasih?” senyumnya, penat. “Jadi Encik tak tau bila Encik akan balik?”

“Saya kenal sangat producer saya tu macam mana, dia akan makan masa lama nak habiskan apa yang dia nak muntahkan idea dia.” jawab Rafiz sambil menggosok tengkuknya. “Say betul-betul mintak maaf. Sebenarnya saya pun serba salah sebab selalu takde dekat rumah. Saya boleh rasa yang El pun rimas sebab saya jarang ada dekat rumah,”

“Takpe, saya ada, bila-bila pun saya boleh tolong,” balas Jazlyn lembut. Rafiz mengangguk dan menghela nafas lega. “Mungkin Encik patut pergi sekarang. Semuanya akan berada di dalam kawalan selagi saya ada dekat sini,”

“Terima kasih,” senyum Rafiz kepadanya dengan wajah terucap kesyukuran. “Saya tau kemampuan awak melebihi apa yang awak tulis dalam resume awak, Jazlyn,”

Tiba-tiba dipuji, mana tak tersenyum dibuatnya.

“Saya serahkan semua dekat awak,” ujarnya sebelum melangkah pergi dari situ. Terdengar sayup-sayup suara Rafiz memanggil El untuk memberitahunya yang dia akan bergerak pergi ke mesyuarat sekarang.

Dia tak boleh menghukum. Dia pun sedang lakukan benda yang sama terhadap anak-anaknya.

JAZLYN meneroka bilik yang diberi kepadanya. Besar sungguh bilik itu dengan tingkap sama tinggi dengan lantai ke siling, mengujakan. Bilik mandi bercantum dengan bilik tidur itu pun tak usah nak kata, memang besar, seluas mata memandang. Termenung seketika, Jazlyn sedar bertapa kayanya Rafiz untuk mampu memiliki rumah sebesar ini. Cuba ditolak persoalan tentang kekayaan Rafiz sejauhnya. Fokusnya sekarang adalah El.

Jazlyn telah menyediakan makan malam. El beritahu Jazlyn yang dia nak baca komik, jadi Jazlyn meminta El untuk tukar memakai baju tidurnya supaya mereka boleh baca komik bersama kemudian. Dia duduk di bucu katil El dan mula membaca untuk El. Ada perkataan yang sukar difahami El, djadi dia perlu menerangkan maksud perkataan yang tak difahami maksudnya oleh El. Habisnya sesi membaca komik, Jazlyn memastikan El betul-betul sudah tertidur. El dengan separa sedar, memberitahu Jazlyn yang dia nak lampu tidurnya dihidupkan. Jazlyn akur dan membiarkan lampu tidur El dibiar terbuka dan biar pintu bilik El dibuka sedikit.

Sejujurnya dia tak sedar yang jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam bila dia terasa lengannya dikuis perlahan. Matanya terbuka dan terus matanya terpandang El yang sedang berlinangan air mata. Dia sendiri sedang separa sedar. Tetapi air mata El menyentak kelopak matanya terbuka.

“Sayang? Kenapa ni?” Jazlyn bergegas duduk dan memegang tangan El. El memanjat katil dan duduk di sebelah Jazlyn. Wajah El masih ditatap penuh kerisauan. “Kenapa ni? Cuba bagitau kakak?”

“Mimpi ngeri…” gumamnya, cukup kuat untuk didengari oleh Jazlyn. Dia cuma mampu mengangguk. Walau bagaimanapun, dia kurang yakin yang ianya cuma mimpi ngeri biasa.

“Takpe,” Jazlyn menolak rambut El ke belakang, menyisip rambut El ke belakang telinga, rapi. El mengangguk dan tersedu kecil, menangis. “Apa kata kita pergi bilik El, kakak temankan El sampai El tidur balik? Macam mana?”

El mengangguk, bersetuju. Dia menarik tangan Jazlyn hingga ke biliknya dan muram dengan tiba-tiba.

“Apa?”

“Kenapa kakak tak tukar baju tidur?”

“Oh, kakak tak bawak baju lebih pun datang sini,” Jazlyn ketawa kecil, menyebabkan El berfikir.

“Sekejap, tunggu sini,” arah El sambil berlari keluar dari bilik. Tak lama kemudian El kembali dengan sepasang baju, baju lelaki. Terbuntang mata Jazlyn melihat. “Ni ayah punya tapi dia tak pernah pakai. Dia lupa yang dia ada baju ni, jadi pakailah,”

“Tapi kakak tak rasa…”

“Pakai,” bisik El dengan nada yang dibuat-buat mengerikan. “Kalau tak, El akan paksa kakak pakai baju tidur unicorn El yang El dah tak pakai,”

El tersengih, nakal. Jazlyn mengambil baju yang dihulur oleh El. Perlahan kepala El diusap.

“Terima kasih, sayang,” keluh Jazlyn. El berpuas hati, memanjat naik ke atas katilnya. Jazlyn memastikan El diselimut rapi, tubuh tertutup dengan selimut. “Kakak ada dekat sini, okay? Jangan risau,”

“Terima kasih,” lembut suara El menjawab sambil matanya perlahan tertutup, dibuat mimpi tak lama kemudian.

Jazlyn tersenyum, sedar yang El memerlukan Rafiz untuk sentiasa berada dengannya lebih kerap.

Agaknya inilah apa yang dirasakan oleh anak-anaknya sekarang.

JAZLYN menggeliat untuk menyedarkan diri dari mamai pukul enam pagi keesokkan harinya. Satu kuapan dan helaan lembut dilepaskan sambil dia menuruni katilnya. Mata digosok dan pakaiannya yang dipakai semalam disarung semula pada badannya dan terus dia berjalan ke dapur untuk menyediakan kopi.

“Selamat pagi,”

“Mak!” tangan ditekan ke dada, mata pula terbeliak, terkejut. “Encik?!”

“Maaf, saya takde niat nak terkejutkan awak. Saya balik dalam pukul dua pagi tadi and taknak kejutkan siapa-siapa.” ujar Rafiz sambil tersenyum. Satu sampul berisi duit ditolak kepada Jazlyn. “Ini payment awak sebab dah kerja keras,”

“Uhm… Terima kasih…” ucapnya, tersenyum lembut. “Saya rasa saya kena bagitau Encik yang semalam El terjaga tengah malam sebab mimpi buruk, jadi saya duduk dengan dia sampai dia tidur balik,”

“Oh, okay…” keluhnya. “Kadang-kadang dia akan mimpi buruk,”

“Ada apape yang saya kena tau ke?” Jazlyn memandang Rafiz dan meletakkan secawan kopi kepadanya.

“Tak, tak… Takde apa rasanya,” ujar Rafiz. “Mungkin dia terkejut, benda ni semua terlalu baru untuk dia,”

“Okay,” balas Jazlyn, tapi dia tahu ada lagi yang dia perlu tahu dengan melihat mata Rafiz. “Yang penting Encik sendiri yakin,”

“Saya yakin,” balasnya, meyakinkan. Jazlyn cuma tersenyum malas sambil melabuhkan punggung pada kerusi. “Tapi semalam dia tak cakap dia mimpi pasal apa?”

“Tak, dia datang dekat saya, mata dia berair sebab menangis, lepas saya tenangkan dia, saya hantar dia masuk bilik tidur semula,” jawab Jazlyn bersahaja. Rafis yang menghela nafas lega disedari Jazlyn.

Ianya mencetuskan perasaan curiga dalam dirinya.

El melangkah masuk ke ruang dapur dengan senyuman dan terus berlari memeluk ayahnya. Rafiz mencium kepala El dan senyum kepadanya sebelum duduk di meja kaunter dapur.

“Awak boleh balik rumah dan jumpalah dengan anak-anak awak… Saya boleh uruskan El untuk pergi sekolah pagi ni,” ujar Rafiz. Jazlyn tersenyum, sedikit bersyukur dengan apa yang disuruh oleh Rafiz disebabkan perasaan bersalh seorang ibu timbul dalam dirinya.

“Terima kasih.” senyumnya lembut dan memegang erat tangan El. “Jangan nakal-nakal ya? Dengar cakap ayah tau?”

“Okay, baik!” El menjawab dengan girang sambil tersenyum kepada Jazlyn.

Sekali lagi dia berpusing kepada Rafiz dan senyum sambil mengambil begnya dan melangkah pergi.

Tiba-tiba dia rasa ada yang tak kena dengan situasi yang dihadapinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience